3. TERPAKSA

Drama Series 24790

TOK...TOK...TOK, " Assalamualaikum." laung ku. Pintu rumah ku terbuka.

" Ya Allah, rindunya mama dekat kamu Airin." mamaku terus memelukku. Aku membalas pelukan mama. Aiman mendukung Airil. " Ya allah cucu nenek." mamaku terus mendukung Airil dan dibawa ke pelukan. Airil membalas walaupun dia tidak kenal lagi. Airil memang tidak takut orang. Dengan orang tidak kenal juga dia boleh mesra.

" Maaf, mama tak dapat jemput Airin dan Airil."
" Tak pe, ma."

" Ok jom masuk. Aiman jom. Mak cik masak banyak ni." ajak mamaku. Aiman mengangguk. Aku terus ke bilikku. Airil di bawah dengan neneknya. Manja sangat dengan neneknya. Maklumlah, aku seorang mama yang garang. Tetapi setiap kali aku memarahi Airil dia tidak menangis kerana dia tahu dia buat salah. Comel je macam mama dia. HEHEHE.

Aku menyalin pakaian ku. Aku memakai baju muslimah labuh warna purple dan memakai seluar slack hitam. Aku mengenakan tudung bawal bewarna hitam. Selesai sahaja aku menyalin pakaian ku, aku turun untuk ke dapur.

" Ma, papa mana? Airin rindu papalah." kataku sambil melentokkan kepala ke bahu mamaku yang tengah membancuh air.

" Papa kamu ada di bilik bacaan. Eh dengan papa je, dengan mama tak rindu?" sakat mamaku.

" Eh mestilah." aku terus memeluk mamaku.

" Hish jangan jadi macam budak kecik. Kamu sudah ada anak pun. Umur pun sudah 27 tahun. Bukan 7 tahun." bebel mamaku.

" Lah, mama ni. Salah ke? Airin rindulah. Salahke Airin nak manja?"

" Mengajuklah tu. Alah, mama gurau je." aku tersenyum lalu memeluk mama ku semula.

" Mama, nak coklat." pinta Airil.

" Mana ada coklat, sayang."

" Adelah ma, ni." Airil menunjukkan cadbury oreo. Aku tersenyum lalu membuka plastik coklat itu dan menyuap ke mulut Airil.

" Thank ma." dia terus pergi ke arah Aiman. " Jangan lari sayang. Nanti jatuh." sempat aku pesan sebelum Airil pergi ke arah Aiman. Hish manja betul.

***
" Airin, ajak Aiman makan. Mama nak ajak papa makan ni." aku mengangguk kepala.

" Aiman, jom makan. Lauk dah terhidang dah. Airil jom kita makan." ajak ku pada Aiman dan Airil.

Aiman mengangguk kepala manakala si Airil ni pula terus berlari ke arah meja makan. " Jangan larilah Airil. Berapa kali mama nak pesan." marahku pada Airil. Airil tersengih. Hai, apa kenalah budak ni. Selalunya kalau budak kena marah dia nangis, si Airil ni boleh pulak tersengih. Anak sepa lah ni. Eh, anak aku lah. Astagfirullah.

Apabila aku ingin berlalu ke meja makan, aku terpijak mainan Airil dan aku terasa ingin terjatuh tetapi aku tidak merasa kesakitan.

Kerana Aiman sempat menyambut ku dari belakang. Kami sama sama terpaku. Lagi lagi aku. Ya Allah, malunya. Mata aku dan mata Aiman merenung antara satu sama lain.

EHEM..EHEM. Papaku berdehem. Kami yang tersedar akan kehadiran papa dan mama ku, terus Aiman tolong ku bangun. " Terima kasih." kataku tergagap gagap. Dia tersenyum manis. Mukaku sudah kemerahan. Muka Aiman pula, hish malas pulak nak terangkan. Muka dia selamba jer. Tak malu langsung.

Apabila aku dan Aiman sudah sampai ke meja makan, aku mengambil tempat sebelah mamaku. Aiman duduk di sebelah Airil. Papaku pulak duduk di sebelah mama. " Sweet lah mama dengan papa ni." kata Airil. Huish, muka ku sudah kemerahan, malu.

Tiba tiba mata aku dan Aiman bertembung. Aku jadi gelabah. Aku cepat cepat larikan pandangan. Aiman yang melihat aku gelabah terus tersenyum. " Comel je. Macam baby." kata Aiman dalam hati.

" Kenapa dengan kamu ni Airin. Gelabah saja." soal papaku Dato Hakim.

" Tak ada apa apa pa," kataku dengan tergagap gagap.

" Eh bang, sejak bila pulak anak kita ni gagap bang?" soal mamaku pada papaku.

" Entahlah, abang pun tak tahu. Malu kot dengan Aiman. Yelah Aiman sambut dia dari jatuh." gurau papaku. Papa dan mamaku tergelak. Kecuali aku dan Airil. Airil tidak tahu apa apa tu lah tak gelak. Aku, muka aku ni dah terbakar macam udang sudah masak. Merah saja. Aiman sekadar tersenyum.

" Apa mama dengan papa ni, malulah Airin." kataku sambil meraup mukaku dengan kedua telapak tangan.

" Eh malu ke. Gurau jelah." kata papaku.

***
Selesai sahaja makan, mamaku mengemas meja makan. Manakala aku pula, membasuh pinggan. Rumah kami memang ada maid, tetapi maid ni kerja untuk mengemas rumah sahaja. Untuk memasak aku dan mama ku sahaja yang masak. Maid aku kalau masak apabila kami tiada masa untuk masak atau apa apa jelah. MALAS NK CERITA PANJANG2.

***
" Uncle, aunty saya minta diri dulu eh." Aiman menyalami tangan papaku. " Airil, papa Aiman minta diri dulu tau. Nanti kita jumpa lagi." kata Aiman. Airil menyalami Aiman.

" Ook, promise kita akan jumpa lagi." Airil menunjukkan jari kelengkingnya. " Yes, sure. Aiman menunjukkan jari kelengkingnya. Airil menjerit kegembiraan.

" Airin, aku balik dulu tau."
" Baliklah, tak kesah pun." Mamaku menyiku tangan ku.

"AUCH, sakitlah lah ma," kataku sambil menggosak tangan ku akibat disiku oleh mamaku. Mamaku menjelingku.

Aiman tersenyum. " Ee, ejek aku lah tu." ngomel ku dalam hati. " Balik dulu. Bye." Aiman melambai lambai tangannya. Aku dan mamaku hanya menghantar pandangan sahaja.

Setelah kereta Aiman keluar dari pekarangan rumah ku, mama ku memukul bahu ku.

" ARGHH, sakitlah ma." aku menggosok bahuku.

" Tak elok cakap macam tu, tau. kecil hati Aiman."

" Kenapa pulak ma, biarlah. Airin cuma gurau je."

" Gurau macam tu."

" Kami memang gurau kasar lah ma,"

" Erm yelah tu. Ada sahaja jawapan dia." aku tersengih.

***
1 BULAN KEMUDIAN,

" TOK.. TOK... TOK, boleh mama masuk?"

" Masuklah, pintu tak kunci pun." laungku. Pintu bilik ku terbuka, aku melihat wajah mamaku yang tersenyum senyum.

" Masuklah ma, kenapa tercegat di situ lagi." mamaku mengatur langkah ke arahku. Aku memadam skrin leptop. Aku tahu mama mesti ada benda hendak memberitahu aku.

" Mama nak cakap apa?" tanyaku apabila mamaku masih tidak membuka mulut.

" Sebenarnya, pagi tadi ada orang masuk meminang kamu, Airin." aku terkejut dengan kata kata mamaku terus menoleh ke mamaku.

" What? Seriously. Mama terima ke?" soal ku. Mamaku mengangguk. Aku mengeluh.

" Why? kenapa mama tak bincang dengan Airin? Sampai hati mama." air mata ku mengalir. Aku mengelap air mataku. Semakin aku mengelap semakin laju air mataku mengalir.

" Ini untuk kebaikan Airin. Airin tidak kesian kan Airil? Airil tidak pernah rasa kasih seorang ayah itu. So please, Airin. Don't be selfish. Mama tahu, kamu susah hendak lupakan arwah aqeel, tapi ini untuk kebaikan anak kamu." pujuk mamaku.

Aku terdiam. " Baiklah, tapi Airin buat semua ni bukan untuk diri Airin tapi untuk mama, papa dan terutamanya Airil. Airin terima lamaran itu." mamaku tersenyum lega.

" Tapi mama, bakal suami Airin itu dia tahu ke Airin janda ada anak 1?" tanyaku.

" Dia dah tahu. Belum sempat mama beritahu yang Airin janda ada anak 1, dia sudah tahu. Dia memang bersungguh sungguh kata yang dia tidak kesah. Keluarga dia pun baik baik saja. Kamu hendak tengok ke bakal suami kamu?" tanya mamaku.

Aku menggeleng. " Biarlah, masa akad nanti barulah Airin hendak tengok." kataku.

Mamaku tersenyum. Nasib baik anak nya terima kalau tidak melepas dia bermenantukan AIMAN AMSYAR itu kawan baik arwah.

INFO
*Aiman memang sudah lama meminati Aireena, sebelum Aireena kahwin dengan Aqeel. Tetapi dia tahu Aireena sudah lama meminati kawan baiknya Aqeel. Dia terpaksa korban diri. Semasa hari pernikahan Aireena dan Aqeel, Aiman membawa diri ke London untuk mengejar citanya DOKTOR.

*ok ini sahaja sis boleh kongsikan infonya. Sila support novel sis ya. Maaf atas kekurangan. Kalau typo tu, minta maaflah eh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience