" Apa? Betul ke apa yang along kata ni?" tanya Ariz terkejut.
" Ye, along mimpi yang akak Airin nak tinggalkan abang. Angah rasa apa maksud mimpi tu?" tanya Aiman.
" Mungkin akan ada sesuatu yang akan terjadi pada akak Airin. Along kerana bersabar untuk tempuh dugaan ni. Angah sentiasa support along." nasihat Ariz. Ariz menggosok gosok belakang badan Aiman.
" Insya Allah." Aiman mengukir senyuman nipis.
***
" Nah, aku nak kau tandatangan borang ni." Taufiq menghulurkan sehelai kertas padaku.
" Kertas apa ni?" tanyaku tanpa mengambil kertas itu di tangan Taufiq.
" Ambik jelah. Aku nak kau tandatangan sekarang juga." ujar Taufiq keras.
" Tak nak. Buat apa? Kertas apa ni?" tanya aku sekali lagi.
" Ambik jelah." Taufiq meninggikan suranya. Terhinjut bahuku terkejut.
" Tak nak lah. Kau tak bagitahu kertas ni kertas apa?" kata ku selamba. Muka Taufiq sudah kemerahan menahan marah.
Taufiq meletakkan kertas itu di atas meja berdekatan denganku. " Aku tahu, bila aku datang sini balik kau dah tandatangan borang ni. Kalau tidak, aku tahu apa yang aku nak buat." ugut Taufiq. Taufiq melangkah keluar meninggalkan aku sorang.
" Ish mamat ni dah kenapa? Kejap okay, kejap tak okay. Kalau tak okay tu nak marah je keje. Menyampah betul." bebel aku sendirian.
***
" Alang, acu nak tanya sikit ni?" tanya Tina.
" Acu nak tanya apa? Tanye jelah. Tak perlu minta izin." jawab Taufiq lembut.
" Kenapa sejak dua menjak ni, alang selalu tak ada dekat rumah. Kalau balik rumah pun, selalu tak melekat, ashik nak keluar je. Why?" tanya Tina.
" Tak ada apa apa. Cuma ada kerja sikit." tipu Taufiq.
" Kerja apanya. Acu kan baru berapa hari balik dari luar negara. Nak borak pun tak boleh. Acu rindu nak borak dengan alang. Alang ada makwe ke? Alang jumpa makwe eh?" usik Tina sambil tersengih sengih. Suka lah, tak lama lagi dapat kakak ipar.
" Insya Allah. Tak lama lagi, alang akan bawak balik rumah kenalkan dengan acu, ummi dan abi." kata Taufiq riang.
' Tidak lama lagi, kau akan jadi milik aku Airin. Kau aku punya. Kalau aku tak dapat kau, tak ada siapa yang layak dapat kau melainkan aku.'
Alang terus bangun. Dia melangkah untuk ke biliknya. " Alang, alang nak pergi mana? Acu baru je nak borak dengan alang." Tina mengikut langkah abangnya.
" Apa ni, Aleesya Kartina. Jangan kacau alang boleh tak? Alang nak mandi lah. Nak ikut ke?" marah Taufiq.
" Alah, alang ni kan. Suka mengelak lah. Hm, acu tunggu alang eh?" pujuk Tina.
Taufiq terus tutup pintu biliknya. Dia mencapai tuala mandi lalu melangkah masuk ke tandas untuk membersihkan diri.
" Ha, apa kata aku masuk dalam bilik alang. Kot kot, terjumpa gambar awek alang ke, aku boleh tengok macam mana rupa awek alang." Tina mengukir senyuman jahat. Dia memulas tombol pintu bilik abang nya. " Yeah, tak kunci." Tina mencari cari telefon milim abang nya. " Ha, jumpa pun."
Tina membuka galeri telefon milik Taufiq. " Ha, ni ke perempuannya. Hm, boleh tahan lawa jugak. Pakai tudung, sopan. I like it. Ni, kalau aku tunjuk dekat ummi dan abi, mesti dia orang gembira." Tina menghantar gambar Airin ke telefonnya. Setelah selesai menghantar, dia delete gambar itu, takut Taufiq tahu akan perbuatannya itu.
" Yes, I got it." Tina melangkah keluar dari bilik abangnya dengan riang.
***
" Ariz, aku ada benda nak share dengan kau ni."
" Apa benda yang kau nak share dengan aku ni. Macam best je." jawab Ariz.
" Yes, kau tahu tak, tak lama lagi aku akan jemput kau untuk makan nasi minyak." jawab Tina gembira.
" Serious ah. Siapa yang nak kahwin ni? Kau ke?" Ariz meneka.
" Ish, kau ni. Aku, lambat lagilah. Aku muda kot. Baru je 25 tahun."
" Eleh, dah tualah." usik Ariz
" Kau nak makan penyepak aku ke ni? Cakap aku, kau tu, bila lagi?" usik Tina.
" Eh, aku pun muda jugak. Aku tunggu kau lah. Boleh kan?" Ariz meniru ayat Tina. " Cantik ke, nak tengok gambar dia."
" Okay jap?" Tina mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia terus hantar gambar Airin pada Ariz. " Ha, tengoklah. Lawa kan. Aku dah sent dah kat kau."
Ariz terus melihat telefonnya. Terbuntang matanya melihat siapakah kekasih Taufiq.
***
Share this novel