MALAM,
" Airin, mana suami kamu? Ajak dia turun makan sekali."
" Alah, ma. Pandai pandai dia lah nak turun. Dia bukan budak kecik lagi, ma." balas ku dengan selamba.
Tiba tiba aku merasakan seseorang pandangku dengan begitu tajam. Apabila aku menoleh, mama sedang merenungku dengan begitu tajam. Macam nak makan aku pun ada tu.
Aku mengeluh. " Ish, yelah ma. Airin panggil Aiman makan." aku terus berlalu dan pergi ke bilikku.
TOK..TOK..TOK, aku ketuk berkali kali tetapi tiada sahutan. Aku terus memulas tombol pintu. Aku melihat sekujur tubuh yang sedang baring. ' Dia tidur ke. Aduhai, dia ni. Suka menyusahkan aku betul.'
Aku melangkah berhati hati supaya Aiman tidak sedar akan ketibaan aku. ' Aduhai, macam mana nak kejut dia ni. Tak akanlah nak tolak dia kut. Dia masih suami aku kot. Tak pasal pasal dapat dosa free pulak.'
" Aiman...Aiman...Aiman, bangun. Nak makan ni. Bangunlah." aku mengejutkannya tanpa menggerakkan badannya.
Tiada sahutan. " Aiman....! Bangunlah." tengkingku tetapi masih perlahan. Takut didengari oleh saudara mara dan ahli keluatgaku di bawah.
" Ermmm... Nak apa?" katanya dengan mamai.
" Jom turun makan." ajakku sekali lagi.
Tiada sahutan juga. Aku sudah menyampah, aku terus berlalu dari situ. Apabila aku ingin berlalu, Aiman sempat menarik tanganku. Aku jadi tidak seimbang, aku terus terbaring di sebelahnya. Mata kami bertentang.
Aku dan Aiman aaling merenung antara satu sama lain. Kami terpaku.
TOK..TOK, " Apa lama benar kamu ajak suami kamu makan ni, Airin." laung mama dari luar pintu.
" Err.. sekejap ma. Aiman ni ha, dia tidur, Airin nak kejut dia lah ni." aku menyalahkan Aiman. Eh, tapi betul kan dia susah nak bangun dari tidur kan.
" Ha, cepat sikit turun tu." laung mama sekali lagi.
" Ya," aku cepat bangun dari katil. Aiman tersenyum nakal. " Apa, senyum macam tu. Nak ni?" aku menunjukkan penumbuk padanya.
" Tak nak." Aiman menggeleng berkali kali seperti budak kecik.
" Habistu nak apa? Nak cubit." Aiman menggeleng sekali lagi.
" Abang nak Airin lah." tanya Aiman sambil mendekatkan mukanya pada mukaku.
" Ish, sanalah." aku menolak bahunya, aku terus keluar dari bilik untuk pergi ke dapur.
" Malulah tu. Tak apa, banyak hari lagi aku nak pikat kau Airin. Tunggu jelah." kata Aiman sendirian. Aiman terus turun untuk pergi ke dapur.
***
" Eh, lambatnya papa dan mama turun. Buat apa lama sangat tu?" tanya Airil sambil tersengih. Kecik lagi dah pandai nak busybody. " Airil dah sudah makan dah. Mama dengan papa tak turun lagi. Ish..ish..ish." Airil menggeleng geleng kepalanya.
" Sorrylah Airil, mama lambat. Papa Airil lah lambat bangun. Lepastu papa buli mama. Kesian mama tau." adu aku pada Airil.
" Eh, kenapa papa buli mama. Kesianlah mama tau papa." tanya Airil pada Aiman.
" Mana ada, papa buli mama. Mama yang buli papa tau." tipu Aiman. Aiman saja je mengenakan isterinya, Airin.
Aku memandang Aiman dengan tajam. ' Amboi kau, tuduh aku pulak. Siap kau nanti.'
" Dah, jangan nak berbual je. Mari makan." mama segera menghentikan perbalahan kami sebelum menjadi teruk.
Aku menyenduk nasi ke pinggan semua orang satu persatu kecuali Aiman. ' Padan muka kau, pergi senduk nasi sendiri. Tadi kenakan aku kan. Aku balas lagi. Padan muka kau.'
Aiman dengan selambanya menukar pinggan nya dengan pingganku yang telah berisi nasi. " Eh, apani ambil nasi Airin. Ni Airin punya." rebutku dengan Aiman di hadapan ahli keluargaku.
" Tak boleh, kenapa tadi tak senduk nasi abang." Aiman menjauhkan pinggannya dari aku. Aku memandang Aiman dengan tajam. ' Ee, tangan aku ni gatal je nak cubit kau tau. Nanti eh. Kau tunggu.'
Aku menyenduk nasi ke pinggan. Aku mengambil lauk kegemaran ku iaitu ayam sambal. " Airin, ambil kan abang ayam sambal tu." Aiman menudingkan jarinya ke mangkuk yang berisi ayam sambal. ' Ish, tak boleh ambil sendiri ke dia ni.'
" Airin, tunggu apa lagi. Kan Aiman suruh ambil ayam sambal tu, ambillah kan." arah mama sambil memandangku macam nak telan aku. Aku mengeluh. " Nah, ambil ni." aku memberikan mangkuk ayam sambal pada Aiman.
" Ish, apa Airin ni. Tolonglah sendukkan ayan sambal untuk Aiman. Ee, tu pun nak kena mama ajarkan ke." kata mama dengan tegas. Aku sudah memuncung. " Ish, ashik Aiman je menang. Habistu, bila aku nak menang ni.'
Aku sendukkan ayam sambal pada Aiman. " Dah, puas hati." bisik ku pada Aiman. Dia menoleh ke aku. " Puas, thank sayang." ujarnya dengan manja.
" Kenapa nasi tu tak luak Airin. Dari tadi kuis je nasi tu. Tapi tak makan pun. Ayam sambal ni your favourite. Kenapa ni. Cepat makan."
" Dah kenyanglah ma," mana tidaknya dari tadi aku kena marah dengan mama disebabkan dia lah. Bengong betullah. Aku terus berlalu ke sinki untuk membasuh pingganku.
Tiba tiba ada sesuatu yang melingkari pinggangku dari belakang. Aku tahu mestilah Aiman. Aku sekadar buat tidak tahu. Aku teruskan membasuh pinggan.
" Sorry, abang minta maaf kalau sayang
marahkan abang." Aiman menongkatkan dagunya pada bahuku.
" Sanalah." aku menolak bahunya.
Setelah membasuh pinggan, aku terus naik ke bilikku. Dari tadi, Aiman mengikutku dari belakang. Rimas betul aku.
***
" Airil, malam ni boleh tak mama nak tidur dengan Airil, satu bilik tau." Airil memandang ke arah ku.
" Kenapa? Mama tidur lah dengan papa. Kalau mama tidur dengan Airil, siapa nak teman papa tidur?" jawab Airil dengan pelik. Tak pernah pernah mama nak tidur dengan dia. Kecualilah time Airil kecik.
" Alah, boleh lah Airil." jawabku tanpa membalas pertanyaan Airil.
" Yelah. Mama tidur dengan Airil ya." aku tersenyum. ' Nasib baik Airil tak kisah, kalau tidak tak tahu lah apa jadi nanti.'
***
" Mana si Airin ni. Sudah pukul 1.00 pagi dah. Tak akanlah dia tidak tidur kot." Aiman gelisah. Aiman terus turun ke bawah mencari kelibat isterinya.
Aiman terus turun ke bawah. Semua lampu sudah ditutup kecuali lampu dapur. " Mana pulak, isteri aku ni pergi."
Aiman mendapat idea. " Ha, bilik Airil." Aiman terus pergi ke bilik Airil. Aiman memulas tobol pintu yang tidak terkunci.
Aiman melihat Airil dan Airin sudah lena dibuai mimpi. ' Ooo, kat sini rupanya.' Aiman terus mencempung badan Airin dan membawa ke bilik mereka.
Aiman meletakkan badan Airin di atas katil dengan berhati hati. Setelah itu, dia mengambil tempat di sebelah Airin. Aiman terus terlelap akibat kepenatan.
***
PUKUL 3.00 PAGI,
Airin merasakan sesuatu melingkari pinggangnya. Dia terus membuka mata. ' Tak akanlah Aiman kot. Aku tidur dengan Airil.'
Airin terus memusingkan badannya untuk membalas pelukan. Dia terkejut apabila dia memeluk Aiman dan bukan Airil.
" ARGH...!" Airin terkejut terus menolak tubuh Aiman dengan sukuat hatinya. " ARGH, SAKITNYA." Aiman dan Airin mengaduh kesakitan.
Airin terjatuh kerana dia terlampau terkejut apabila Aiman memelukknya manakala Aiman terjatuh disebabkan Airin menolaknya.
" Kenapa tolak abang?" tanya Aiman sambil menggosok punggungnya.
" Manalah saya tahu. Saya terkejut, awak tahu tak? Awak ni pun, kenapa peluk saya?" Airin juga menggosok gosok punggunya.
" Tak akanlah tak boleh peluk isteri sendiri. Ha, Airin pun peluk abang jugak kan. Jangan nak salahkan abang je eh."
" Memang tak boleh pun. Saya ingat awak Airil tu saya peluk awak. Lagipun, macam mana saya boleh tidur sini? Mesti awak angkatkan.
" Kenapa, tak boleh ke?"
" Memang tak boleh pun. balas ku dengan selamba.
" Siapa ajar tak boleh?"
" Tak ada siapa pun."
TOK..TOK..TOK, " Airin, Aiman kamu okey ke? Mama dengar jeritan dari bilik korang." mama terus memulas tombol pintu yang tidak berkunci dan terus masuk ke bililk kami. Mama terus memasang lampu.
" Tak ada apa apa ma. Ada lipas tadi, tu Airin dengan Aiman jerit tadi." balas Airin.
" Eh, Aiman. Kamu takut lipas ke?" tanya papa sambil tergelak.
Aiman memandangku dengan tajam. ' Ha, padan muka. Kau banyak kali kan kenakan aku. Sekarang ni aku pulak yang kenakan kau.'
" Haah, ye pa. Sorry kalau jeritan kami kuat sangat sampai menganggu mama dengan papa.
Aiman tersengih.
" Ha, tak pelah. Dah sambung tidur. Mama dengan papa pun nak tidur balik ni." mama dengan papa terus berlalu pergi ke kamar mereka.
" Amboi, sedap kenakan abang. Nak peluk." Aiman terus pergi kepadaku.
" Ish, apa ni. Tak nak lah."
" Tulah, siapa suruh kenakan abang."
" Awak, yang banyak kali kenakan saya kan."
" Tak boleh ke?"
" Memang tak boleh pun."
Aku menjelirkan lidah padanya.
" Eh, siapa ajar main jelirkan lidah ni?"
" Tiada siapa pun. Dahlah Airin nak tidur sana." Aku menolak tubuh Aiman.
" Tak nak."
" Sanalah. Nak tidur lah." rengek ku.
" Kiss dulu." Aiman menunjukkan pipinya.
" Tak nak. Dah, pergilah sana."
Aimam terus berlalu pergi, tetapi dia sempat mencium pipiku.
" Apa ni cium Airin, tak sukalah." aku memandang tajam pada Aiman.
Aiman menyengih.
***
" Airin..." panggil Aiman dengan manja. " Kenapa muka ni, masam je. Kalau Airin marah pasal tadi, abang minta maaf." Aiman hendak menyentuh pipiku. Pantas aku mengelak.
" Awak jangan sentuh saya. Saya nak tidur ni. Awak tidur atas katil. Saya tidur atas sofa." balasku sambil mengambil bantal. Aiman menghalang.
" Awak, isteri saya. Saya tak benarkan awak tidur atas sofa." balas Aiman dengan tegas. Aku mengeluh.
" Habistu, saya nak tidur mana?"
" Sini, tidur sebelah saya." Aiman menepuk nepuk katil di sebelahnya. Aku mengeluh. Aku akur sahaja akan perintah dia.
Aku terus baring di sebelahnya. Aku memalingkan muka ku supaya tidak bertentang dengannya. ' Sakit pulak hati aku ni.'
Aiman ingin memelukku. Aku menepis kasar tangannya.
" Awak isteri saya, saya boleh buat apa sahaja saya nak pada awak." Aiman sekali lagi hendak memelukku. Aku terus bangun dari pembaringan. Air mata ku sudah bergenang.
" Awak suami saya atas kertas sahaja. Saya memang tak setuju pada perkahwinan ni. Tapi demi Airil saya terima. Lagipun, saya tak bersedia lagi. Please lah Aiman, saya tak nak mama dengan papa tahu kita bergaduh. So please." aku terus mengelap air mataku yang terjatuh. Aku terus baring semula dan memejamkan mata.
" Tak apalah kalau macam tu. Saya tidur bawah je. Saya tahu awak memang tak selesa kalau saya tidur sebelah awak. Biar saya tidur di sofa je." Aiman terus mengambil bantal dan meletakkan di atas sofa.
Aiman mencuba untuk melelapkan mata tetapi tidak boleh. Apabila sudah pukul 5.00 barulah dia terlelap.
Share this novel