28. KONFLIK

Drama Series 24790

Hubungan aku dan Aiman semakin rapat. Cuma, aku belum menyatakan perasaan aku padanya. Aku tahu, dia cuba sedaya upaya untuk pikat hati aku. Tapi, aku yang ego. Aku lebih pentingkan ego aku dari perasaan cinta aku terhadap Aiman.

Sekarang ini, Airil sudah pun boleh membiasakan diri untuk ke taska. Dia sudah tidak menangis lagi. Malah, setiap kali hendak ke taska, Airillah orang yang sampai dahulu. Teruja betul aku tengok dia.

Pembantu rumah pun, sudah kami cari. Hanya separuh masa sahaja. Setelah aku pulang dari kerja, Mak Kiah akan pulang ke rumahnya.

" Awak, barang dapur dah habis. Kita pergi pasar raya eh? Saya nak masaklah. Boleh kan?" tanya aku. Aku membuat muka comel.

Aiman buat tidak dengar. " Aiman Amsyar." panggilku sekali lagi.

' Ee, dia ni pekak ke. Sudah berapa lama tak korek telinga. Mesti dah bertahun tahun tu. Kot..kot, taik telinga pun dah penuh satu telinga. Tu tak dengar tu.'

" Aiman Amsyar Bin Dato' Harith." kali ini aku mengeraskan suara aku.

Aiman membuat tidak endah akan panggilan aku.

' Oo, kau memang menguji tahap kesabaran akulah Aiman Amsyar. Nanti kau.' aku tersenyum. Aku terus pergi ke arahnya. Aku memicit micit bahunya dengan lembut. Aiman terkejut akan tindakan aku. " Encik Abang, Sayang." aku melirik suaraku manja. Degupan jantung Aiman berdetak laju.

" Kita pergi pasar ya. Anja nak masak lah. Barang dapur dah habis." aku mencium pipi Aiman.

Walaupun jantung aku sekarang ni tengah berdegup laju, aku sudah tidak peduli. Dia nak sangat kan, ambik kau.'

Aiman terkaku. ' Oh, betul ke ni. Dia cium aku tanpa aku suruh. Wake up Aiman.' Aiman menepuk perlahan pipinya.

Aku hendak hampir tergelak akan kelakuan Aiman. Aku sedaya upaya untuk tahan supaya tidak tersebur keluar.

" Boleh kan, Encik abang sayang." bisikku pada telinganya.

" Er..er okay. Dah pergi siap." ujar Aiman tergagap gagap.

' Ha, ambik kau. Padan muka. Tulah, buat pekak lagi. Bertuah punya suami.'

***
" Okay, dah siap. Jom!" ujarku girang. Aiman menggeleng gelengkan kepalanya. ' Serupa budak budak perangai dia.'

" Airil, jom kita pergi pasar." aku menarik tangan Airil. Aku dan Airil masuk ke dalam perut kereta.

***
" Awak, nak masak apa ni?" tanyaku. Aku mengambil spagetti dan dua tin sos cabonara.

" Hm, malam ni awak masak spagetti lah. Kita belilah barang basah. Beli ayam, ikan, udang eh?"

" Okay. Awak pergilah ambil semua tu. Saya nak cari barang lain." aku dan Airil terus pergi ke arah barang barang kering.

Tiba tiba, seseorang menyapa aku. " Hai, Airin. Dah lama kita tak jumpa." sapa Taufiq.

Aku terus terkaku. Aku cuba untuk beranikan diri aku untuk berhadapan dengan Taufiq. " Waalaikumussalam. Ye, memang dah lama pun. Saya pun bersyukur tak jumpa dengan spesis lelaki macam awak ni." perli ku. Muka Taufiq sudah kemerahan menahan marah.

" Sorry, Assalamualaikum." Taufiq memberi salam.

" Waalaikumussalam. Ya, awak nak apa lagi. Jangan kacau saya lah." nada ku bertukar tegas.

" Relax, janganlah marah marah. I'm sorry okay. Saya minta maaf atas kesilapan saya yang lalu."

' Ee, yelah tu. Muka kau ni macam tak boleh percaya je.'

" Tak apa. Saya dah maafkan dah." aku terus berlalu.

' Aku tak akan benarkan kau jatuh atas tangan orang lain. Kau milik aku sorang.'

***
" Awak, dah jom. Saya dah habis beli dah. Jom kita balik." aku menarik tangannya.

" Alah ma, sekejaplah. Airil nak makan aiskrim lah." rengek Airil manja.

" Yelah. Awak, belikan Airil aiskrim eh. Saya nak pergi toilet. Tunggu tau." Aiman menganggukkan kepala. Setelah mendapat keizinan, aku terus berlalu untuk ke tandas.

***
" Hey, Aiman. Sorang je? Mana wife you?" Zura terus memeluk tangan Aiman. Aiman pantas menepis. ' Menyibuk betullah minah ni. Semak je.'

" Ada. Dia pergi toilet. Nampak tak I dengan anak I ni?" Zura mencebik bibir.

" Aiman, you tak rasa bosan ke dengan wife you tu. I tengok dia, dia macam tak sukakan you je. Better you pilih I. I kan suka you." tanpa malu, Zura meluahkan perasaanya terhadap Aiman.

' Ee, aku dah kahwin okay. Kalau aku belum kahwin pun, jangan harap aku pilih kau. Dahlah pakai baju macam tak pakai baju. Terdedah sana sini. Buang mase aku je layan minah ni.' apabila Aiman ingin berlalu, Zura memeluk erat tangan Aiman.

" Ish, apa ni Zura. Jangan nak pegang I boleh tak. Nanti wife I nampaklah. Timbul pulak salah faham nanti. Please Zura." Aiman menepis kasar tangan Zura.

Zura tergamam. ' Tak apa. Aku akan sedaya upaya untuk goda kau. Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku sorang, Aiman.' gumam hati Zura.


***
Apabila Aiman dan Airil ingin berlalu pergi tinggalkan Zura, Zura terus berlari mendapatkan Aiman. Zura memeluk pinggang Aiman erat.

" Apa ni Zura. I dah kahwin lah. Lepaslah." Aiman cuba tidak berkasar. Nanti kalau berkasar pulak, dipanggil lelaki dayus pulak.

" Tak nak. Kecuali kalau you kahwin dengan I. I nak you ceraikan perempuan tu." rayu Zura. Dia sudah tidak peduli akan mata mata yang memandangnya perempuan murahan. Dia sanggup. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Aiman jadi hak miliknya sorang.

***
" Airin," aku terdengar seperti seseorang memanggilku. Aku terus toleh ke belakang. Aku melihat Taufiq sedang tercungap cungap sambil memegang dadanya. " Can we talk?" tanya Taufiq. Dia berharap agar pujaan hatinya ini terima. Dia tahu pujaan hatinya ini telah dimiliki, tetapi hati ini, berdegil dan berkeras untuk jangan tinggalkan dia.

" Nak cakap apa lagi? Saya nak pergi pada suami saya lah. Lagipun saya tak nak dia tunggu saya lama sangat. Kalau nak cakap pasal maaf tu. Saya dah lama maafkan awak. So, please. Let me go." rayuku. Aku berharap sangat Taufiq faham apa yang aku hendak dan mahukan. Aku terus berlalu pergi meninggalkan Taufiq bersendirian.

***
" Aiman Amsyar, apa awak buat ni?" tengking ku. Air mata yang dibendung tidak dapat kutahan lagi. Air mata ku laju mengalir. Zura terus longgarkan pelukannya. Airil berlari ke arahku untuk mendapatkan ku.

" Mama, please dont cry. Airil tak nak tengok mama sakit." Airil menarik tanganku.

Kata kata Airil tidak ku layan. Aku terus melangkah untuk pergi ke arah mereka. Satu tamparan hinggap di pipi Zura.

PANG! " Sebenarnya, aku dah lama bersabar dengan perangai kau. Apa yang kau tak puas hati dengan aku ha?" suaraku bagai langit menyambar. Aku tidak peduli akan mata mata yang pandang pada kami. Nak tengok drama kan, tengoklah.

Aiman terkejut akan tindakan aku. " Sayang. Kenapa ni?" tanya Aiman lembut.

" Awal tanya saya kenapa? Sepatutnya saya yang tanya awak ni dah kenapa layan perempuan yang bukan mahram awak ni. Awak ni, belajar agama ke tidak?" suaraku sudah kendur.

Tiba tiba, Taufiq datang sebelahku, " Hey, kenapa ni?" tanya Taufiq. Aiman memandang tajam pada Taufiq.

" Awak, kalau awak nak kahwin dengan Zura, awak kahwinlah. But, awak mesti lepaskan saya." usai kata kata itu terbit dimulutku, aku terus berlalu pergi dengan hati yang hancur berkecai.

Aiman ingin mengejarku, tetapi belum sempat Aiman ingin mengejarku, Taufiq mengahalang.
" No, aku tak benarkan kau jumpa Airin. Sebab aku pasti yang Airin akan jadi milik aku sorang." belum sempat Aiman ingin menumbuk Taufiq, Taufiq sudah berlalu pergi untuk mengejar Airin.

***
" Sampai hati kau, Aiman. Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni? Kau jahat. Aku benci kau." aku jalan sorang sorang untuk menunggu teksi.

Ketika itu, aku ternampak sebuah van putih berhenti di hadapan aku. Aku melihat dua orang lelaki sedang memakai topeng pergi ke arahku.

Aku sudah mula cemas. Baru aku hendak melangkah pergi tinggalkan tempat itu, seorang lelaki itu terus menekup mulutku. Lelaki itu terus membawa aku masuk ke dalam van tersebut.

Aku tidak tahu, mereka bawa aku kemana kerana cermin van itu, gelap. Aku tidak mampu menoleh keluar.

Seorang lelaki itu, memberi suntikan padaku, membuatkan aku pengsan dan tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience