Hari ini, first day Airil untuk ke taska. Aku tidak tahulah bagaimana Airil hendak menyesuaikan diri nanti. Kerana dia tidak pernah berenggang antara aku, dan ahli keluarganya. Ini kerana, Aiman tidak berjumpa lagi pembantu rumah untuk menjaga Airil di rumah.
Setelah lebih kurang 10 minit memandu, akhirnya sampai juga di taska Airil. " Airil sayang," aku memanggil Airil.
" Yes mama." Airil menoleh padaku. " Ni taska Airil. Airil kena duduk sini sekejap ya. Lepas kerja mama jemput Airil, okey."
Airil memasamkan mukanya. " Alah, ma. Airil tak nak. Airil takut." bangkang Airil. Aku mengeluh. ' Aku dah agak benda ni akan terjadi.'
" Airil, dengar cakap mama ye. Sekejap je." aku terus mendukung Airil untuk keluar dari kereta. Airil memberontak. " I don't want mama. Please." Airil meraung.
Aku terus turunkan Airil. " Airil, please. Dengar cakap mama ye." aku terus meninggalkan Airil. Sebelum itu, aku sempat pesan pada cikgu taska Airil.
" Cikgu, kalau ada apa apa bagitahu saya. Saya akan jemput Airil lepas habis kerja ya."
" Baik puan."
***
" Kenapa dengan kau ni, Airin? Aku tengok muka kau ni pun aku tak selera. Masam je muka nya." tanya Iqa.
" Aku risaukan Airil. Cikgu dia kata yang Airil ni menangis je. Aku risaulah." kataku dengan muka cemberut.
" Aduhai, lepastu? Kau boleh pulak duduk dekat sini lagi? Pergilah jemput dia?" Iqa menepuk dahinya.
" Haah lah. Kenapa lah aku tak terfikir. Astagfirullah. Bye aku pergi dulu." aku terus berlalu pergi untuk menjemput Airil.
Aina dan Sahirah tergelak akan kelakuan gelabah aku.
***
Sampai sahaja di taska Airil, aku cepat turun dari kereta.
" Assalamualaikum." Airil yang ternampak susuk tubuhku terus berlari ke arahku.
" Mama, Airil tak nak duduk sini." Airil memelukku sambil menangis teresak esak.
" Waalaikumussalam, puan."
" Saya ambik Airil dulu ye. Dia memang tak boleh berenggang dengan saya dan ahli keluarga dia. Saya minta maaf ye cikgu." Cikgu Fatin tersenyum manis.
" Tak apa puan. Saya faham." Cikgu Fatin memberikan barang Airil padaku. Aku menyambutnya.
" Saya balik dulu ye, cikgu." Cikgu Fatin mengangguk. Aku dan Airil berlalu pergi.
***
" Airil, mama ada kerja banyak lagi ni. Airil duduk dengan mama okey." pujukku.
" Airil okey je. Airil tak nak duduk dekat taska tu. Airil nak duduk dengan mama." Airil pelukku erat.
" Okey, jom kita turun. Nanti kita makan sama sama ye." aku mendukung Airil lalu membawanya ke office.
***
" Wah, comelnya anak kau ni." Aina datang ke arah Airil lalu mencubit pipinya perlahan.
Aku tersenyum. " Hai, aunty Aina." Airil menghulurkan tangan untuk bersalam.
" Wah, pandainya anak kau ni." Aina menyambut tangan Airil lalu tangan Aina dikucupnya.
Pekerja pekerja lain pun berkerumun ke arah aku dan Airil. " Wah, comelnya anak boss." puji Farah.
" Terima kasih. Airil ikut saya. Yelah, mama dia kan comel." aku puji diri sendiri.
" Wuuu."
" Dah, sambung buat kerja. Tak ada kerja lain ke?" tanya ku. Mereka tersengih. Mereka terus beredar untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.
" Airil duduk dekat sofa ni, ya. Airil mainlah apa apa ya. Tapi jangan kacau mama ya." aku memberi amaran pada Airil. Airil tersengih.
***
" Mama, laparlah. Airil nak makan." rengek Airil.
" Okey, jom. Kita pergi turun makan." aku dan Airil turun bersama sama untuk ke restoran.
" Hai, Airin." sapa Taufiq.
" Waalaikumussalam." perli ku.
" Err, sorry. Assalamualaikum." Taufiq tersengih.
" Waalaikumussalam. Ya, Taufiq nak apa?" jawab ku dingin.
' Kau jual mahal ye. Tak apa. Kalau aku tak dapat kau, jangan harap sesiapa boleh dapat kau termasuk suami kau jugak.'
" Boleh join?" tanya Taufiq. Sedikit pun, Taufiq tidak perasan akan kehadiran anakku.
" Mama, laparlah. Jomlah kita makan." rengek Airil.
" Anak ke? Hai, nama siapa?" Walaupun, Taufiq tidak suka budak budak dia terpaksa bermesra dengan Airil untuk mendapat perhatian mama nya.
" Airil Adzfar." jawab Airil riang. Airil jenis cepat bemesra dengan orang.
" Boleh uncle join Airil dengan mama makan. Kebetulan uncle tak makan lagi?" tanya Taufiq.
' Ah, sudah. Nanti Airil akan beritahu Aiman. Habislah aku. Mesti salah faham ni.' rungutku dalam hati.
" Boleh kan mama, uncle Taufiq makan dengan kita?" tanya Airil. Disebabkan aku tak nak malukan Taufiq depan mata Airil, aku terpaksa terima. " Boleh sayang." aku sempat memberi jelingan maut pada Taufiq.
***
Selesai sahaja lunch, aku dan Airil minta diri untuk pulang me office. " Airin, can we talk?"
Aku mengeluh. " Okey, kejap." aku memanggil Airil. Airil menoleh. " Airil, mama nak cakap sekejap dengan uncle Taufiq, Airil tunggu sekejap ye?" Airil menganggukkan kepala.
" Yes, awak nak cakap apa lagi, Taufiq?" aku menganggkat kening.
" Awak dah fikir apa yang saya cadangkan hari tu?" tanya Taufiq. Dia membuat muka kasihan. Tetapi bagi aku minta pelempang je. Gatal je tangan aku ni nak naik dekat muka dia.
" Saya kan dah beritahu, saya cintakan suami saya. Lagipun, kalau saya tak cintakan suami saya pun, saya tak akan terima awak?" jawabku selamba.
Taufiq mendengus. " But why?" keras sahaja nada suaranya. ' Kau nak marah, ada aku kesah?'
" Sebab kita baru kenal. Tak mungkin saya akan terima awak. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Kenapa saya perlu terima awak?" jawabku kasar.
" Kita boleh kenal selepas kahwin. Dan, saya kenal awak. Kenapa awak perlu terima saya sebab saya cintakan awak sejak pertama kali kita jumpa. Please, Airin. Saya tak pernah tak dapat apa yang saya mahukan." rayu Taufiq.
Aku tergelak sinis. " Sebab tu, awak kena belajar terima. Awak tak boleh lah nak mintak semua tu lepastu semua tu jadi hak awak. Awak kena redha apa yang ditentukan." nasihat aku. Aku terus berlalu pergi. Belum sempat aku melangkah pergi, Taufiq menyengkam tangan kedua belah tanganku.
" Apa ni, Taufiq. Sakitlah." jeritku. Aku cuba sedaya upaya untuk lepaskan tanganku dari cengkaman Taufiq tetapi tidak berjaya.
" Saya akan buat awak jadi milik saya. Please, Airin." Taufiq mendekatkan mukanya padaku. Taufiq terus menolakku ke dinding.
" Argh, sakit." air mata sudah mengalir. " Apa ni, Taufiq?" jeritku.
" Macam aku cakap dekat kau. Kalau aku tak dapat kau tak ada sesiapa pun yang akan dapat kau." jawab Taufiq sinis.
Taufiq menghampiri ku. Dia sudah mengeluarkan pisau. " Apa yang kau nak buat dengan aku ha?" jeritku. Air mata laju mengalir.
" Aku nak toreh muka kau yang cantik tu. Nanti tak ada sesiapa pun yang akan suka dekat kau kecuali kau. Nanti, suami kau akan tinggalkan kau." jawab Aiman sambil mendekatkan pisau itu pada pipiku.
Belum sempat Taufiq hendak buat apa apa, Taufiq sudah terbaring ke lantai.
BUK! " Kau jangan berani nak sentuh dia." jerit lelaki itu. Lelaki itu terus membawa ku pergi.
Share this novel