" Jom ikut aku." ajak Ariz.
" Nak pergi mana? Malaslah."
" Ikut aku pergi jumpa abang aku. Boleh kan?" tanya Ariz.
" Kenapa pulak. Tak naklah. Segan aku, abang kau kan handsome. Takut terjatuh lah pulak." kata Tina malu malu.
" Habistu aku, aku nak campak dekat mana? Aku tunggu kau lah."
" Yelahtu, tak percaya lah. Tu, berlambak lagi perempuan yang tergila gilakan kau. Rina, wina ramai lagilah."
" Eh, aku setia lah. Aku ada kau je." Ariz mengendurkan suaranya. Protes.
" Alah, yelahtu. Nantilah eh." jawab Tina.
" Hm, aku tunggu kau. Sampai bila pun, hati aku tetap dekat kau. Hanya kau sorang je dalam hati aku." bisik Ariz romantis.
Bulu roma Tina sudah mula naik. ' Seram lah dia ni.'
" Jomlah cepat. Kata nak jumpa abang kau." Tina meninggalkan Ariz dibelakang.
" Okay." laung Ariz setelah Tina jauh tinggalkannya dibelakang.
***
" Eh, kita naik sama sama jelah, Ariz. Aku malas nak drive lah." Pinta Tina manja.
" Ish, yelah." Ariz masuk ke dalam perut kereta miliknya diikuti dengan Tina.
***
" Assalamualaikum, Along." laung Ariz.
" Waalaikumussalam, angah. Masuklah," ajak Aiman. Ariz dan Tina masuk ke dalam rumah Aiman.
" Ariz, ni siapa? Bakal menantu ibu ke?" tanya ibu sambil tersengih.
" Tak.. tak, tak adalah. Kawan je." jawab Ariz tergagap gagap.
Dekat mulut menidakkan tapi dalam hati mengiyakan.
" Nama siapa?" tanya Ibu ramah.
" Aleesya Kartina." jawab Tina lalu menyalami tangan ibu. " Panggil Tina je."
" Hm, cantik namanya sama macam orang nya." puji Ibu.
Tina tersipu sipu malu. " Tak adalah aunty, Tina biasa biasa je." Tina merendahkan dirinya. Tapi dalam hati sudah mengembang.
" Ibu, kenapa puji Tina sangat. Kembanglah dia tu." sakat Ariz.
" Hish, apa angah cakap macam ni. Tak baik tau." ibu menepuk pelahan tangan anakknya. " Tina kan cantik. Ibu puji lah dia. Lagipun Tina memang cantik.
" Maafkan aunty ya, Tina. Ariz ni memang suka menyakat ni."
" Tak apa aunty. Tina dah biasa. Kenal sangat dengan Ariz ni. Dia memang selalu buli Tina." terang Tina. Sengaja hendak mengenakan Ariz.
" Ariz Amsyar. Jangan berani buli Tina lagi ya. Kalau Ariz buli siap ye." Ibu memberi amaran maut pada Ariz. " Nanti kalau Ariz buli Tina, Tina beritahu ibu ya."
Tina menganggukkan kepala. Ariz menarik muka masam. " Mana aci ibu. Ariz anak ibulah." rajuk Ariz.
" Tak ada. Kalau kamu buli Tina, siap ya." Ibu memberi amaran sekali lagi. " Jom Tina." Ibu menarik tangan Tina berlalu pergi. Sebelum itu, Tina sempat menjelirkan lidahnya pada Ariz.
***
" Angah nak bincang apa dengan along ni? Siap bawak bakal adik ipar along lagi." usik Aiman.
" Apa along ni. Kawan jelah." Ariz menarik muka masam.
" Okey.. okey. So, what is it?" tanya Aiman mengaku kalah. Takut adiknya merajuk pulak. Susah nak pujuk. Merajuk kalahkan perempuan.
" Okey, Ariz nak tunjukkan gambar dekat abang ni." Ariz mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menunjukkan gambar Airin pada Abangnya.
" Nah, gambar dia." Telefon Ariz sudah bertukar tangan pada tangan Aiman.
" Okey, kenapa? Gambar akak Airin." suara Aiman sudah kendur dari bertukar riang. Rindu nak tatap wajah isterinya depan depan. Rindu nak dengar suara isterinya. Rindu akan bebelan isterinya. Rindu hendak memeluk isterinya. Rindu hendak merasa ciuman isterinya.
Walaupun Airin tidak mencintai Aiman, Aiman tahu perasaan Aiman seperti perasaan Airin jugak. Cuma Airin ego. Takut akan kisah silam dahulu terulang kembali.
" Maaf abang Aiman. Sebenarnya, gambar akak Airin ni, Tina jumpa dekat telefon abang Tina. Tina pasti yang ni gambar akak Airin. Ariz kata, Akak Airin kena culik. Abang Aiman tak rasa ke yang...." kata Tina terhenti di situ.
" Apa maksud Tina ni?" tanya Aiman pelik.
" Haah, apa maksud kau?" tanya Ariz pula.
" Sebenarnya Taufiq tu abang Tina. Alang pernah bertunang. Tapi, pertunangan dia terputus sebab tunang alang meninggal dunia. Rupa tunang alang sama seperti muka akak Airin. Abang tak rasa ke macam.." Tina sengaja menggantungkan ayatnya.
" Okay, maksud Tina yang Taufiq culik isteri abang?" Tina menganggukkan kepalanya.
" Maafkan Tina atas perilakuan alang menyebabkan abang dan keluarga abang dan akak Airin risau. Maafkan Tina sangat sangat." ujar Tina. Dia menundukkan kepalanya. Rasa bersalah sangat.
" Tak apa. Tina boleh tolong abang?" tanya Aiman. Aiman berharap sangat boleh jumpa isterinya. Air mata jantannya menitis.
Ariz faham akan perasaan abangnya. Dia menggosok gosok belakang badan abangnya.
" Boleh. Tina akan tolong sedaya upaya Tina. Harap abang boleh maafkan atas perbuatan alang." Aiman menganggukkan kepalanya.
" Tapi, kita orang dah report perkara ni dekat polis." jujur Aiman. Dia tidak mahu menipu orang yang hendak tolong nya mendapatkan isterinya.
" Tak apalah. Tina faham, perkara ni dah jadi besar. Tapi Tina tak naklah sampai mengorbankan nyawa. Nanti, Tina akan selidik dengan alang.
" Terima kasih Tina. Kalau boleh, abang nak settlekan cepat. Kalau boleh esok jugak." terang Aiman bersungguh sungguh. Tidak sabar hendak berjumpa dengan pujaan hatinya.
" Amboi abang ni. Rindunya abang dekat akak Airin. Bertuah akak Airin."
" Tak adalah. Abang yang bertuah dapat dia. Tina pun bertuah juga, bertuah dapat memiliki hati adik abang yang sengal ni." Aiman menarik cuping telinga Ariz.
" Argh..argh, sakitlah along." jerit Ariz sambil memukul tangan abangnya.
Tina tergelak akan perilakuan dua adik beradik ni. Macam budak budak. Comel je.
Share this novel