***
" Nak makan?" tanya Taufiq lembut padaku.
Aku menggeleng. " Aku nak balik." ujarku keras.
Taufiq mengeluh. " Esok, aku akan lepaskan kau. Tapi kau kena makan dulu sebelum aku tukar fikiran." ujar Taufiq yang sudah bertukar nada serious.
Aku menoleh. 'Betul ke ni? Ke, aku mimpi.' aku menepuk perlahan pipiku. ' Tak mimpilah.' Aku bingkas bangun untuk menghadap Taufiq.
" Seriouslah, terima kasih. Tapi, kenapa?" ujar ku riang.
" Yelah, kalau sebab tu rahsia. Ke kau nak aku tukar fikiran." ujar Taufiq dalam keadaan sama serious.
Aku menggeleng laju. " Thanks." ujarku riang.
" Hm, dah pergi makan. Esok pagi aku akan hantarkan kau dekat rumah keluarga kau. No exuse." Taufiq terus berlalu pergi tanpa mendengar persetujuanku.
" Ish, nanti mama dengan papa nampak macam mana? Aku nak cakap apa? Ish kusut kepala aku ni." Aku menggaru garu kepala aku yang tidak gatal. Boleh botak tahu tak!
***
KEESOKAN HARINYA,
" Dah siap?" tanya Taufiq dari luar pintu.
Aku membuka pintu bilikku. Aku melihat Taufiq sudah bersiap memakai baju tshirt polo warna maroon.
' Hemsem jugak dia ni. Tapi, aku tak dapatlah terima dia. Sebab pertama, dia culik aku. Sebab kedua, aku dah kahwin. Tak akanlah aku nak kahwin dengan dia kut. Sebab ketiga, aku tak ada perasaan pun dekat Taufiq.'
' Kalau dengan Aiman. Mula mula memang tak ada. Tapi, dah lama tu muncul perasaan tu. Aku nampak dia bersungguh sungguh untuk memikat hati aku. Sekarang ni, aku dah sedar aku dah mula jatuh cinta dengan dia.'
END FLASHBACK...
***
Taufiq berjalan menghampiri Aiman. " Aku nak minta maaf sebab culik bini kau. Ada sebab aku culik isteri kau. Sekali lagi aku nak minta maaf. Kalau kau tak nak maafkan aku, it' s okay. Aku faham." Taufiq terus mengatur langkah untuk berdar.
Belum sempat Taufiq ingin melangkah keluar, Aiman bersuara. " Tunggu, aku nak tahu apa sebabnya. Baru aku boleh lepaskan kau. Dan report dari balai akan aku batalkan jugak." Taufiq berpaling menghadap Aiman.
" Kita bincang dekat luar." Taufiq terus keluar pergi ke taman mini milik keluarga Airin.
Aiman hanya menurut.
" Sebab, rupa isteri kau sama macam rupa arwah Farah. Aku rindukan dia. Rindu sangat. Dia kemalangan pada esok kami berkahwin." luah Taufiq. Air mata yang ditahan menitis juga.
" Dia kemalangan di tempat kejadian. Rupa Farah sama macam rupa isteri kau, Airin. Aku minta maaf sangat. Kalau kau nak bawak aku kat balai sekarang ni jugak aku terima. Sebab aku dah buat kesalahan. Tapi, aku minta kau maafkan aku." rayu Taufiq. Air matanya sudah berjuraian jatuh.
" Kesian kau. Tak, aku tak akan hantarkan kau di balai. Aku minta maaf dekat kau jugak sebab tuduh kau. Dan tumbuk kau. Tapi, ada satu syarat untuk aku nak maafkan kau."
" Apa syarat dia, aku akan buat apa sahaja." yakin Taufiq.
" Aku nak kau tolong aku pujuk Airin."
Taufiq tergelak. " Senang je. Aku akan tolong kau." jawab Taufiq. Taufiq mengukir senyuman.
***
MALAM,
Sejak dari kejadian itu.. aku tidak keluar dari bilik. Makan tengah hari aku tidak keluar, makan petang aku tidak keluar. Aku masih marahkan lagi pada Aiman. Suka hati dia je nak marah. Nak tolong orang pun nak marah.
" Sayang, bukak pintu ni."
Aku terkejut. " Serious lah dah pukul 11.30 malam." aku mencapai handfone. " Astagfirullah, aku tak solat lagi." aku masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu' bagi menunaikan kewajipan bagi umat Islam.
***
Aku membuka pintu bilik kerana ingin menuju ke dapur. Perut sudah mendendang lagu rock dah. Lapar.
Aku terkejut sewaktu aku membuka pintu bilik. " Ya Allah, kenapa dia tidur sini tanpa beralaskan apa apa. Kesiannya." Air mata ku jatuh. Terharu.
Aku terus duduk di hadapan Aiman. Aku rasa Aiman sudah lena. Aku mengusap usap kepalanya. " Saya minta maaf, saya tak ada niat nak buat awak macam ni. Saya sayangkan awak tapi awak ashik buat saya nak marah je." aku mencium dahi Aiman dengan penuh kasih.
Sewaktu aku ingin bangun untuk menuju ke dapur, aku merasakan tangan ku dipegang seseorang. ' Dia dah bangun. Alamak! Dia dengar ke apa yang aku luah tadi. Argh, malunya. Mana nak letak muka ni." muka ku sudah kemerahan.
" Saya dah dengar semuanya. Tak sangka awak pun jugak ada perasaan sama seperti saya." Aiman mengukir senyuman nakal.
" Apa? Mana ada." Tipu ku. Di mulut menafikan tapi di hati mengiyakan. Argh, malunya.
" Jom, kita tidur." Aiman sudah bangun dia menarik tanganku agar mengikut langkahnya.
" Apa ni? Saya nak minum airlah." jawabku tergagap gagap.
" Tak apa, esok awak boleh minum. Jom." Aiman terus mencempungku lalu membawa aku ke katil.
Lampu bilik dimatikan.
Malam itu kami sudah jadi suami isteri yang sah. Aku sudah menerimanya sebagai suami ku. Aku cintakan dia, Aiman Amsyar bin Dato' Harith.
Share this novel