Sebelum kami bertolak ke Perak, kami sempat singgah ke kubur arwah Aqeel. Sudah berapa bulan aku tidak menziarahi arwah.
Aku luahkan segala yang aku pendam pada arwah Aqeel. Kecewa, marah dan sedih.
" Abang, abang tahu tak, Airil sudah besar dia sudah tidak takut dengan orang. Dia petah berkata. Kalau abang masih hidup lagi, abang mesti bangga. Airil sama seperti abang. Bijak, handsome, comel banyaklah."
Aku bercerita macam macam pada arwah. Setelah puas apa yang aku hendak luah, aku pulang. Perasaan aku sedikit lega daripada tadi. Walaupun Aqeel tidak dapat melihat Airil membesar di depannya, aku pasti dia gembira melihat Airil di depan mata. Airil sama seperti Aqeel.
***
Perjalanan aku dan Zania untuk ke Perak mengambil masa selama 4 jam. Ini kerana, kesesakan lalu lintas. Hujung minggu, mesti sesak. Kadang kadang, perjalanan pun boleh cecah hingga 5 hingga 6 jam.
Apabila Zania letih memandu atau mengantuk, aku pula diganti sebagai pemandu. Walau aku masih sedih lagi, aku perlu bangkit aku tak boleh nangis. Apatah lagi, Airil ada. Pasti dia akan bertanya kepadaku ' kenapa mama nangis?' Aku tidak mahu Airil berfikir bukan bukan.
" Airin, kau okay tak ni? Aku tengok kau macam letih je. Aku tahulah kau ni mengandung, tapi muka kau tu macam baru lepas nangis. Kenapa, kau tak nak share dengan aku ke?" Soal Zania ambil berat.
Zania adalah adik kembar Aqeel. Mereka kembar tidak seiras. Tetapi Aqeel lahir awal 10 minit dari Zania. Aku dan Zania begitu akrab.
Semasa majlis kenduri di rumah Aqeel, Zania tidak dapat hadir kerana dia belum tamat pengajiannya lagi.
Tapi bila first time jumpa je, boleh rapat tetiba. Tak tahulah. Kami jumpa apabila kenduri tahlil. Dari situ, kami rapat. Tetapi, lepas Aqeel pergi meninggalkan kami, kami sudah jarang jumpa. Apatah lagi, aku sudah berkahwin dengan Aiman.
" Tak, aku cuma penat je. Penat tu sikit je. Nak bawak budak dalam perut ni, berat sangat." jawabku.
" No, itu bukan jawapan dia. Share lah. Kut..kut kalau kau cerita, kau rasa lega. Tak akanlah tak ada apa apa kut. Mata kau sembap ni. Kau baru lepas nangis kan." teka Zania.
Air mata ku perlahan turun di pipi. Apabila teringat perbalahan antara aku dan Aiman di rumah, aku rasa sedih. Aku berasa berdosa pada Aiman. Walaupun Aiman mengizinkan aku pergi, aku tahu hati dia, dia tak benarkan aku tinggalkan dia. Tapi, inilah salah satu cara supaya aku dapat tenangkan jiwa aku.
Dia sendiri berjanji padaku, yang tiada rahsia antara kami. Tapi, dia berahsia dengan aku selama ini. Aku tidak tahu apa langsung. Sampai hati dia. Mungkin, kata kata cinta yang selama dia luah padaku, hanya tipu sahaja.
Zania terkejut. Dia terus berhenti keretanya proton x70 di RNR.
" We, Airin.."
" Kenapa ni, aku ada salah cakap ke? Kalau aku ada salah cakap, sorry. We, janganlah nangis macam ni." gelabah Zania. Air mata Zania bergenang.
Zania tidak boleh melihat orang menangis. Kalau tidak, automatik dia akan menangis sekali dan gelabah. Gelabah dia, macam tertinggal kapal terbang nak pergi luar negara.
Aku hanya terdiam. Semakin lama tangis aku semakin menjadi jadi. Zania sudah gelabah tahap gaban.
" Airin, janganlah nangis. Tengok, aku pun dah ikut kau nangis ni." pujuk Zania. Zania membawa aku ke pelukannya.
" Zania.."
" Ya, Airin. Please jangan nangis." Zania menggosok lembut belakang badanku.
Aku merenggangkan pelukan. Zania memberi ku ruang.
Setelah aku kembali tenang, Zania mula menyoalkan soalan yang dia hendak tahu. " Airin, boleh aku tahu apa masalah kau? Aku tak rasa kau saja je nak balik kampung atau rindukan ummi. Aku tak nak dengar jawapan dia yang tu. Aku nak jawapan jujur. Jujur dengan aku. Apa masalah kau ni, Airin?" soal Zania serious.
Aku hanya diam sahaja. Aku hanya membiarkan soalan Zania berlalu dengan angin.
" Airin, please. Jangan diam macam ni je. Tell me the truth."
" Sabarlah, tunggu sampai rumah ummi. Aku mengantuklah. Dah, aku nak tidur. Tengok Airil tu, dah lena dah. Aku pun nak lena dibuai mimpi jugak. Dahlah jangan kacau."
Share this novel