12. PERKAHWINAN

Drama Series 24790

" We korang." aku terus tuju ke meja yang kawan kawan duduk. Aku mengambil tempat antara Sahirah dan Aina.

Mereka terus tunduk pandang bawah. Aku tersenyum sinis. " Korang dah tahu kan?" tanyaku dengan selamba. Aku saja berlangak selamba tetapi dalam hati memang dah kena sumpah dah dengan aku ni.

" Mana ada." kata Iqa dengan tergagap gagap.

" Oi, Iqa. Aku kenal kau lah. Kalau kau tak tipu kau tak akan tergagap. Kau mana reti menipu. Terus teranglah." ucapku panjang lebar sambil memandang tajam ke arah mereka.

" Okey, kalau kita orang cakap, kau kena janji jangan marah. Janji." kata Sahirah sambil menunjukkan jari kelenkingnya.

Aku mengeluh. " Yelah. Ha, cepatlah cakap."

" Tak nak, kau tak janji pun." ujar Aina. Amier, Farid dan Irfan hanya diam membisu.

" Yelah, janji." aku memaut jari kelengkingku dengan jari Sahirah. " Puas hati. Cepat cakap."

" Nak cakap lah ni."
" Okey, memang kita orang tahu pun. Kita orang tahu sejak kita jumpa beramai ramai dengan Aiman sekali tu. Balik rumah je, aku terus tanya Farid. Aina dengan Iqa tahu pun, tanya Amier dengan Irfan. Sorry tau."

Aku yang mendengar cerita tu terus berasap. " We korang, kalau telinga aku ni boleh keluar asap, sudah lama dia keluar. Nasib baik tak boleh tau." ujarku lembut.

" Kau tak marah kan?" Amier mula bersuara.
" Sebenarnya marah, tapi aku kan dah janji. Tak elok mungkir janji." kataku dengan lembut.

" Sorry au, Airin." kata mereka serentak.
" Yelah. Nak buat macam mana. Aku dah jadi isteri dia. Kenalah terima kan." ujarku sambil tersenyum.

" Aku tahu, kau tak ikhlas terima Aiman kan. Aku kenal kau dah lama lah." kata Sahirah.

" Memang, sebab aku takut Aqeel kecewa." ujarku sambil mengelap air mata yang sudah mula jatuh.

" Aku pasti Aqeel tak kecewa. Aku rasa dia gembira. Dan dia tak perlu risaukan kau. Kau dah kahwin ni senang. Dia tahu ada orang yang jaga kau. Aiman yang sesuai untuk kau. Dia cintakan kau dah lama dah. Sejak sekolah lagi." ujar Farid bersungguh sugguh untuk menyakinkan aku.

Aku sekadar terdiam. 'tak mungkin Aiman suka aku. Aku tak percaya.'

" Ooo, jadi memang plan korang lah ni." kataku dengan serius.

" Alah, kau ni janganlah marah." kata Irfan dengan takut takut.

" Bila masa aku marah korang ni?" tanyaku. Mukaku masih serius.

" Tu, muka kau serius ni." Sahirah mengusap usap pipiku.

Aku tersenyum manis. " Habistu, tak akanlah aku nak senyum je? Macam ni." aku makin melebarkan senyuman.

Mereka menganggukkan kepala. " Ish cepatlah bagitahu?" gesa ku.

" Ye, kita orang minta maaf tau. Janganlah marah." jawab Iqa.

" Ooo, patutlah korang datang sini tak datang sana. Rupanya......" aku memandang tajam pada mereka. Mereka tersengih.

***
MALAM,

Selepas solat magrib, keluarga bagi pihak lelaki meminta diri untuk pulang, termasuk Aiman suamiku.

" Bye, saya minta diri dulu." bisik Aiman.
" Baliklah, tak kisah pun." aku juga membalas bisikannya. Dia tersenyum.

Aiman menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku. Aku memandang sahaja tangannya tanpa menyambut tangannya.

" Airin, salam suami kamu tu." mama menyiku lenganku.

" Sakitlah ma." aku mengusap usap tanganku. Setelah itu, aku bersalaman dengan Aiman. Aku sempat beri jelingan maut padanya.

***
KEESOKAN HARINYA,

Hari ini, hari persandingan belah perempuan. Kami mengadakan di hotel terkemuka. Jadinya, aku bersiap di salah satu bilik.

" Kak, nanti muka tu kena ceria tau. Tak bolehlah masam masam macam ni. Tak cantik." kata Reesha sambil menyolek muka ku.

" Biarlah, tak cantik pun. Tak kisah." pintu bilik dikuak. Rupanya mama. Mama terus masuk.

" Airin, maniskan muka tu. Jangan nak buat hal pulak eh. Nanti dengan suami tu, jangan nak muncung. Kalau mama nampak, mama cubit eh." mama memberi pesanan maut padaku.

" Yelah, mama." aku memaniskan mukaku.

" Buat dengan ikhlas."
" Yelah." Aira dan Reesha tergelak.

***
Muka ku sudah siap disolek. Tinggal untuk aku menukar pakaianku sahaja.

" Kak, dah siap dah. Pergi tukar baju." kata Reesha.

" Yelah, adikku sayang." Reesha tergelak. Aku mengambil baju pengantin bewarna purple untuk memakainya.

" Reesha, keluarlah. Tadi suruh akak tukar baju. Now, get out." halau ku apabila aku masih melihat Reesha tidak berganjak dari tempat duduknya.

" Lah, kak. Kita kan perempuan. Tukar jelah depan Reesha ni." aku mengetap bibirku. Muka ku sudah kemerahan.

Ni baru adik. Kalau suami, habis terbakar kot muka aku ni. " Tak nak, selagi Reesha tak keluar, selagi tu akak tak nak tukar baju. Biarlah." ugut ku. Reesha mengalah.

" Yelah." Reesha terus keluar dari bilikku.

***
Aku sudah siap memakai baju pengantin. " Cantik jugak aku ni eh?" kataku perlahan.

TOK..TOK..TOK, " dah siap ke belum tu?" pintu bilik dikuak, ' ish, kacau betullah dia ni.'

" Ha, kau nak apa?" kataku. Mereka tersengih.
" Aku nak tanye je, kau dah siap ke belum?: tanya Liza. Sahirah, Iqa dan Aina tersengih.

" Kau nampak tak, aku dah siap pakai baju ni?" kataku dengan lembut.

Mereka membuat rolling eyes. " Perlilah tu. Kita orang nak jemput kau ni. Pihak lelaki tunggu kau tu." tiba tiba jantung ku berdegup kencang.

" Ha, dah sampai. Cepatnya." kataku dengan gelabah." tiba tiba kedengaran pintu bilik diketuk. Muncul seorang lelaki lengkap berpakaian pengantin bewarna purple.

" Assalamualaikum." Aiman terus datang ke arahku. Dia berhenti apabila dia depan mataku.

' Ish, tahulah dia tinggi, tak perlulah dekat sangat. Aku kena dongak pandang dia. Pakai kasut tinggi pun, masih mendongak pandang dia. Eh tapi hendsome jugak dia ni.' gumam hati ku sambil ralit merenungnya.

" EHEM..EHEM..EHEM. Sahirah, Aina, Iqa dan Liza berdehem. Kami yang tersedar, terus mengalihkan pandangan ke arah lain. Muka ku dan muka Aiman sudah kemerahan.

" Kalau nak tenung lagi, tenunglah. Tapi tunggu kita orang tak ada. Kalau nak buat something pun buat lah, kita orang tak halang tapi tunggu kita orang pergi dulu."

" Ish, kau ni pahal?" kataku. Aiman merenungku semula. 'hari ini kau dah jadi milik aku. Kau dah tak boleh lari dah.'

Aku yang perasan akan renungan Aiman terus menjauhkan diri aku darinya. Maklumlah, tinggal kami berdua sahaja di bilik ni. Mereka sudah keluar.

" Nak pergi mana?" Aiman terus memegang tanganku dan memelukku dari belakang.

" Kau nak apa ni?" kataku dengan takut.

" Tak perlu takut, saya tak akan buat apa apa pun sekarang ni. Tapi kalau nak buat apa apa pun tunggu malam." bisik Aiman.

Aku menelan air liur ku.

" Astagfirullahhalazim. Korang buat apa ni? Cepat keluar. Majlis dah nak mula dah. Bertuah punya budak." ibu menyergah kami. Aiman tersengih malu. Manakala aku, jangan cakap lah muka aku memang dah terbakar dah.

" Astagfirullah, kalau dah tak sabar dah, tunggu malam nanti." mama pula berkata.

" Dah, jom." ajak ummi.

Aiman terus gengam tangan aku. Kami berjalan beriringan. " Ee, rimaslah kau pegang tangan aku ni. Lepaslah. Belum sampai dekat dewan lagi kan." aku berkata sambil merentap tanganku dari pengangannya.

" Tak boleh," Aiman mengemaskan pengangannya membuatkan aku tidak dapat menarik tanganku. " Jangan, sayang. Awak nak saya cium awak dekat sini ke? Baik duduk diam." ugut Aiman.

Aku terus duduk diam. ' Ish, leceh betullah dia ni.' Aiman tersenyum apabila aku mengikut katanya.


Apabila sampai sahaja di dewan hotel, ramai orang yang sedang memandang ke arah kami sambil tersenyum senyum.

Aku dan Aiman membalas senyuman orang ramai. Aku teringat akan pesanan mama, suruh aku memaniskan muka, so terpaksalah.

Majlis berjalan dengan lancar walaupun sesekali hatiku sakit kerana ramai mengenakan aku. Terutama rakan ku. Mama sentiasa mengawasi ku supaya aku sentiasa bermanis muka.

Hanya tinggal majlis fotografi sahaja yang tinggal. ' Aduh ni aku malas ni. Leceh betullah.'

Kali ini gambar hanya aku dan Aiman sahaja. 'Aduhai Farid ni memang kan. Nanti korang.'

Farid bekerja sebagai juru foto. Dia ditugaskan untuk mengambil gambar kami.

" Aiman, peluk Airin tu. Aku nak tangkap gambar ni." kata Farid. Aiman terus memelukku.

" Tak payah lah rapat sangat, rimaslah." aku membisik ke telinga Aiman.
" Mana boleh. Dah juru foto suruh. Saya buatlah." Aiman mengeratkan lagi pelukannya. Aku terpaksa beralah apabila aku melihat mama sedang memandang tajam ke arahku.

" Ha, Airin senyum...." arah Farid.

KLIK..KLIK..KLIK.

Pelbagai possing yang diambil. ' Ini semua angkara mereka lah ni. Nanti korang. Aku piat telinga korang.'

Tiba tiba, Puan Nazimah datang ke arahku dan Aiman. Aku melihat ibu sedang membawa sesuatu, tetapi aku tidak tahu apa isi kandungannya.

Ibu memberi kotak itu ke Aiman. Aiman terus membuka kotak itu dan menyuakan kepada ku.

Aku terpaku, aku melihat set barang kemas. " Untuk Airin. Set barang kemas ni untuk nikah." Aiman menyuakan set barang kemas itu padaku.

" Tapi, cincin ni kan ada. Tak perlulah." aku menolak.

Aiman berdegil. Aiman terus memakaikan rantai emas itu padaku. " Thank. Aku hargai sangat." aku tersenyum manis. Gila kau! Siapa tak suka barang kemas.

Aiman membalas senyumanku. ' aduh, cairlah pulak.'

" Airin, kenapa panggil Aiman aku. Tak sopanlah." mama membisik ke telingaku. Aku tersengih.

" Sorry, ma."
" Kenapa kata sorry pada mama. Sepatutnya pada suami kamu."

" Awak, saya minta maaf. Terima kasih atas hadiah ni. Saya suka sangat." Aiman terpaku.

' Biar betul dia cakap baik baik dengan aku ni. Dia dah mula suka dekat aku ke ni? Aku akan berusaha untuk dapatkan dia. Aqeel, aku sudah tunaikan apa yang kau suruh aku buat. Terima kasih Aqeel.' kata Aiman dalam hati.

* DONE, BAB 12.
* SORRY, KALAU BAB 12 NI TUNGGANG LANGGANG. SIS TAK TAHU SANGAT PASAL KAHWIN NI. MAAF SEKALI LAGI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience