Ramai tetatamu sudah pulang termasuk rakan rakan ku kecuali Aina dan Irfan. Di dewan, hanya tinggal aku dan Aina termasuk ahli keluargaku. Ahli keluargaku sedang sibuk melayang tetamu yang hadir lewat pada majlis aku dan Aiman.
" Airin, esok bukan ke majlis di rumah Aiman kan?" tanya Aina. Aku sekadar menganggukkan kepala sambil memandang ke arah Aina. " Kau tak nak ke ikut kita orang balik?"
Tanpa kami sedari, Aiman dan Irfan duduk di belakang kami. Mereka memasang telinga untuk mendengar apa yang aku dan Aina diperbualkan. Irfan yang mengerti apa yang isterinya kata sudah mula tersenyum mengingatkan perangai Airin seperti kebudak budakan.
" Eh, kenapa pulak?" tanyaku. Aku masih tidak faham akan maksud Aina.
" Alah, kau ni nyanyok lah." ejek Aina
" Amboi kau, sedap kutuk aku. Dah aku tak tahu dan tak ingat pon apa yang kau maksudkan, nak buat macam mana?" terangku panjang lebar.
Aina menepuk dahinya. " Sah kau ni nyanyok." ejek Aina sekali lagi.
" Eh, kau ni. Dah lebih ni. Cakap jelah. Tak payah suruh aku berteka teki macam ni." gesa aku. Aina tersengih.
" Alah kau ni. Kau ingat tak dulu. Dulu kau kan nak ikut kita orang, mama kau nak balik masa majlis dekat rumah Aqeel. Bersungguh sungguh kau merengek, siap tambah package menangis lagi. Kelakar betul kalau dingatkan. Kau ingat tak?" kata Aina sambil tergelak mengingati kisah lama kawannya, Airin.
Aku baru tersedar. Aku tersenyum sendirian mengingati kisah lama aku dan Aqeel dahulu.
" So, kau nak ikut kita orang balik rumah tak?" sakat Aina. Aina dan Irfan sahaja tahu akan kisah kelakar itu. Kerana Aina sekampung dengan Aqeel. Manakala Irfan tahu disebabkan dia temankan Aqeel. Kebetulan Aina dan Irfan sekampung sama seperti Aqeel.
" Eh, apa salahnya aku nak ikut korang?" kataku. Kami tergelak.
Aiman masih tidak faham apa yang dibualkan oleh isterinya dan Aina. " Dia orang cakap apa? Aku tak fahamlah." bisik Aiman.
" Kau dengarlah apa yang dia orang cakap. Nanti kau faham." bisik Irfan juga.
FLASHBACK,
"Mama nak ikut..mama nak ikut. Mama, nak ikut balik. Tak nak tinggal sini." aku merengek pada mama.
" Mana boleh. Kamu kenalah tinggal di sisi suami kamu. Jaga pakaian dia, makan minum dia." mama tidak menghiraukan aku.
" Alah ma, kalau macam tu mama tinggalah sini. Airin tak boleh kalau tak ada mama." rengek aku. Air mata ku sudah mula bergenang. Tunggu masa sahaja untuk gugur.
Keluarga Aqeel melihat adegen itu tergelak. Aqeel pergi ke arahku. " Sayang, sayang duduklah dengan abang. Jangan lah macam ni. Macam budak kecik lah." pujuk Aqeel. Aku tidak mengihiraukan akan pujukan Aqeel. Aku terus memeluk mama.
" Mama, janganlah balik. Airin nak ikut." rengek aku lagi.
" Airin, jangan jadi macam budak kecik boleh. Dah pergi dekat Aqeel tu. Tulah mama suruh kamu duduk asrama, kamu tak nak. Sibuk nak duduk bawah ketiak mama dengan papa. Kan dah jadi macam ni.
" Alah, mama ni. Airin takutlah." aku sudah mula memuncung.
" Apa yang nak ditakutkan. Semua kawan kamu duduk asrama kan. Apa yang nak ditakutkan. Dah, mama nak balik ni." mama tidak menghiraukan aku. Mama terus masuk ke dalam perut kereta.
Aku terus pergi ke papa. " Papa, Airin nak balik. Janganlah tinggalkan Airin sorang sorang." aku memegang tangan papa.
" Airin, sayang. Tak boleh lah macam ni. Kalau Airin ikut papa dengan mama balik, Aqeel nak tinggal dengan sepa kalau Airin tak ada?" papa memujuk aku.
" Alah, Aqeel duduklah sini. Keluarga dia kan ada. Papa, nak ikut please." rengek ku. Aku terus pergi ke kereta dan masuk ke dalam.
" Ya Allah, Airin. Bertuah punya budak. Keluar sekarang. Kamu nak keluar ke atau kamu nak mama heret kamu untuk keluar." ugut mama dengan suara keras.
Aku membuat mimik muka yang comel. " Please, mama."
" No, I said. Keluar atau kamu nak mama heret kamu keluar."
Aku mengalah. Aku terus keluar dari perut kereta.
" Dah, papa balik dulu. Dengar cakap Aqeel. Aqeel suami kamu. Syurga kamu di bawah tapak kaki dia bukan mama dah." pujuk papa sambil mengusap kepala ku. Papa terus menghulurkan tangan untuk bersalam.
Aku menyambut. " Bye papa." aku memuncung.
Aku pergi ke kereta untuk bersalam dengan mama. " Ingat, jaga Aqeel. Jangan nak buat perangai macam budak kecik." pesan mama.
" Yelah," aku menganggukkan kepala sambil memeluk mama.
***
" Ainaaa, boleh tak temankan aku. Kau je yang aku ada sekarang ni. Tolong aku eh. Kampung kau dekat je kan. So, tolong aku boleh tak?"
" Ish, dia ni. Yelah, nasib baik kau kawan aku tau."
" Yeah, saaaayang kau." aku memeluk Aina.
" Eee, rimaslah." Aina menolakku.
" Ish kau ni, nak bermanja pun tak boleh." aku membuat duck face.
***
" Okey, pengantin baru, boleh tak tolong basuhkan pinggan, mangkuk semua ni." tanya pak saudara Aqeel.
" Boleh, pak cik. Apa salahnya." jawab Aqeel.
" Jom, sayang. Basuh pinggan, mangkuk semua ni." Aqeel menarik tanganku.
" Okey, jom." aku meninggalkan Aina. Yelah, dari tadi Aina tu ashik berkepit dengan Irfan je. Aku lah pulak tinggalkan dia.
" Eh...eh...eh dia ni. Tadi, suruh kita temankan dia. Tapi dia pulak tinggalkan kita." laung Aina. Aku menoleh.
" Eh, mana pujaan kau tu. Tadi kau biarkan aku. Tak peduli aku pun. Mana Irfan?"
" Dia pergi tandas sekejap."
" Ha, tunggu jelah. Kita orang tunggu korang kat belakang. Untuk basuh pinggan." Jawab Aqeel pula.
***
Ketika kami sudah selesaikan membasuh pinggan, mangkuk, cawan, ummi datang ke arah kami membawa periuk besar. ' aduh mesti kena basuh ni.' gumamku.
" Ha, nah. Basuh cepat." arah ummi. 'Ha, kan masin mulut aku. Aku dah cakap dah, mesti kena basuh ni. Ee, mulut ni.' aku menepuk perlahan bibirku.
" Kenapa ni, sayang. Janganlah. Nanti sakit mulut tu." Aqeel terus memegang tanganku untuk menghalang tangan ni untuk menepuk mulut aku sendiri.
" Tak ada apa apa." jawab ku ringkas. " Banyak nya. Alah, ummi. Penatlah." adu Aqeel.
" Tak boleh, basuh cepat. Nasib baik ada Aina dengan Irfan. Cepat sikit kerja tu habis. Terima kasih Aina, Irfan. Menyusahkan kamu je ni." ummi berkata.
" Tak apa, mak cik. Kami ikhlas lah mak cik." jawab Aina dan Irfan serentak.
" Alahai, so sweet korang ni. Cakap pun sama sama kan." sakat ku. Muka Aina sudah kemerahan.
" Ha, bila nak kahwin ni." sakat Aqeel juga.
" Ish, korang ni kenapa? Malulah." kata Irfan dan Aina serentak. Mereka pandang antara satu sama lain. Mereka juga tergelak.
Aina yang geram pada aku dan Aqeel, terus menyimbah air sabun kepada kami.
" Ainaaa!! Apa kau ni? Pedihlah mata aku."
" Ha, padan muka."
" Abang!!! Mata sayang pedihlah."
" Sayang, sini. Abang basuhkan." Aqeel membawa aku untuk membasuh muka akibat disimbah oleh Aina.
" Ha, ambik kau." setelah mata sudah boleh melihat aku mengambil span lalu mencampak tepat pada muka Aina.
" Airin. Apa kau ni. Nasib baik tak pedih au." Aina mengejarku untuk membalas dendam.
Aqeel dan Irfan hanya melihat pujaan hati mereka berlari seperti budak budak. " We, jom join sekali." ajak Irfan.
" Eh, kau. Kau pahal ni." Aqeel bersuara setelah melihat Irfan sedang mengambil span dan meneju ke arahnya.
" Ha, padan muka." span itu dibaling oleh Irfan. Span itu tepat kena pada punggung Aqeel. Habis seluar Aqeel basah dan bersabun akibat air sabun yang dibaling oleh Irfan.
" Ya Allah, bertuah punya budak. Orang suruh basuh periuk ni tak. Main sabun pulak." tegur Pak cik.
Terhenti seketika perbalahan kami. Kami hanya tersengih seperti kerang busuk.
Ummi juga turut datang. " Astagfirullahhalazim." ummi beristigfar.
Tiba tiba pak cik mengambil sisa kotoran dari periuk lalu mecalit ke pipi dan hidung Aqeel. " Hahaha." aku tergelak.
" Apa pak cik ni. Habis kotor muka Aqeel." Aqeel mengelap mukanya dengan bajunya.
" Hahahaha, kelakar lah abang ni." tanpa aku sedari Aqeel mencalitkan sisa kotoran itu ke muka ku.
" Ha, gelakkan abang kan." ejek Aqeel. Aku mengejar Aqeel. Tiba tiba aku terjatuh akibat terlanggar Aina.
" ADUH...SAKITNYA." aduh Aina. Aku juga mengaduh kesakitan.
" Airin, bangunlah. Kau ni beratlah." tolak Aina. Aku terus terbangun. " Bapak kuat kau tolak aku. Terus berdiri aku." Aina tergelak.
" Sayang okey, ada tak sakit apa apa." Aqeel terus pergi ke arahku. Risau dengan isterinya itu. Takut jadi apa apa.
" Tak ada apa apa pun. Aina lah yang sakit." aku menjelaskan pada Aqeel.
" Amboi, isteri kau je kau tanya. Habistu aku. Dia yang hempap badan aku, kau tahu tak? Dahlah berat." kutuk Aina.
" Alah, kau. Suruh Irfan lah. Irfan, pujuk kekasih kau tu." aku dan Aiman tergelak.
Manakala Aina dan Irfan tersengih malu.
***
" Dah...dah, pergi mandi. Dah basah kuyup dah. Periuk ni biar pak cik yang basuh." ujar pak cik. Kami tersengih.
" Terima kasih pak cik. Sayang pak cik." kami berkata serentak lalu terus berlalu pergi untuk ke tandas.
***
Aina dan Irfan balik ke rumah masing masing manakala aku dan Aqeel masuk ke dalam rumah.
" Abang, sayang mandi dulu tau." aku terus berlari ke bilik air. Aku tahu kalau aku leka nanti Aqeel akan mandi dulu.
" Eh, tak boleh." jerit Aqeel. Aqeel pantas mengejarku dari belakang.
Nasib aku malang, aku terjatuh. " Alah, sayang nak mandi dulu." rengek ku apabila Aqeel sudah sampai depan pintu tandas.
" Oookk, boleh. Jom."
" Jom, jom kemana?"
" Mandi sama sama lah." Aqeel tersenyum nakal.
" Eh jangan nak mengada eh."
" Alah, abang nak jugak mandi dengan sayang jomlah."
" Tak nak, abang mandi lah dulu." apabila aku nak berlalu pantas Aqeel mendukungku dan bawa masuk ke bilik air.
" Ish abang niii!" jeritku.
END FLASHBACK.
" Hahahaha, ingat balik kisah tu, sakit dada aku gelak tau." aku mengurut dada setelah lama aku gelak.
" Yang paling kelakarnya, kau merengek tu. Sekarang ni nak buat lagi tak?" sakat Aina. Aku tergelak.
" Aku dah duduk Australia tu dah 4 tahun kot. Tak akanlah kau masih anggap aku macam dulu tak reti berdikari." kataku sambil tergelak.
" Hahahahaha." kami menoleh belakang apabila kami terdengar suara garau tergelak. Aku terkejut melihat Aiman yang masih tergelak besar.
" Awak ni dah kenapa?" tanyaku sambil mencekak pinggang.
" Cerita awak tu, lawaklah." kata Aiman setelah tawanya sudah mula surut.
" Oooh, awak curi dengarlah ni. Kenapa curi dengar perbualan kami." aku sudah berasap.
" Tak akanlah tak boleh dengar apa yang isteri berbual." duga Aiman.
" Memang tak boleh pun." aku terus berlalu dari situ.
" hah..hah...hah tak tahu, Airin dah marah. Habislah kau, Aiman."
" Kenapa pulak. Apa salah aku?" tanya Aiman. Aiman hanya gelak sahaja. " Aina, apa salah aku?" Aiman sudah mula gelabah.
" Pergilah pujuk dia. Dia mesti okey punya." Aina memberi cadangan.
" Boleh pakai ke, awak punya cadangan tu?" tanya Irfan pula.
Aina menganggkat bahu. " Tak pastilah, kau pergi jelah pujuk dia."
" Ish, yelah." Aiman terus duduk sebelahku.
" Airin, awak merajuk ke. Saya minta maaf tau." Aiman bersuara lembut sambil menghadiahkan senyuman manis.
' Kau ingat dengan senyuman manis kau tu, boleh cairkan hati aku. Eh, sorrylah. Kalau orang lain YA, tapi bukan aku.' Aku memberi jelingan maut pada Aiman.
" Tak baik tau, Airin layan suami sendiri macam ni. Dosa tau." Aiman memujukku dengan lembut. Dia memegang tanganku laku mengusap.
" Ish, yelah." Aiman memberi senyuman manis. " Balaslah senyuman saya ni."
Aku membalas, tetapi hanya senyuman kelat.
' Tak apa Airin, suatu hari nanti, kau akan jatuh cinta jugak dengan aku. Aku akan cuba sedaya upaya untuk memenangi hati kau yang keras kalahkan batu bata tu.' gumam hati Aiman.
Share this novel