Suasana di kereta begitu suram. Tiada bunyi suara mahupun radio. Setelah 1 jam Aiman memandu, akhirnya sampai juga di rumah keluarga ku.
" Aiman, aku nak tanya sikit boleh tak?" aku mula bersuara.
" Kau nak tanya apa? Tanya jelah, tak perlu pun minta izin." kata Aiman sambil memandang muka ku.
" Hmm, siapa bakal isteri kau. Aku pernah jumpa ke?" aku bertanya.
" Kenapa kau nak tahu?"
" Alah, saje je.
" Hmm, bakal isteri aku, kaulah." kata Aiman sambil tergelak. Aku mula mengerutkan dahi.
" Ish, betul betullah. Tak lawak okey." aku memarahi Aiman.
Setelah puas tergelak, Aiman berkata, " Hmmm, kalau kau nak tahu, datanglah majlis aku." katanya.
" Ish, kau ni. Kita kan kahwin tarikh yang sama. Macam mana aku nak jumpa bakal isteri kau. Kau lah. Kalau kau buat hari lain, mesti aku dapat tengok bakal isteri kau tu. Lagipun aku nak tahu siapa yang paling cantik, aku ke dia?" kataku panjang lebar.
Aiman tergelak seusai saja aku cakap. " Pahal kau gelak ha? Tak lawak lah. Aiman please."
" Okey..okey. Hmm yang paling cantik mesti lah bakal isteri aku. Tak akanlah kau pula. Nanti jelous pulak kau punya bakal suami kau tu."
Aku mencebikkan bibir tanda menyampah. " Okey kita tengok eh." aku terus keluar dari perut kereta. Aku menghempas pintu kereta dengan kuat.
' Marahlah tu. Tak sangka kau jelous Airin. ' Aiman terus pecut laju keretanya.
***
Aku terus pergi ke bilikku untuk menukar pakaian. " Mama, mama pergi mana? Airil cari mama tak ada?" Airil terus berlari ke araku dan memelukku erat setelah aku masuk ke bilikku.
" Eh, Airil. Buat apa duduk dekat bilik mama ni?" aku bertanya tanpa menjawab soalan Airil.
" Airil cari mama." Airil terus melepaskan pelukan.
" Sorry sayang. Mama pergi keluar kejap. Sorry okey." pujukku. Airil tersenyum.
" Mama keluar dengan papa ke?" tanya Airil.
" Eh, kenapa pulak? Airil tak lama lagi Airil dapat papa baru. Airil dah tak perlu panggil Papa Aiman, papa."
" Tak nak, Airil tetap nak panggil Papa Aiman, papa."
" Ish tak boleh lah sayang. Nanti orang kata Airil ni tamak. Airil tak perlulah panggil Aiman papa eh?" pujukku.
" Tak nak. Airil nak papa Aiman. Tak nak papa lain. Airil nak papa Aiman jugak." Aoril memberontak.
Aku terus mati akal. " Okey..okey. Aiman papa Airil okey. Dah, jangan macam ni eh. Mama minta maaf okey." pujukku.
" Yeah. Sayang mama. Mama, bila Airil nak jumpa papa Aiman?"
" Err... Airil akan jarang jumpa papa Aiman. Sebab papa Aiman dah nak kahwin."
" Alah, Airil tak benarkan. Papa Aiman perlu kahwin dengan mama. Kesian mama kan." aku pelik. ' kenapa kesian dekat aku pulak ni. Eh eh, macam macam betul anak aku ni. '
" Kenapa perlu kesiankan mama pulak?" tanyaku pelik sambil mengerutkan dahi.
" Yelah, mesti mama jealous kan." aku tergelak. ' macam macam budak ni.'
" Ha, yelah. Kesian dekat mama kan. Sampai hati papa Aiman kan."
" Mama jealous kan?" aku terus terkaku. ' aku jealous ke? Aku dah mula suka dekat Aiman ke?'
***
Selesai sahaja makan malam, Airil terus pergi duduk antara mamaku dan papaku. " nenek, atuk, tahu tak mama jealous." aku terus memandang Airil.
' Aduhai, habislah. Budak ni dah bukak mulut. Mesti bagitahu mama dengan papa. Malulah aku.'
" Kenapa mama jealous Airil?" tanya mama sambil memandangku. " Err, tak ada apa pun mama." aku menidakkan.
" Mama jealous papa nak kahwin lain. Kesian mama kan." mama dan papa ku tersenyum ke arahku. Aku menepuk dahi. ' Aduhai, habislah aku.'
" Airin jealos. Airin suka Aiman ke?" tanya papaku.
" Err, mana ada. Oklah Airin masuk tidur dulu. Ngantuklah." aku terus naik ke bilikku.
Mama memandang papa sambil tersenyum. Airil kebingungan. ' Kenapa nenek dengan atuk senyum ni. Peliklah.'
***
Aku mengambil telefon ku untuk menelefon bekas mak mertua ku iaitu Datin Kalsom.
" Hello, Assalamualaikum ummi." aku bersuara setelah telefon dianggkat.
" Waalaikumussalam. Hmm, Airin. Lama Airin tak datang sini. Sibuk ke?"
" Maaf ummi. Airin sibuk dekat office. Airin nak ummi tahu, walaupun Aqeel dah tak ada, ummi tetap mak mertua Airin. Airin tak pernah lupakan ummi." air mata aku menitis laju.
" Ummi tahu, Airin bukan macam tu kan. Airin nak apa call ummi ni?" tanya ummi.
" Sebenarnya, Airin nak bagitahu ummi yang Airin hendak kahwin. Tapi ummi jangan salah faham pulak. Airin tetap sayangkan arwah Aqeel. Airin tak pernah lupakan arwah. Airin kahwin pun sebab Airil. Airil tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah." terangku sambil menahan tangis.
" Sebenarnya, ummi dah lama tahu yang Airin memang nak kahwin. Jangan risau, ummi tak salah faham pun. Mama dah terangkan segalanya. Dan ummi nak Airin tahu, walau sesiapa pun yang Airin kahwin jangan pernah untuk derhaka dengan suami. Berdosa besar tau. Mungkin dia jodoh Airin yang Allah tentukan. Jodoh Airin dan Aqeel tak panjang. Airin kenalah redha tau." ummi memberi nasihat. Air mataku mengalir laju.
" Maafkan Airin, ummi. Airin bukan isteri yang baik. Maafkan Airin."
" Airin tak ada buat salah dengan ummi. Okey, dah jangan cakap pasal tu eh. Airin dah bersedia ke nak kahwin ni."
Aku tergelak. " Entahlah ummi. Tapi Airin tak nak sanding. Cuma akad lepastu terus makan. Tak ada sanding pun."
" Kenapa pulak?" ummi menyoal.
" Malaslah ummi. Ummi Airin nak solat. Kirim salam Airin dekat Abi eh?"
" Emm yelah. Bye, Assalamualaikum.
" Waalaikumussalam.
Aku terus menamatkan panggilan. Aku pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu'.
***
Seusai solat, aku melipat sejadah dan telekung. Aku terus mengambil telefon ku yang terletak di atas meja. " We, esok kita keluar tau. Ajak suami korang sekali eh?"
" Hmm, yelah." ~ Aina
" Okey." ~ Sahirah
" Yelah, tapi nak buat apa ajak dia orang?" ~ Iqa
" Aku nak tanya korang. So esok jadi tau."
" okey boss."
***
Seperti yang dijanjikan aku bertemu rakan rakan ku. Hanya Aiman sahaja yang tiada kerana aku ingin membincankan hal dia dekat mereka. Aku mahu bertanya, sama ada mereka tahu ke tidak yang Aiman akan kahwin tidak lama lagi.
" Assalamualaikum. Ha, ada apa nak jumpa ni." kata Farid tidak sempat sempat.
" Ish kau ni, tunggulah kejap. Aku dah lah tengah haus ni." marah Amier.
" Ish korang ni. Bergaduh je keje." marah Irfan.
Setelah memesan minuman, Sahirah mula bersuara " Ada apa nak jumpa kita orang ni?"
" Haah, kenapa? Kau nak bagi tahu apa?" tanya Aina.
" Korang mesti dah tahu kan yang Aiman dah nak kahwin. Kenapa tak bagi tahu aku." kataku dengan serious.
Mereka menelan air liur. Mereka terus kecut perut apabila melihat aku bertanya soalan itu dengan muka serious.
" Cepat, jawab. Simple je aku punya soalan. Tu pun nak kena pikir jawapan ke?"
" Err... Aiman kata tak boleh bagi tahu kau. Tu kami senyap je." jelas Irfan tergagap gagap. Mereka tahu kalau aku marah, memang berapi.
Aku tergelak. " But why? Kita kan dari sekolah kawan." tanyaku sambil muka berkerut.
Mereka mengangkat bahu. Air yang telah dipesan telah pun sampai. Aku yang berasa haus, terus menyedut air ku.
" Airin, Aiman kata yang kau tak nak jumpa dia lagi. Kenapa eh?"
" Dia mengadu ke?" mereka mengangguk. " Sebab selama ni kan kami rapat. Jadi aku rasa baik kami jangan jumpa, yalahkan aku tak tahu siapa bakal suami aku. Kalau dia nampak aku keluar dengan lelaki lain, mesti timbul salah faham kan."
" Aku rasa itu bukan jawapan dia lah. Aku kenal kau dah lama dah." terang Iqa.
" Betullah. Ha, habistu apa jawapan dia?"
" Kau jealous kan." kata Iqa, Aina dan Sahirah serentak.
" Ha, aku cemburu. Ish mana ada." muka aku sudah kemerahan menahan malu.
" Eh, yelahtu. Bagi tahu jelah kau jealous kan. Kita orang tak bagi tahu Aiman pun."
" Ish, mana ada." puas aku menidakkan tetapi tetap mereka tidak percaya.
" Ehmm, yelah tu."
Share this novel