24. HARI YANG MENAKUTKAN

Drama Series 24790

" Kenapa dengan Airin tu. Bad mood je aku nampak muka dia. Tak nampak pun senyuman dia." bisik Sahirah pada Iqa.

" Entahlah. Masa nak balik office pun, aku tanya dia, dia kata dia penat je. Kau pergilah tanya dia sendiri. Aku nak buat kerja. Dahlah, mood dia tak baik. Kau tahu kan, kalau mood dia tak baik, boleh jadi singa mengaum." bebel Iqa.

Sahirah dan Aina tergelak. " Ha, okey. Aku buat kerja dulu." mereka terus berlalu dari bilik Iqa. Mereka terus sambung kerja yang ditinggalkan.

***
" Talia, hari ni saya balik awal. Kalau ada appoiment, tangguhkan ye. Buat pada hari esok." Talia menganggukkan kepala.

Aku terus berlalu pergi ke tempat parking kereta. Aku segera mengidupkan enjin kereta dan pecut laju untuk pulang ke rumah.

***
" Assalamualaikum." aku terus masuk ke dalam rumah seusai memberi salam. " Eh, kenapa sunyi je rumah ni. Mana mereka ni?" aku mencapai handfone ku lalu mencari nama Aiman.

" Hello, Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam." Aiman menjawab salam.

" Awak dekat mana ni? Airil dengan awak ke?" tanyaku.
" Saya dekat shopping mall. Airil ada ni. Dia ajak makan aiskrim."

" Oo, bila nak balik?"
" Kejap lagi. Kenapa, rindu saya ke atau takut?" ejek Aiman. ' Ee, tak habis habis nak kenakan aku ni.' gumamku dalam hati.

" Tak rindu awak pun dan tak takutlah. Saya cuma risau je. Tu je. Balik cepat." jawabku. Aku terdengar Aiman tergelak.

" Eleh, yelah tu. Okeylah saya letak dulu. Bye, Assalamualaikum."

" Bye, waalaikumussalam." aku mematikan talian. Aku segera naik ke atas untuk pergi ke bilikku. Nak segarkan badan lepastu nak masak.

***
" Assalamualaikum." Aiman dan Airil masuk ke rumah selepas memberi salam.

" Waalaikumussalam, hai anak mama." aku mendapatkan Airil lalu memeluknya erat.

" Alah, Airil je. Saya pun nak jugak." rengek Aiman. Aiman segera mendapatkan aku. Aku mengelak. Airil tergelak.

" Nak ni ke?" aku menunjukkan penumbuk.
" Tak nak, saya nak peluk awak." kata Aiman dengan romantis. Bulu roma ku sudah menegak. Ee, seram betullah dengan dia ni. Tak boleh dijangka.

" Haah, mama pergi lah peluk papa. Kesian papa. Papa pun nak kena peluk dengan mama jugak. Kan papa kan." Airil menyokong Aiman. Aiman tergelak

Aku memandang tajam pada Aiman. " Tak nak. Papa Aiman dah besar. Tak perlu pun nak peluk peluk." aku memberi alasan.

" Lah, nenek dengan atuk berpelukan je. Nenek dengan atuk kan dah besar, dah tua. Boleh je." Airil menjawab.

" Bagus Airil. Sayang Airil." bisil Aiman. Airil tepuk tangan.

" Ish yelah." aku memeluk Aiman. Di saat aku memeluknya, aku sempat memberikan cubitan maut ku. ' Nak sangat pelukkan, ambik kau. Rasakan, cubitan maut.' aku tergelak dalam hati.

" Arghh, sakitlah sayang." Aiman menggosok gosok bahunya. Muka nya masam mencuka.

" Kenapa papa?" tanya Airil.
" Mamalah, cubit papa." Aiman memandang tajam ke arahku.

Aku menjelir lidah. Aku segera menuju ke dapur.

" Airil, apa kata kita kenakan mama nak, malam ni?" bisik Aiman perlahan. Takut didengari lah tu.

" Boleh je. Tapi kesianlah dekat mama." Airil menunjukkan muncungnya.

" Kita bergurau jelah, sayang. Boleh kan." Aiman menyakinkan Airil.

" Okey, Airil setuju. Tapi... nak buat apa, papa?" Aiman mula mengoyak senyuman.

***
MALAM,

Aiman dan Airil memulakan misinya untuk mengenakan aku. " Mama, boleh tak hari ni Airil nak tidur dengan papa?" tanya Airil sambil membuat muka kesian.

" Alah, tapi mama nak tidur dengan siapa?" tanyaku. Aku ni dahlah penakut.

" Alah, bolehlah mama. Mama tidurlah sorang sorang. Tapi boleh jugak, mama tidur dengan kita orang sekali." Airil memberi cadangan gila.

" Tak naklah. Tak pelah, mama tidur sorang sorang." kataku berjauh hati.

" Yeah, thank you mama, sayaaaaang mama." Airil memanjangkan sebutan ' a'.

' Bertuah punya budak, aku merajuk ni. Tak akanlah kau tak perasan. Airil.. Airil.' Boleh ke aku tidur sorang sorang ni. Ah, tidurlah. Aku terus naik ke bilik ku.

" Papa, dah berjaya. Kita boleh mulakanlah misi kita ni." Airil yerus pergi ke Aiman.

Aiman mula tersenyum. Misi untuk kenakan isterinya.


***
Aku segera mematikan suis lampu dan mengihidupkan lampu tidur. Bagi aku, kalau aku tidur sorang sorang mesti kena hidupkan suis lampu tidur. Kalau tidak, aku tidak akan boleh tidur. Tiba tiba aku terdengar sesuatu.

HI...HI...HI, aku terdengar seperti suara mengilai. Bulu roma ku sudah menegak. Aku segera menghidupkan lampu telefonku untuk mencari suis lampu bilikku. Aku meraba raba dinding untuk mencari suis. Setelah itu, aku terus menghidupkan suis lampu.

" Okey, dah terang dah." kataku teruja.

Tiba tiba, suis lampu terpadam sendiri. " Mama, Airin takut." air mata ku sudah bergenang.

Aku segera keluar dari bilikku. Aku terdengar lagi bunyi mengilai itu. " Siapa tu, janganlah main main. Aiman... Airil, dekat mana? laungku. Tetapi mereka tidak menyahut.

" Aiman, saya takut. Mana awak?" air mata sudah berjujuran keluar.

Aku ternampak kain putih. Aku segera menuju ke kain putih tersebut. Tiba tiba, kain putih tersebut hilang dari pandanganku.

" Eh, mana kain tu pergi?" tanyaku sendirian.

HI...HI...HI, " Argh, siapa tu. Janganlah main main." jeritku.

" Aiman.....!" jeritku.
" Ye, Airin." jawab Aiman.

" Awak, awak dekat mana? Airil mana ni?" laung ku. Walaupun aku tidak nampak akan susuk tubuh Aiman dan Airil.

Aiman mendiamkan diri. " Awak, awak dekat mana?" rengekku. " Awak, saya takutlah."

Tiba tiba aku ternampak bayangan hitam seseorang. Bayangan itu, menuju ke arahku. Aku sudah mula menggigil ketakutan. " Jangan dekat. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku." jeritku.

" Barghh!" " Arghh,!" jeritku. Aku terus terjatuh.

Semua lampu sudah terpasang. Aku pengsan sekejap. Aku terus terjaga. Apabila aku nampak bayangan Aiman, aku terus memeluknya sambil menangis teresak esak.

Aiman sudah mula tersenyum. Memang ini yang diinginkannya, Airin memeluknya. Tapi, ada juga timbul rasa kasihan.

" Awak, saya nampak hantu, wak. Saya takut." kataku sambil menangis.

" Mana ada hantu. Saya tak nampak pun. Airil, tak ada kan."

" Haah, ma. Mana ada hantu." Airil tergelak.

" Ye, mama nampak Airil. Mama takut. Awak, saya nak tidur dengan Airil?"

" Airil, tak nak. Airil nak tidur dengan papa." bangkang Airil. Aku membuat muka kasihan.

" Airil, jomlah. Airil tak sayang mama ke? Awak, pujuklah Airil." Airil mengalah setelah puas aku memujuknya.

" Tapi, kita tidur sama sama. Airil, mama dengan papa. Kita tidur sekatil dan sebilik. Boleh. Itulah syaratnya." Aku tercengang akan syarat Airil. Aiman sudah mula mengoyak senyum. Suka benar dia.

" Alah, mana muat. Kita tidur kita kita jelah. Papa Aiman, tidur dekat bilik dia." aku memujuk Airil.

" Tak nak. Itu je. Kalau tak, Airil nak tidur dengan papa." aku terpaksa beralah. Kami terus pergi ke bilik Aiman. Manakala bilikku, tiadalah penghuni untuk beradu di sana.

***
" Awak, jangan nak rapat rapat eh. Kalau awak rapat, saya bagi penumbuk." aku memberi amaran keras pada Aiman.

" Alah, selalunya okey je. Siap berpelukan pulak." Aiman mula sengih nakal.

' Okey, dia dah keluar dah sengihan nakal dia tu. Airin, kau kena berjaga jaga tau dengan malaun ni.'

Lampu sudah dimatikan. Airil tidur diantara aku dan Aiman. Entah bila, aku terlena aku tidak tahu. Sedar sedar, sudah pagi.

***
Aku tersedar. Aku merasakan seseorang memelukku. Aku mula menoleh akan siapa yang memelukku. BUSH! Aku menolak badan Aiman sekuat hati ku. " Argh, sakitnya." Aiman menggosok gosok pinggangnya.

" Kenapa peluk saya?" tanyaku. Aku terus bangun dari pembaringan. Aku mencekak pinggang sambil mataku tajam merenung Aiman.

" Eh, salah ke. Lagipun, saya ingat saya peluk Airil."

" Eh, Airil mana. Dia bukan tidur sebelah saya ke?" tanyaku pelik. Aku dan Aiman mula melangkah keluar.

" Lah, bila Airil bangun ni? Kenapa tak kejutkan mama. Tak adalah orang tu kena tolak tadi." tanyaku sambil memerli orang yang terjatuh tadi. Aku sedar akan renungan tajam Aiman padaku tetapi aku sekadar buat tidak endah sahaja. ' Padan muka.'

" Airin tak nak lah kacau mama dengan papa bersweet." Airil tersengih.

Mukaku sudah kemerahan. Aiman sekadar selamba sahaja. ' Tak ada perasaan ke malaun suami ni.'

" Yeke. Mana ada. Kami buat apa?" tanyaku. Aku pun nak tahu jugak kejadian yang memalukan tu.
Malu pualak, yelah anak sendiri nampak adegen tu.

" Oo, papa dengan mama berpelukan." kata Airil selamba.

' Oh My God, seriously. Tak percayalah. Tah betul ke tidak anak aku cakap tu.'

" Hmm, yelahtu." aku tidak percaya.
" Ye. Airil sempat rakam. Airil tahu mama tak percaya. Nah, buktinya." Airil menunjukkan video aku dan Aiman berpelukan.

Aku terus merampas telefon itu lalu memadamkan. Memaluka betul. Aiman dari tadi menyengih je. Serupa kerang busuk aku nampak.

" Dahlah, nak mandi. Layan korang berdua ni tak berkesudahan." aku terus berlalu untuk ke bilik air dengan perasaan malu menebal.

Aiman dan Airil menepuk tangan bersama. Berjaya misi mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience