30. SIAPA?

Drama Series 24790

" Aiman, kau memang kurang ajar kan!" BUKK! Seorang lelaki itu terus memberi tumbukan padu pada muka Aiman.

Aiman terus tersungkur ke bawah. Dia berasa ada cecair yang mengalir di tepi bibirnya. Aiman mengelap darahnya di hujung baju. Aiman terus bangkit, dia ingin melihat siapa gerangan yang berani tumbuk padanya.

" Kau, kau pahal tumbuk aku?" tanya Aiman.
" Kau kata kenapa? BUKK! sekali lagi lelaki itu memberi hadiah pada muka Aiman.

" Kau, kalau kau tak nak Airin, kau bagi dekat aku. Dan kau lepaskan dia. Tengok, kau lah punca dia, dia kena culik disebabkan kau kan!" bagai langit disambar kilat suara lelaki itu.

" Tak, kau pahal tiba tiba nak serang aku ni, kau siapa?" tanya Aiman sinis.

" Kau tak kenal aku. Kesian betul hidup kau ni." lelaki itu tergelak sinis.

" Kau tak payah lah berlagak sangat. Kau siapa? Kau tak ada hak untuk marahkan aku pasal isteri aku." Aiman mencengkam kolar baju lelaki itu.

Lelaki itu menepis kasar tangan Aiman. Dia menolak bahu Aiman supaya jauh dari tubuhnya. " Aku, aku sepupu dia. Aku jugak cintakan dia. Tapi, diasebabkan kau, semuanya musnah. Kau tahu tak?" terang Naim. Baru dia hendak melamar Airin, tetapi disebabkan Aiman, dia tidak dapat meminang pujaan hatinya.

" Naim Iskandar!" jerit maklong yang merupakan ibu pada Naim. " Kamu kenalah terima kenyataan yang Airin bukan jodoh kamu. Ramai perempuan lain lagilah." nasihat maklong.

" Tak mungkin. Naim tak boleh lupakan Airin mommy. Naim cintakan Airin dah lama dah. Sejak kecik lagi." Naim tidak mahu mengalah.

Maklong terus pergi ke arah Naim. Maklong memegang bahu anaknya. " Airin bukan jodoh kamu Naim. Terimalah kenyataan." tutur maklong lembut.

" Walau apa sekali pun, aku tetap akan dapat Airin." Naim memandang tajam pada Aiman. Dia terus berlalu pergi.

" Aiman, aku nak kau janganlah ambik hati pasal apa yang abang aku cakapkan tu. Aku minta maaf bagi pihak dia." tutur Liza.

Aiman meraup kasar mukanya. Dia begitu kusut sekali.

***
Aku tersedar dari pengsan. Aku melihat sekeliling. " Aku dekat mana ni? Kenapa tangan aku ni kena ikat?" tanya aku sendirian. Aku melihat sekeliling bilik yang aku berada.

"Gambar gambar aku. Macam mana gambar aku boleh ada dekat sini. Gambar aku dengan Aiman, gambar aku di Australia, gambar aku kahwin dengan Aiman. Ya Allah, aku dekat mana ni?" air mataku menitis laju.

Aku cuba untuk membuka ikatan dari tanganku, tetapi tidak berjaya. " Ya Allah, kau lindungilah aku Ya Allah." doaku. Aku hanya mampu untuk berdoa sahaja. Aku tidak mampu untuk buat apa apa. Kerana tangan dan kaki ku sudah diikat.

Tiba tiba, aku merasakan seseorang sedang masuk ke dalam bilik yang aku diami itu. Aku melihat tiga orang lelaki sedang menuju ke arahku.

" Kau dah sedar dah?" tanya salah seorang penculik itu.

" Tak lah. Aku tengah pengsan sekarang ni. Kau tak nampak ke, aku tengah pengsan ni." perli ku. Tetapi wajah aku sedikit pun tidak mengukir senyuman.

Penculik penculik itu tergelak. Pandai pulak minah ni buat lawak. " Aku nak kau makan ni. Aku dah beli nasi ayam untuk kau ni." hulur salah seorang antara penculik itu. Aku tidak menyambutnya. 'Yelah, dah kena ikat. Macam mana nak sambut huluran dia tu. Tapi, jangan harap aku nak makan. Kot..kot makanan tu dia letak racun ke. Tak hinginlah.'

" Macam mana aku nak ambik huluran kau tu. Tangan aku kan dah kena ikat. Otak kau ni biul ke apa?" ejek aku.

Penculik itu mengetap giginya. ' Ee, kalau aku tak fikir yang boss aku ni suka dekat kau, dah lama kau makan pelempang aku ni.'

Lelaki bertubuh tegap membuka ikatan pada tangan aku. Penculik itu sekali lagi menghulurkan bungkusan nasi ayam otu. Aku tetap tidak menyambutnya.

" Ambiklah bungkusan nasi ayam ni." Arah penculik itu keras.

" Aku tak nak. Dan, aku tak nak makan." ujar aku selamba.

" Pahal pulak. Kau ni, banyak songeh kan perempuan." rungut lelaki bertubuh tegap. Meluat betul.

" Aku nak balik. Boleh lepaskan aku tak?"

" Aku boleh lepaskan kau, tapi dekat bilik ni je kau boleh jalan jalan." ujar seorang penculik

" Tak nak. Aku nak balik rumah. Aku nak jumpa anak aku." air mata ku mengalir. Rindu akan wajah Airil, senyumannya, suaranya.

" Jangan harap. Kalau kau nak balik jugak, kau tanya boss kami." ujar lelaki yang betubuh besar itu.

" Mana boss kau? Panggillah dia sini. Aku nak cakap something."

***
Tiba tiba aku ternampak susuk tubuh yang berpakaian serba hitam. Dia menutup kepalanya.

" Korang semua boleh keluar. Jaga dekat luar." arah ketua penculik itu.

Penculik penculik itu berlalu pergi meninggalkan aku dan boss penculik.

Boss penculik itu, datang menghampiri aku. " Encik penculik, boleh lepaskan saya tak. Saya rindu dekat anak saya. Please, let me go." tutur aku dengan lembut.

Tapi di hati aku, aku sudah menyumpah je boss penculik ni. Kenalah buat baik kalau nak minta sesuatu. Dikiranya, bodek lah katakan.

Boss penculik itu, dia membuka sweaternya dan menyebabkan aku boleh melihat wajah boss penculik.

Aku terkejut akan melihat boss penculik itu. ' Betul ke dia. Dia yang culik aku?' air mata ku mengalir laju.

" Kau?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience