" Kenapa dengan Taufiq?" tanya Aiman pelik.
" Tak, cuma adik kawan angah nama abangnya Taufiq, tu je." terang Ariz.
" Oo," Aiman mengangguk kepalanya.
" Along, along tak kerja ke?" tanya Ariz.
" Along kan ada klinik sendiri. Ada kawan along uruskan. Along nak cari akak Airin kamulah." terang Aiman.
" Oo." Ariz mengangguk kepala.
***
" Aiman, kau dah buat report polis ke belum." tanya Iqa. Siapa yang tak risau kawan baik kena culik.
" Dah, semalam aku buat. Tapi polis belum dapat petunjuk lagi. Aku tak tahulah." Aiman menundukkan kepalanya. Kesal atas perbuatannya.
" Macam mana Airin boleh kena culik?" tanya Sahirah.
" Sebenarnya.. Airin ternampak aku dengan Zura berpelukan. Airin...." belum sempat Aiman hendak menghabiskan cerita, Sahirah, Iqa, Aina mencelah.
" What?" jerkah mereka serentak. Mereka terus berdiri tegak dan memandang tajam pada Aiman.
" Kenapa dengan korang ni. Aku belum habis cakap lagilah." marah Aiman. Dahlah dia stress janganlah kawan kawan Airin ni menyesakkan kepala aku. Boleh masuk hospital gila aku ni.
" Kau tahu tak kalau Airin bercerai dengan kau, aku lah orang yang paling bahagia." kata Iqa.
" Pahal kau ni, Iqa? Aku tak akan lepaskan Iqa lah." marah Aiman.
" Sepatutnya kita orang yang perlu tanya kau ni dah kenapa. Sebab apa? Sebab kau ni curang. Kau kata yang Zura dengan kau berpelukan kan, so kalau kau tak nak akan Airin, lepaskan dia. Dia dah mula cintakan kau lah Aiman. Kau jangan nak perbodohkan dia atau pun permainkan dia. Aku tak suka." marah Sahirah.
" Tak, korang salah faham ni. Biar aku jelaskan dulu." Aiman terus berdiri. Risau, dia takut kawan Airin salah faham terhadapnya.
" Kau tak perlu jelaskan. Kau sendiri yang kata kan. Kalau ada apa apa jadi dekat Airin, kami tak akan maafkan kau. Dan, kau kata kau tak nak lepaskan Airin kan, aku suruh Airin minta fasakh." marah Aina.
Mereka terus menuju ke pintu untuk beredar. Kalau lama lama di situ, mereka akan sakit hati. Sakit hati akan perilakuan Aiman terhadap Airin.
" We korang, korang salah fahamlah. Jangan lah pergi. Aku belum habis cerita lagi." Aiman menghalang untuk Sahirah, Aina, Iqa keluar.
" Kau nak makan pelempang aku ke, kalau tak nak kau bla sekarang." Iqa menolak tubuh Aiman. Mereka terus masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan kawasan perumahan itu.
" Astagfirullah. Mesti dia orang salah faham ni. Aku kena explain jugak." Aiman terus mengambil telefon bimbitnya di rumah.
" Hello, Assalamualaikum, Amier." Aiman memberi salam setelah panggilannya telefonnya diangkat.
" Waalaikumussalam, Aiman. Kau nak apa ni?" tanya Amier.
" Aimier, kau dengan siapa sekarang ni?" tanya Aiman.
" Aku dengan Irfan dan Farid. Kenapa tanya?" soal Amier.
" Korang makan dekat tempat biasa eh?" Aiman meneka. Soalan Amier dibiarkan.
" Haah..." belum sempat Amier ingin menghabiskan kata katanya, Aiman sudah meletak telefon.
" Kurang asam punya kawan. Dia letak. Aku belum sempat nak tanya dia dah letak." bebel Amier sendirian.
" Pahal kau ni? Gila ke." ejek Irfan.
Amier memandang tajam pada Irfan. " Oi, kau nampak tak potret lukisan yang tergantung ni?"
" Haah, pahal lak kau tanya. Aku masih ada lagi mata eh. Potret tu pun depan mata aku, so aku mestilah boleh nampak. Kenapa? Kau tak nampak ke?" perli Irfan.
Amier mengetap giginya. " Tak, aku cuma nak sumbatkan potret tu dalam mulut kau je."
" Oo, tak boleh lah. Sebab potret tu besar. Tengok, mulut aku ni, kecik je kan. Mana muat."
" Tak apa. Biar aku koyak kan mulut kau Irfan." Farid berkira kira ingin mengoyakkan mulut Irfan.
" Eh, pahal kau ni? Tiba tiba je." marah Irfan.
" Yelah, korang gaduh kan. Amier, sebelum kau nak sumbat potret tu dalam mulut Irfan, aku yang sumbatkan potret tu dalam mulut kau dulu." serious Farid berkata. Ashik nak gaduh je. Tapi gaduh pun esok dah berbaik. Ngada je lebih.
" Hahaha, padan muka." ejek Irfan.
Amier menjeling Irfan. Kurang asam punya kawan.
" Kau tak payah nak gelakkan orang lah Irfan. Aku koyakkan mulut kau baru tahu. Gelak tu cuba cover." marah Farid pada Irfan.
Pergaduhan mereka terhenti apabila Aiman sudah sampai. " We, sorry lambat. Airil menangis. Dia nak ikut pulak." jujur Aiman.
" Tak apa. Kita orang pun baru habis perang. Tak apa. Kalau kau ada, mesti dah lama mulut aku ni dah besar." Irfan menayang kan giginya yang putih tersusun.
" Hmm, aku nak kau pujuk isteri kau tu." Aiman terus straigh to the point.
" Bapak ah kau. Terus staraigh eh." Aiman tidak mengendahkan kata kata Amier.
" Sebenarnya isteri korang ni, datang rumah aku. Dia salah faham lah." Aiman menundukkan mukanya.
Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang untuk mengambil pesanan.
" Ye Encik. Nak minum apa?" tanya pelayan perempuan itu lembut sambil melirik matanya manja pada Aiman.
" Milo ais." Aiman tidak mengendahkan akan mata perempuan itu yang sedang ralit merenung manja pada nya.
" Haa, tu je." Farid terus bersuara apabila melihat Aiman tidak senang akan perempuan itu.
Pelayan itu terus beredar. Kecewa, kerana Aiman tidak mengendahkannya.
" Pahal kau tak layan awek tu. Cun lah." tanya Irfan tersengig sengih.
" Kau yang pahal. Aku report dekat Aina baru tahu. Aku cakap ' kau akan dapat teman baru nanti.' Kau nak ke, aku cakap macam tu. Lagipun, aku ni setia. Aku tak bukan seorang yang curang." jujur Aiman. Irfan sentap.
" Alah kau ni, aku gurau je. Aku pun setia tau." rajuk Irfan.
" Ok, kita balik pada cerita. Isteri korang salah faham. Dia ingat, punca Airin kena culik disebabkan aku. Please kau pujuk bini korang tu." pujuk Aiman. Dia berharap akan kawan Airin akan percaya padanya.
" Sebenarnya apa yang jadi ni. Aku tak fahamlah." terang Farid. Dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja padahal tidak faham satu pun cerita Aiman.
" Ish kau ni, Farid. Lembab betullah." ejek Amier.
" Eh, kau ni. Melebih kan. Dah aku tak faham, tak akanlah aku nak berpura pura.
" Eh, kejap. Tapi, kau memang pura pura faham kan tadi. Kau yang cakap tadi." Amier mengingatkan apa yang Farid cakap.
Farid tersengih. " Ha, cepatlah cerita. Aku fokus sekarang ni." Aiman mengeleng gelengkan kepalanya.
" Sebenarnya, aku cerita dekat isteri korang yang Zura peluk aku. Lepastu dia orang mula salah faham."
" What? Zura peluk kau. Ee, melebih betullah minah tu." marah Farid. Farid sudah dari dulu tidak berapa suka akan Zura. Yelah, siapa yang suka kalau pakaian terdedah lepastu menggedik dengan lelaki. Perangai pun menjijikkan.
" Haah. Airin salah faham jugak. Dia ingat aku dan Zura ada hubungan lepastu dia larikan diri. Airil kejarlah dia, lepastu Airil cakap dia sendiri nampak yang Airin kena culik. Ada dua orang lelaki bawak masuk isteri aku dalam van tu." Aiman menceritakan kejadian lepas itu pada Amier, Irfan dan Farid.
" What, seriously. Kesian kau, teraniaya. Tak apa, kita orang akan tolong kau. Aku akan pujuk Iqa." Amier menggosok gosok bahu Aiman.
Air yang dipesan telah pun sampai. " Abang, nama abang siapa?" pelayan itu sekali lagi mencuba nasib.
" Err, kenapa nak tahu ye?" tanya Aiman. Dia tidak berapa suka orang yang tidak dikenali tanya namanya. Lagi lagi perempuan yang menggatal. Rimas sungguh. Tapi, kalau pesakit tu boleh lah. Lelaki pun bolehlah. Cuma perempuan yang tergedik sana sini no way.
" Saje. Boleh kita berkenalan. Anyway nama saya Nur Alya Qistina. Call me Alya je." Alya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Aiman.
Tangan Alya fibiarkan sepi. Alya yang lihat Aiman tidak menyambut tangannya terus tarik balik tangannya.
" Kita bukan mahram." nasihat Aiman. Alya senyum nipis.
" Nama abang siapa?" tanya Alya sekali lagi.
" Er, kita orang dah lambat ni, kita orang minta diri dulu eh." Aiman minta diri. Dia meletakkan not RM 20 di atas meja.
Farid, Irfan dan Amier faham akan pandangan Aiman terus mengikut langkah Aiman.
" Ish, terlepas pula. Baru nak masuk jarum." Alya menhentakkan kakinya.
" Pahal kau ni, Alya?" tanya Wawa. Rakan sekerja Alya.
" Tadi, aku jumpa mamat handsome. Aku cuba lah goda dia. Tapi dia tak layan."
" Kesian kau. Mungkin dia dah kahwin kot." pujuk Wawa.
" Ha, mungkinlah. Tak apa, ramai lagi lelaki lain. Aku boleh cuba kan." Wawa mengukir senyuman.
***
Aiman solat hajat dan taubat pada malam itu. Dia meminta petunjuk agar Allah boleh berikan jalan dimana isterinya berada.
***
" Aiman, tak nak makan dulu?" tanya ibu apabila melihat anaknya seperti mahu naik ke atas.
" Tak apalah ibu, Aiman penat. Nak tidur terus." jujur Aiman. Maklumlah, semalam tidur lewat.
" Hm, tak apalah kalau macam tu. Good night." ucap ibu.
Aiman terus naik ke biliknya. Dia mencapai frame isterinya. Dia memeluk gambar Airin dan tertidur dalam pelukan gambar isterinya.
***
" Aiman." panggil Airin.
Aiman begitu rindu akan suara isterinya. Dia menoleh, dia menggosok gosok matanya, benar kah apa yang dia lihat. Airin ada di depan matanya.
" Ye sayang." Aiman menyahut.
" Sebenarnya, saya sayang dekat awak. Tapi saya terpaksa buat macam ni. Untuk keselamatan Airil. Maafkan saya."
Belum sempat Aiman ingin menjawab kata Airin, Airin sudah beredar pergi meninggalkan Aiman. Aiman mengejar. Tapi, bayangan Airin sudah hilang di matanya.
" Airin please jangan tinggalkan saya. Airin!"
" Airin..Airin..Airin!" jerit Aiman.
Aiman terus terjaga. " Astagfirullah, apa petunjuk yang kau beri pada aku, ya allah."
Share this novel