52. PERGI

Drama Series 24790

" Arrrghh!" jerit Airin.

Pantas Naim menarik tangan Airin untuk ke tepi.

BUM!

" Astagfirullah," berkali kali aku beristighfar untuk menghilangkan rasa takut.

" Airin okay?" soal Naim.

Aku sekadar menganggukkan kepala.

" Ish kau ni Airin, tak nampak ke kereta lalu tu. Bahaya tau." pesan Liza.

Aku sekadar mendiamkan diri.

" Eh, apa tu. Ramai sangat orang dekat situ? Jom kita tengok." ajak Liza. Aku dan Naim mengikuti langkah Liza.

" Astagfirullah, ni bukan ke kereta yang nak langgar kau tu? Dia accident, astagfirullah. Hidup lagi tak ni." Liza mula menggelabah.

" Haah, ni bukan ke kereta yang nak langgar awak, Airin?" soal Naim.

" Entahlah, tak tahu. Airin tak dapat nak lihat sebab kereta tu laju sangat." ujar ku berdebar debar.

" Airin? Kan abang suruh tunggu abang. Ni kenapa ada dekat sini ni?" soal Aiman cemas lalu memelukku.

" Eh, kau? Kau buat apa dekat bini aku ha? Kau nak ambik dia dari aku." berang Aiman. Ramai mata memandang ke arah kami. Aiman tidak ambil peduli.

" Pahal kau ni? Sepatutnya kau patut berterima kasih kat aku. Aku selamatkan bini kau dari accident. Pahal kau nak tuduh aku ni?" berang Naim. ' Suka hati dia je nak tuduh aku bukan bukan. Kang tak pasal pasal buku lima tangan aku ni lekat dekat muka kau buat kali kedua. Padan muka.'

" Betul ke, Airin?" Aiman meminta kepastian padaku.

" Yelah, kenapa abang nak tuduh Naim bukan bukan. Dahlah, malas nak layan abang ni." rajukku. 'Buat malu je dia ni.'

" Sorry, aku mintak maaf kat kau." ucap Aiman lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

" Hmm." Naim menyambut huluran Aiman lalu ketawa bersama.

" Eh, korang ni dah kenapa? Ada accident kan. Boleh pulak buat komedi dekat sini." tegur Liza.

" Eh, yeke." ujar Aiman lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

' Nak cover malu lah tu. Ish ada sajalah suami aku ni.'

" Astagfirullahhalazim," aku beristigfar setelah aku melihat wajah orang yang accident itu.

" Ya Allah, Amira?" terkejut Aiman.

" Kamu berdua kenal ke?" soal pakcik yang membawa mayat Amira keluar dari kereta.

" Ya, kami kawan dia." ujar Aiman serious.

' Kenapa Aiman perlu nangis? Dia kenal Amira ke? Setahu aku, kami first time jumpa masa dia langgar aku tapi dia tuduh aku. Tu je. Tapi kenapa Aiman seperti kenal Amira lebih lama.' soalan itu berlegar legar di ruang fikiran ku.

***
Setelah pulang dari kubur, aku melihat Aiman sedang termenung seorang di ruang tamu. Aku mula melangkah mendekati Aiman.

" Abang, apa yang abang termenung tu? Fikir kan apa?" soal ku lalu mengambil tempat di sebelah Aiman.

" Tak ada apa apa. Abang fikir nama apa yang nak bagi pada anak kita." tipu Aiman.

Aku sekadar menganggukkan kepala walaupun aku tahu itu bukan jawapan tepat yang Aiman beri padaku.

" Macam mana abang boleh kenal Amira?" soal ku.

Aiman menoleh pada ku. " Kenapa sayang nak tahu?" soal Aiman. Soalan berbalas dengan soalan.

" Salah, ke. Abang ada sorok sesuatu ke dari, sayang?" dugaku. Aku pasti dia menyembunyikan sesuatu dariku.

Aiman melarikan pandangannya. Aku mengeluh. Pasti, dia ada sorokkan sesuatu. Aku akan cungkil rahsia dia. Aku berhak tahu, aku isteri sah dia. Kami sudah janji antara kami tiada rahsia. Kenapa sekarang dia sudah memungkiri janji itu. Sedangkan dia yang buat perjanjian itu.

" Betul ni, abang tak ada nak bagitahu sayang?" soalku tidak mahu mengalah. Hati aku meronta ronta nak tahu apa yang tersirat di hati Aiman.

" Sayang tak percaya abang ke?" jawab Aiman dingin.

" Kenapa nak marah ni? Sayang tanya je kan. Kenapa nak marah marah pulak?" suara ditinggikan. Air mata sudah bergenang.

Sejak mengandung anak kedua, aku cepat sahaja sensitif. Cepat marah, cepat nangis. Aku pun tak faham kenapa?

" Sorry, sayang. Abang tak ada niat." jawab Aiman lalu mengenggam tanganku.

" Ashik tak ada niat je. Cakap jelah abang mesti ada fair dengan Amira kan sebelum kita kahwin. Tak payah lah nak rahsia bagai. Abang ni kan? Kalau Airin ada rahsia dengan abang, abang suruh bagitahu. Tapi bila abang ada rahsia, kenapa tak nak bagitahu Airin? Abang dah tak sayangkan Airin. Kalau macam tu lepaskan Airin." ujarku panjang lebar lalu meninggalkan Aiman.

DUSH! Aku menghempas pintu bilik ku kuat.

Aiman meraup mukanya kasar.

Aku mengemas pakaian ku lalu memasukkan ke dalam beg. Buat sementara ini, biarlah aku membawa diri aku pergi. Kalau aku duduk di sini sahaja, hati aku akan sakit. Sakit disebabkan Aiman tidak mahu memberitahu rahsianya. Hati aku ingin tahu apa yang tersirat di hati Aiman. Aku tidak mahu hati aku tawar pada Aiman. Aku tahu kalau aku duduk di sini, akan menambahkan dosa aku sahaja. Biarlah aku pergi bawa hati aku yang hancur ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience