45. AIMAN/AIRIN

Drama Series 24790

" Woi, pahal korang tinggalkan aku dengan perempuan tu." berang Aiman. Geram, apabila rakannya meninggalakannya dengan si perempuan gedik tu.

Mereka tersengih. " Kita orang cuma tak nak kacau daun." jawab Irfan bagi pihak Amier dan Farid.

" Kepala otak kau, kacau daun. Aku dah kahwin tau." Aiman menunjal kepala Amier, Irfan dan Farid. " Aku dah kahwin dengan BFF kawan korang. Korang ni nyanyok ke?" marah Aiman sekali lagi.

" Woi, ni dah lebih ni. Tak payahlah tunjal kepala kita orang. Aku sepak kau kang baru tahu." berang Amier. Dia paling pantang kalau orang tunjal kepala dia.

" Sorry, aku tak sengaja." jawab Aiman selamba. " Lagipun, korang tinggalkan aku kan." marah Aiman.

" Lah, kau ni. Relax lah, kau dah bebas dari perempuan tu kan. Ee, gatal mata aku tengok perempuan tu. Miang betul." Ujar Farid apabila teringatkan kejadian tadi.

" Haah, aku rasa perempuan tu macam nak kat kau je. Dia tak tahu ke yang kau ni dah kahwin?" soal Irfan.

" Haah, aku sokong. Perempuan tu siapa? Girlfriend kau ke?" serkap Amier.

" Korang ni, boleh tak tanya satu satu. Kalau korang ni terus serbu aku dengan soalan korang ni, bilanya aku nak jawab soalan korang." marah Aiman.

Mereka tersengih menampakkan gigi yang putih tersusun. " Okay, soalan aku. Perempuan tu tahu tak yang kau ni dah kahwin?" tanya Irfan.

" Tak, lagipun dia sendiri cakap yang dia baru balik dari luar negara." selamba sahaja Aiman cakap.

" Oi, bengong. Kang aku cakap kau ni bodoh, kerja doktor, tapi kalau aku cakap kau ni pandai, kau ni tak pandai tau, malah kau ni lembab." kutuk Irfan.

" Amboi kau. Sedap mulut kau je kutuk aku. Kau dengan Farid sama je mulut longkang, busuk!" kutuk Aiman pula.

" Tapi memang betul pun. Kau tak fikir ke apa yang akan terjadi nanti kalau kau tak bagitahu perempuan miang tu yang kau dah kahwin. Aku rasa perempuan tu suka dekat kau. Baik, kau bagitahu yang kau dah kahwin, tak lah dia menggedik dengan ko." nasihat Irfan.

" Aku bukan apa, aku tak naklah rumah tangga kau runtuh atas kesalahan kau tak nak bagitahu perempuan tu yang kau dah kahwin. Kau rasa, kalau kau tak bagi tahu perempuan tu yang kau dah kahwin, confume dia akan pikat kau dan dekatkan diri dia kat kau. Kalau Airin tahu, nahaslah hidup kau." nasihat Irfan. Dia tidak mahu rumah tangga kawan dia sendiri hancur macam di luar sana.

" Aku faham, nanti lah aku bagitahu." ujar Aiman dengan suara kendur. Dia tidak dapat bayangkan kebahagian rumah tangganya hancur.

" Perempuan tu suka dekat kau ke, Aiman?" tanya Farid.

" Ya, tapi dulu jelah. Sekarang ni aku tak tahu. Kami berkenalan masa dekat US. Tapi, kau jangan salah anggap pula, aku memang tak suka dia." Ujar Aiman jujur.

" Ya, kami percaya. Cepat bagitahu si Amira tu."

Aiman sekadar menganggukkan kepala sahaja.

***
" Mama, papa mana? Airil tak nampak pun." petah sahaja Airil berbicara.

Airil memang dari kecik petah bercakap. Kerana dari kecik aku sudar melatihnya agar bercakap tanpa pelat.

" Papa keluar dengan kawan papa. Airil, come here to me." Airil hanya menurut lalu duduk di sebelahku. " Salam kawan mama." arahku. Sekali lagi Airil hanya turut tanpa sebarang suara.

***
" Assalamualaikum, abang dah balik." laung Aiman lalu masuk ke dalam rumah.

" Waalaikumussalam, eh abang." aku menyambit kepulangan Aiman.

Seperti biasa, selepas pulang dari kerja, rutin hariannya akan mencium dahiku.

" Wanginya isteri abang ni." Aiman mencubit kedua belah pipiku.

" Memanglah wangi. Abang je busuk, tak mandi lagi."

" Amboi, kutuk abang. Jom, kita mandi sama sama." ujar Aiman dengan sengihan nakalnya.

" Tak nak, Airin baru je lepas mandi." tolak ku.

Aiman membawa aku ke pelukannya. " Okay, sayang dah busuk dah. Jom." Aiman terus mencempun aku lalu bawa naik ke atas.

" Abang! Lepaslkanlah Airin. Tak nak lah, Airin baru mandi." jeritku di telinganya.

Walaupun telinga Aiman sudah bingit, tetap ditahan juga.

" Abang, lepas." ujar ku lembut serta menggoda.

GULP! Aiman menelan air liurnya.

Aku yang melihat halkum Aiman bergerak gerak itu, tertawa lucu.

" Kenapa gelak?" soal Aiman tergagap.
" Abang tergoda kan." usik ku sambil tersengih.

" Er, mana ada." tipu Aiman. Gila tak tergoda kalau isteri buat suara yang menggoda.

" Ee, yelahtu. Kenapa halkum abang bergerak gerak tu. Tergoda lah tu." usik ku sekali lagi.

" Mana ada, pandai pandai je Airin ni." puas Aiman menidakkan.

" Ya, jangan tipu Airin. Airin kenallah Aiman Amsyar bin Harith." ujar ku dengan bangga.

" Ma.."

CUP!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience