26. MERAJUK?

Drama Series 24790

Apabila sudah tiba di keretaku, dia lepaskan pautan tangannya pada ku. ' Eh, macam mana mamat ni tahu yang kereta ni aku punya?' Aku masih belum tahu siapakah gerangan yang menyelamatkan ku. Aku terkejut akan melihat rupanya.

" Awak?" kataku terkejut. Aku melihat muka Aiman sedang merah menahan marah. ' Aduh, habislah aku.'

" Yes, kenapa terkejut ke?" kata Aiman sinis. Aku sudah menelan air liur.

" Err, terima kasih sebab selamatkan saya." aku paut tangannya lalu mencium tangannya yang kasar.

Aiman merentap tangannya. Aku terkejut akan tidakannya itu. " Airil mana?"

Aku baru tersedar. " Ya Allah, Airil dekat kereta." aku mula panik. Aku segera masuk ke dalam perut kereta. Aku melihat Airil sedang memain gadjet.

Aku terus pergi ke arah Airil lalu memeluknya. Air mata sudah tertumpah kerana bersyukur Airil selamat. " What' s wrong with you ma?" tanya Airil pelik.

Aku melepaskan pelukan. " Nothing. Mama cuma rindukan Airil." aku mengucup pipinya berkali kali.

" Papa mana ma?" tanya Airil.
" Eh, papa tahu ke kita dekat sini?" tanyaku pelik. Airil tanya aku, aku tanya dia balik.

" Entah. Sebelum mama datang sini, papa terjumpa Airil. Papa lah yang suruh Airil duduk dalam kereta. Lepastu papa tanya mama pergi mana?" terang Airil.

" Airil cakap apa dekat papa lepastu?" tanyaku. Aku benar ingin tahu.

" Airil cakaplah mama nak jumpa uncle Taufiq. Lepastu papa suruh Airil tunggu dia dekat sini." terang Airil sekali lagi.

Aku mengeluh. ' Mesti dia marahkan aku ni. Ya Allah. Apalah nasib ku hari ni.'

" Okey, kita balik rumah ya. Mama penatlah." Airil menganggukkan kepala.

" Kejap ya. Mama nak call aunty Talia, nak baritahu mama tak masuk office."

" Hello, Assalamualaikum, Talia."
" Waalaikumussalam. Ya puan?

" Hari ni, saya tak masuk office. Kalau ada appoiment, tangguhkan ya?"
" Baik puan. Ada lagi?

" Tak ada. Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam." Aku terus mematikan talian.

***
Aku terus pandu laju untuk pulang ke rumah. Aku tahu Aiman mesti marah padaku. Tapi aku harap dia tak marah lama. ' Ya Allah, kau bantulah hamba mu ini, Ya Allah.'

Setelah 20 minit memandu. Aku tidak sedar aku sudah sampai. Walaupun mata aku fokus pada jalan raya, tetapi fikiran aku fokus pada Aiman.

" Mama, kenapa mama nangis ni?" tanya Airil.
" Ha, mana ada nangis." aku pun tak sedar aku menangis. Aku takut Aiman akan tinggalkan aku.

" Jom masuk rumah." Airil menarik tanganku.
Aku hanya tersenyum sahaja. Aku mula keluar dari perut kereta.

Apabila kami melangkah masuk, kelihatan Aiman sedang menonton tv. " Airil, pergi masuk bilik, nanti mama datang ya." Airil terus naik ke atas.

Aku mula mengatur langkah mendekati Aiman. Aku mengambil tempat di sebelahnya. " Awak, awak marahkan saya?" aku menyandarkan kepalaku di bahunya. Aiman membiarkan tetapi dia hanya diam seribu bahasa akan pertanyaan aku.

Aku mengulangi soalan itu padanya sekali lagi. " Awak, jawablah soalan saya?" gesa ku.

Aiman menghentak remote di atas meja. Dia merenung ku tajam. Aiman terus naik ke atas. DUSH, Aiman menhentak pintu dengan kuat.

Terhinjut bahu aku akan hentakan pintu. ' Macam mana ni. Apa yang perlu aku buat ni? Ya Allah bantulah hamba mu ini, Ya Allah.'

Aku terus naik ke atas. " Airil, kenapa tak mandi lagi ni?" tanyaku lembut. Airil tersengih.

" Airil tunggu mama. Mama, apa bunyi yang kuat sangat tu?" tanya Airil.

Aku kebingungan. ' Apa yang nak aku jawab ni dekat Airil?' " Err, tak tahu. Angin kot." jawabku gagap.

" Mama dengan papa gaduh ke?" tanya Airil.
' Airil ni ahli nujum ke. Macam mana boleh tahu pulak?'

" Hmm." aku tidak menjawab. Sebaliknya aku menyebut ' hmm.'

" Mama, Airil nak mandi?" rengek Airil manja.
" Okey, pergi ambil towel." Airil pantas mengambil towel yang disangkut dalam almari.

***
TOK..TOK, aku mengetuk pintu bilik Aiman. Tidak lama selepas itu, Aiman membuka pintu. Kelihatan dirinya hanya dibalut tuala sahaja. Merah muka aku menahan malu.

" Er, kita solat sama sama ya. Saya tunggu. Awak pergilah mandi dulu. Saya tunggu dekat bilik solat." Apabila aku ingin melangkah, pantas Aiman rangkul pinggang ku. Aku terkejut.

" Er, batal wudhu' saya." aku menolak tubuhnya. Tapi, sedikit pun Aiman tidak berganjak. Dia mengeratkan lagi pelukannya.

Aku terbuai. Aiman perlahan lahan lepaskan rangkulan nya. Aku menoleh melihat mukanya. Aku terkejut, aku melihat Aiman sedang menangis.

" Kenapa ni?" aku mengesat air matanya menggunakan ibu jari ku.

" Saya tak nak kehilangan awak. Saya tak sanggup. Awak, jangan tinggalkan saya?" kata Aiman dengan tangis.

" Hey, saya tak akan tinggalkan awak. Awak janganlah cakap macam tu." aku meletakkan jariku di bibir nya.

Aiman memegang tanganku lalu mengucupnya. Aiman tersenyum manis ke arahku. Aiman perlahan lahan mendekatkan mukanya padaku.

Aku menolak badannya perlahan. " No, kita solat. Lagipun, saya tak ready lagi." Aiman tersengih.

" Saya faham." Aiman terus pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience