35. CALL??

Drama Series 24790

Airin termenung sendirian. 'Perlu ke aku nak tandatangan borang cerai ni. Kalau aku tandatangan, tak akanlah baru kahwin nak bercerai. Apa sebabnya. Tapi kalau aku tak tandatangan, sesuatu akan terjadi.'

Aku terus masuk ke dalam bilik air yang tersedia di dalam bilik yang ditempatkan. Selesai mengambil wudhu' aku solat seperti biasa.

TOK..TOK..TOK, Taufiq masuk ke dalam bilik Airin. Dia terus terkedu melihat Airin sedang solat. " Farah, abang rindukan Farah. Kenapa Farah pergi dulu. Rupa Farah suara Farah sama seperti Airin. Abang tak dapat lupakan Farah." kata Taufiq perlahan. Air matanya jatuh.

" Aik, bila masuk." tanyaku apabila selesai solat dan baca doa.

" Bila awak habis solat? Saya tak nampak pun." tanya nya. Dia mengelap air matanya yang jatuh di pipinya.

' Aik, mamat ni nangis ke? Aku tak buat apa apa pun.'

" Taufiq, saya ada benda nak bincang dengan awak ni."

" Ye, awak nak cakap apa?" tanya Taufiq.

" Okay, saya dah tanda tangan borang tu. Jadi, lepaskan saya. Saya rindu pada keluarga saya. Kalau awak tak izinkan saya balik, saya nak pinjam telefon awak. Boleh kan?" terang ku panjang lebar.

Taufiq mengeluh. Dia terus memberikan telefonnya padaku. Borang penceraian itu, dia terus ambik. Taufiq berlalu keluar meninggalkan aku sendirian.

Aku menelefon mama. " Hello, assalamualaikum." mama memberikan salam. Air mataku sudah mula bergenang. Rindu akan suara mama.

" Hello, waalaikumussalam." jawabku.
" Ni siapa ya?" tanya mamaku lembut.

" Mama, Airin rindukan mama." terang ku. Air mata sudah laju mengalir.

" Ya Allah, Airin. Airin sayang. Airin dekat mana ni?" tanya mama teruja. Air mata mama jatuh.

" Mama, don't worry. Airin selamat. Tak lama lagi Airin akan balik. Mama take care okay." jawabku sambil menahan tangis. Sesak dadaku.

" Ya Allah, Airin. Boleh pulak Airin cakap dekat mama jangan risau. Airin, mama dah risau dah pun sekarang ni. Airin sihat? Airin dah makan? Macam mana keadaan Airin? Tu semua mama tak tahu. Memang lah mama risau." bebel mama.

" Apa mama ni, nak bebel je. Sakit teling Airin lah." rajuk aku.

" Airin, Airin nak cakap dengan Aiman?" tanya mama.

Apabila mama berkata pasal Aiman, aku jadi sayu. Dia masih ingatkan aku ke. Dia masih setia pada aku ke. Ke, dah kahwin lain.

" Er, tak apa lah mama. Mama, please jangan bagitahu Aiman yang Airin call mama eh?" rayu ku.

" Kenapa pula? Masa Airin kena culik ni, Aiman yang paling risau. Kenapa? Airin masih ragu ragu ke akan cinta Aiman? Airin, mama tahu Airin juga ada perasaan yang sama macam Aiman. Rendahkan ego Airin tu. Ego Airin tu boleh memakan diri Airin sendiri. Dengar cakap mama ya."

Aku terpana akan kata mama. 'Habistu masa dekat shopping mall tu, yang Zura dengan Aiman berpelukan tu apa? Aiman ni memang saja je. Kau jangan harap aku nak percaya dekat kau. Aku benci kau Aiman.'

" Mama, dia tu penipu. Dia kata dia cintakan Airin. Tapi kenapa dia buat Airin macam ni. Dia berpelukan dengan perempuan lain. Tu apa semua tu mama?" kataku sambil menahan tangis. Suara ku sudah serak.

" Airin, jujur dengan mama. Airin cintakan Aiman bukan?" tanya mama.

" Siapa kata." tipu ku. Sejak aku bernikah dengan dia, cinta aku hanya untuk dia. Memang aku cintakan Aiman.

" Kalau tidak, kenapa Airin nangis. Kenapa Airin marah dekat Aiman?" duga mama.

Aku terdiam.

" Sayang, dengar cakap mama. Rendahkan ego. Mama nak lepasni, Airin kena berbaik dengan Aiman."

Tiba tiba, Taufiq masuk ke dalam bilik. " Mama, Airin letak dulu. Airin ada hal. Bye mama, Assalamualaikum." tanpa menunggu feedback mama, aku terus mematikan talian.

" Kenapa letak? Cakap jelah. Saya tak kacau pun."

" Tak ada apa apa."

***
" Surat apa ni?" tanya Aiman sendirian.

Aiman terus membuka surat itu. Dia merenyuk kertas itu. " Kenapa Airin, Kenapa?" air mata Aiman jatuh di pipi.

" Tak akanlah, Allah nak beri petunjuk yang ini? Tak.. tak mungkin. Aku sayangkan dia. Aku tidak mahu Airin pergi tinggalkan aku. Aku tak akan benarkan." Aiman terus mengambil kunci kereta lalu keluar dari biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience