59. ORANG BARU

Drama Series 24790

Aku tersedar daripada tidur. Aku menoleh memandang jam dinding yang berada di dalam bilik. Jam menunjukkan pukul 5.40 petang.

" Abang bangun dah pukul 5 lebih. Kita belum solat Asar lagi ni." Aku mengejutkan Aiman yang masih lena di sebelahnya.

Aiman menarik Airin kedalam pelukannya tanpa menghiraukan aku yang mengejut dirinya. Aku menolak dada Aiman untuk pergi jauh.

"Abang ... bangunlah... dah lewat ni. Abang punya kejalah ni. Lewat solat dah."

Aku terus bangun tanpa mempedulikan Aiman yang menarikku. Aiman melihat Aku telah bangun, Aiman dengan pantas bangun dari aku sebelum Aku turun dari katil.

Aiman meluru masuk ke dalam bilik air sebelum Aku sampai dulu ke bilik air.

" Abang ni....sayang nak mandi jugaklah. Cepatlah sikit. Taulah sayang ni jalan lambat kalau ye pun tunggulah."

Aiman membuka pintu sambil tersengeh.

"Sayang yang lambat." Aiman menarik aku masuk kedalam bilik mandi.

***
Setelah solat, mereka berdua turun kebawah. Kelihatan Makcik Hajar telah menyiapkan minuman petang. Airil pun sudah bangun dari tidur.

" Mama ngan papa tidur ke tadi. Senyap je. " tanya Airil.

" Ye Airil, papa tidur. kenapa? Airil cari papa ek?" teka Aiman

"Tak, saje je nak tahu."

***
Apabila aku sedang makan, aku merasakan perutku mengeras semacam. Rasa tidak selesa hendak duduk. Aku mengusap ngusap perutku supaya baby dalam perut itu kembali melembutkan badannya. Aku bersandar pada kerusi. Aiman perasan Airin tidak selesa terus menyoal.

"Kenapa sayang. Sakit ke. " tanya Aiman.

" Tak selesalah abang. Baby ni, mengeras semacam je rasanya. Airin nak baringlah abang. "

"Tak nak makan ke. makanlah sikit." jawab Aiman. " Kesian dekat baby ni." Aiman mengusap perlahan perutku.

" Abang bawa kat depanlah ye. Dekat ruang tamu. Sayang makan kat sana." ujarku sebelum berlalu dari dapur. Airil hanya memandang tanpa membunyikan sebarang suara.

****

MALAM

Aku rasa tidak ada perubahan pada diriku. Kesakitan mula terasa pada perutku. Aku mula mengering badanku kekanan. Apabila tidak selesa,aku mula mengering ke kiri pula. Tetapi kesakitan masih dirasakan.

"Abang sakitlah. Sayang rasa dah sampai masanya ni." jawab Airin pada Aiman.

"Barang semua dah adakan sayang." tanya Aiman.

"Dah. Ada kat bawah. Sayang letak kat bawah."

"Boleh jalan tak." tanya Aiman.

"Bolehlah, abang. Sekarang sakit dah kurang sikit.
Kalau sakit ni datang balik, sayang akan bagi tahu."

"Sayang air zam zam jangan lupa ambil tau. Minum dekat hospital nanti." jawab Aiman lagi.

"Air zam zam pun dah ada dalam beg. Sayang dah letakkan sekali kat dalam beg." jawab Airin.

Aiman pergi kebilik makcik Hajar untuk memberitahu keadaan Airin. Dan menyuruh makcik Hajar menjaga Airil. Aku telah pergi ke kereta untuk menunggu Aiman.

***
Beberapa minit kemudian, kami telah sampai ke KPJ Specialist Hospital, Aiman segera membuka pintu kereta untukku. Aiman memimpin aku untuk keluar.

" Nurse, isteri saya dah nak bersalin." ujar Aiman pada Nurse yang bernama Puteri.

" Sekejap ye encik." Nurse yang bernama Puteri itu bergegas menuju ke arahku. Dia memimpin ku untuk ke bilik bersalin.

" Sabar ya, encik. Encik tunggu sini dulu ya." ujar seorang lagi nurse.

" Tapi, saya nak tengok isteri saya." ujar Aiman cemas.

" Sabar, ye encik." Nurse itu terus berlalu masuk ke bilik bersalin. Aiman meraup mukanya lalu berdoa "Ya Allah, kau permudahkanlah untuk isteriku, Airin bersalin dan selamatkanlah isteriku dan zuriatku."

Beberapa minit kemudian, nurse yang bernama Puteri tadi keluar dari bilik bersalin yang ditempatkan Airin untuk bersalin.

" Encik boleh masuk." pelawa Nurse Puteri.

Aiman bergegas pergi ke arahku apabila dia sudah melangkah masuk ke bilik bersalin.

***
Tidak lama kemudian, terdengar suara bayi sedang menangis. Aiman terus menyambut bayi itu. " Tahniah, encik. Encik dapat anak perempuan." ucap seorang doktor bernama Syuhadah.

" Alhamdulillah." ucap Aiman. Aiman memulangkan anak perempuannya itu kepada nurse untuk dibersihkan badan. Tangan yang masih berdarah itu Aiman pergi kearah Airin lalu mencium dahi Airin.

"Terima kasih sayang. Kita dapat anak perempuan"

Setelah anaknya dibersihkan Aiman mengambil anaknya untuk diiqamatkan. Tugas Aiman di ambil alih oleh doktor Syuhadah kembali. Aiman hanya menyambut anaknya sahaja. Itulah permintaan Airin ketika dia disahkan mengandung dahulu.

***
Beberapa jam kemudian Airin di pindahkan ke dalam wad persendirian. Aiman sentiasa berada disisi Airin walaupun Airin sedang tidur. Semua ahli keluarganya sudah di beritahu tentang kehadiran orang baru. Walaupun pada ketika itu gelap malam diluar belum menampakan tanda tanda untuk siang.

Aiman memerhatikan anaknya yang berada di dalam baby cot. Anaknya lebih meyerupai dirinya. Hanya mata dan mulut yang kecil dan comel itu lebih kepada Airin.

Airin tersedar dari tidurnya. Dia melihat Aiman berada disisinya sedang memerhatikan anak mereka yang sedang tidur lena. Senyuman sentiasa menghiasi diri Aiman. Airin mengenggam tangan suaminya membuatkan Aiman terkejut.

"Sayang dah bangun." ujar Aiman terkejut. Dia melangkah mendekati Airin lalu duduk di sisi Airin.

" Hm," aku sekadar memberikan senyuman tipis. " Anak kita nak bagi nama apa?" soal Aiman setelah aku hanya mendiamkan diri.

" Hmm, sayang nak bagi nama apa?" soal Aiman. Aku tanya dia, dia tanya aku balik.

" Hm, saya berkenan sangat dengan nama Aina Adilah binti Aiman Amsyar. Sedap tak?" ujar ku. Aiman mengukir senyuman.

" Sedap sangat. Pandai sayang pilih." Aiman mengucup lembut dahiku.

" Itu sudah biasa, Airin kan." ujar ku bangga. Aiman mencuit hidungku. Nakal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience