6. TEKA TEKI

Drama Series 24790

" Uuu ni dah lebih ni. Anak Dato' Harith menitiskan air mata sebab perempuan. Kelakar betul." ejek farid. Amier, Irfan tergelak. Manakala Aiman pula tersenyum malu.

" Gila kau, aku dah lama kot suka dia. Lepastu dia pilih Aqeel. Serious kecewa dowh. Aku ingat dia layan aku baik masa zaman kita sekolah tu, dia suka aku. Tapi..." kata Aiman dengan kecewa

" Oi, tak baik tau. Kau cakap macam tu." Irfan menepuk lembut mulut Aiman. " Kau sendiri cakap yang Aqeel dah tahu yang kau suka Airin. Lepastu kau cakap macam ni. Kalau Aqeel masih ada dia mesti sedih."

" Sorry. Aku tak sengaja. Aku rindu Aqeel dowh. Selalunya kita berlima, ni sekarang kita berempat je. Serious aku rindu dia." Aiman menitiskan air mata. Amier, Farid dan Irfan menitiskan air mata juga. Mereka sejak kecil lagi bersama. Sekarang kekurangan seorang daripada mereka memang menyeksakan.

***
" We Airin, kau rasa dia orang nak cakap apa eh?" tanya Nadia. Aku menganggkat bahu. " Kenapa kau nak tanya aku, aku bukan tahu pun." gurau ku.

" Lah aku tanye jer." Nadia terus lajukan langkahnya. Sebelum itu, dia sempat menjelingku.

Aku terus lajukan langkahku. Apabila aku sudah berjalan beringingan bersama Nadia aku meminta maaf padanya. " Lah, sorry lah. Nanti kau tanya lah suami kau."

" Haah betul cakap kau kan. Tak terfikir pulak aku." aku tergelak. Manakala Iqa dan Sahirah mengelengkan kepalanya. Sudah 27 tahun, tapi perangai kalahkan budak 7 tahun.

***
Suasana di kereta begitu sunyi sekali. Airin masih tertanya tanya apa perbualan mereka manakala Aiman pula masih fikirkan hubungan antara dia dan Airin. Dia terfikir adakah Airin akan terimanya. Itu soalan yang berlegar legar dalam kepalanya.

" Airin, aku nak tanya ni." aku yang terdengar Aiman memanggilku, lamunan ku terus terhenti. Aku berpaling ke arah Aiman. " Ya, kau nak tanya apa? Cakal jelah. Tak perlu pun nak tanya boleh atau tidak." kataku panjang lebar.

" Hrmm, kau terima bakal suami kau tu kenapa eh?" tanya Aiman. Airin mengerutkan dahi.

" Betul ni kau nak tahu?" tanya Airin pada Aiman. Aiman mengangguk kan kepala. " Sebenarnya, aku terima dia sebab aku kesiankan Airil. Yelah Airil mana pernah dapat kasih sayang seorang ayah. So aku terima dia. Tetapi kau jangan salah faham pulak, aku terima dia jugak pun sebab aku tak nak kecewakan mama aku. Yelah, aku perlu membina rumah tangga aku. Aku masih muda lagi. So better aku terima lamaran tu. Aku akan layan dia seperti suami aku sendiri. Walaupun aku tak cintakan dia." Aiman begitu kecewa selepas mendapat penjelasan Airin. Menyesal dia bertanya.

" Kenapa kau diam?" tanya Airin. Pelik, dia yang tanya soalan tu lepastu dia yang diam.

" Oo tak de apa apa."

" Aiman...." Airin meleretkan suaranya. DUP DAP DUP DAP. Laju jantung Aiman apabila Airin memanggil nya dengan suara manja.

" Ye...ye...ye." kata Aiman dengan tergagap gagap.
Airin tergelak. " Bila masa kau gagap ni Aiman?" tanya Airin selepas puas dia gelak.

" Err... tak ada apa apa. Kau nak tanya apa?" Aiman menukarkan topik perbualan. Kalau tidak, rahsia yang sudah lama dia simpan akan terbongkar. Biarlah Airin tahu selepas mereka kahwin.

" Sebenarnya...." Suara Airin sudah terserak serak kerana Airin menangis. Aiman terkejut apabila melihat Airin menangis.

" We Airin, kenapa ni dengan kau? aku buat kau nangis ke?" Aiman mengelabah. Dia terus memberhentikan kereta nya dia bahu jalan.

Aiman terus duduk mengereng ke arah Airin. " Tell me, why are you cry?" tanya Aiman.

" Sebenarnya aku takut aku derhaka dekat suami aku. Aku tahu kalau seorang isteri mencintai lelaki lain akan berdosa. Dan aku tidak mahu suami aku tampung dosa aku yang aku derhakai suami aku. Aku takut. Walaupun aku tidak cintakan suami aku, aku masih kaseh kan dia. Walaupun tiada perasaan cinta." luah Airin sambil tersedu sedan akibat menangis.

" Kau tak boleh cakap macam tu. " Mungkin bakal suami kau tu okey je. Bukan dia tahu ke yang kau dah kematian suami. Maybe dia faham kot." aku terdiam. " Dah, tak elok kita berdua duaan lama dekat kereta ni. Tak elok. Yelah kau kan dah nak kahwin." Aiman menjeling Airin dengan manja. Airin tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience