58. BERGURAU

Drama Series 24331

****

Aku tunggu masa saja untuk bersalin. Aiman, mama dan ibu tidak membenarkan aku berkerja lagi. Dalam keadaan sarat ini aku tetap jugak
kehulu kehilir dengan hobi baru aku iaitu.... menanam bunga. Tetapi aku sentiasa di temani oleh makcik Hajar kemana saja aku pergi. Banyak pokok bunga baru yang ada di rumah aku ni.

Sejak peristiwa aku melarikan diri dari Aiman, tidak ada lagi rahsia antara aku dan Aiman. Cerita tentang Amira semuanya Aiman telah menceritakan kepada aku.

Aku rasa bahagia sangat sekarang ni. Walaupun rasa takut untuk bersalin tu tetap ada.

Yelah yang ni anak kedua bagi aku. Anak yang pertama dulu, Aiman yang azankan Airil.

Dulu, aku sentiasa dekat dengan Aiman walaupun ketika aku belum kawin dengan Aiman. Sekarang ni, lagilah. Kan dah kahwin.

Ketika aku sedang mengelamun, Airil mengambil tempat di sebelah aku.

" Mama.."
Aku terus tersedar dari lamunan. " Ya, sayang."

" Airil bosanlah. Papa dah keluar. Airil nak main dengan sepa?" rengek Airil.

Aku tersenyum. Aku mengusap kepala anak aku.

"Papa ada bagi tau tak dia pergi mana." soal ku pada Airil yang sedang leka menonton tv.

"Papa pergi kedai, mama. Papa bagi tau Airil tadi. Mama mengelamun tadi, papa tak nak kacau." jawab Airil tanpa memandang aku.

"Papa nak beli apa" tanyaku lagi.

"Tak tau."

"Tak apa lah. Mama pergi dapur dulu. Kalau Airil nak makan, pergi dapur ye." ujarku sebelum melangkah pergi ke dapur.

" Tak naklah mama. Papa pesan mama tak boleh buat keja berat. Nanti mama sakit. "jawab Airil.

"Mama oklah." Airil hanya memandangku.

Ketika aku sedang leka makan, tanpa aku sedari Aiman telah pulang. Dia menghampiri aku tanpa menegur aku.

'Dia tengah makan ye. Makan tak pandang kiri kanan. Lapar sangatlah tu. Tak sedar ke aku dah balik ni. Nanti ya.. dia nak kena dia ni. Tunggu.... abang datang ni....'

Aiman mencari sesuatu, dia nak mengenakan Airin. Aiman pergi ke ruang tamu mengambil pokok hiasan yg berbentuk ranting kayu dan di bawa ke dapur. Dia menyuruk di tepi almari. Perlahan lahan Aiman menundukkan kepalanya lalu mencucuk kaki Airin dengan ranting kayu itu. Setelah berjaya menjalankan misi mengenakan isterinya dia pantas berlari.

"Auw. Apa benda yang cucuk kaki aku ni. " ujarku
sambil menggosok kaki.

Kemudian Airin meneruskan menyuap makanan kedalam mulutnya.

Sekali lagi Aiman mencucuk di tempat lain pula. Dia sudah tersenyum lebar. Sekali lagi Airin mengaduh.

" Ee, nanti orang ni. Suka hati dia je nak cucuk kaki aku ni." Aku segera menundukkan badanku untuk melihat gerangan siapakah yang cucuk kaki aku ni. Ingat tak sakit ke.

" Abang!" jerit ku. Aiman pantas berlari ke ruang tamu.

Aku segera membasuh tanganku. Aku mencari kelibat Aiman tetapi tidak dapat.

Aku segera ke ruang tamu, kelihatan Aiman sedang mengurut dadanya akibat berlari laju tadi.

' Tahu takut.' Perlahan aku mengatur langkah ke arahnya tanpa Aiman sedari.

Tetapi, aku gagal. Ketika aku sedang mengatur langkah mendekatinya, Aiman memandang ku.

" Kenapa abang cucuk kaki Airin? Tahu tak sakit." aku berjalan jalan ke kiri ke kanan.

Aiman mengundurkan belakang. Dia bersedia untuk melarikan diri. Walaupun penat.

" Abang pergi mana tadi?" soal ku lalu mencekak pingang.

" Pergi kedai. Abang beli air zam zam. Abang tengok air zam zam dah habis, jadi abang belilah." jawab Aiman.

" Kenapa lama sangat?" soalku.
" Kebetulan abang jumpa kawan tadi. Tu abang lepak dengan dia orang, minum lepastu borak borak kosong." terang Aiman.

" Abang dah makan ke belum?" soalku lalu mengambil tempat di sebelah Airil yang telah lena tidur dia atas sofa.

Aiman mengambil tempat di sofa sebelahku. " Dah, tapi abang lapar lagi."

" Abang nak makan apa?"
" Hm, abang nak makan sayang. Boleh tak?"

" Hm, nanti senang lah Airin nak bersalin. Boleh kan. Jom....."

Aku mengecilkan mataku. " Boleh je.. nanti abang tidurlah sorang sorang jaga Airil sorang sorang. Sayang dah tak boleh buat dengan abang." jawabku selamba.

Aiman memandangku tajam. " Mana boleh. Kemana abang pergi atau abang buat, sayang kena buat dengan abang, ada di sisi abang." jawab Aiman tegas. " Tadi tu, abang gurau je."

" Alahai, suami Airin ni merajuk ke? Alah Airin gurau jelah. Ingat abang je yang boleh main main. Airin pun boleh jugaklah." Aku mengambil tempat di sebelah Aiman lalu memeluknya.

Aiman terus mencempung tubuhku sambil tangannya berjalan jalan di serata tubuhku. Aku terjerit kerana kegelian. Aiman mengemaskan cempuangannya lalu membawa ku ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience