11. PERKAHWINAN

Drama Series 24790

Sampai sahaja di rumah, aku melihat ramai tetamu yang berada di rumahku. Aku dan adik beradikku terus memasuki rumah. Aku terkejut akan dekorasi rumahku.

" Wah, cantiknya mama. Bila mama buat ni?" tanya Aira.

Aku dan Reesha juga terpegun. Walaupun hanya pelamin kecil, tetapi sangat cantik.

Mama ku tersenyum. " Tadi lah. Masa kamu semua pergi kubur. Airin ok tak?"

" Cantik, thank mama." aku terus mendakap mamaku.

" Aireena," aku yang terdengar seseorang memanggilku terus aku menoleh. Alangkah terkejutnya aku, apabila ummi di belakangku. Air mata yang ditahan terus menitis.

Aku terus pergi ke arah ummi dan memeluknya. " Ummi, Airin rindu ummi. Airin juga rindu Aqeel ummi." kataku dengan teresak esak. Ummi juga menitiskan air mata.

" Ummi pun rindu Airin. Kalau Airin rindu Aqeel sedekahlah Al- Fatihah untuk arwah. Dah sedekah ke belum?" tanya ummi lalu melepaskan pelukan.

Aku mengganguk sambil mengelap air mata di hujung lengan bajuku. " Dah... dah. Jangan sedih lagi. Hari ini majlis Airin. Tak boleh lah sedih sedih. Dah tak cantik dah anak ummi ni." aku tersenyum malu.

" Ish ummi ni." aku mencubit pipi ummi perlahan.

" Mama, ni siapa?" tanya Airil sambil pergi ke arahku. Ummi tersenyum.

" Yang ni, nenek Airil." kataku sambil mencubit pipi Airil yang tembam.

" Sakitlah mama," Airil menggosok pipinya yang telah aku cubit tadi. Habis kemerahan pipinya.
" Nenek, Airil kan ada nenek." kata Airil sambil menyalam ummi.

" Airil, sayang. Yang ni ummi papa. Ummi papa, ummi mama jugak tau. Jadi, dia nenek Airil. Airil okey kan ada 2 nenek. Airil menjerit kegembiraan.

" Yeah, Airil ada 2 nenek. Yeah.. yeah!" Airil terus memeluk ummi. Ummi mengalirkan air mata.

" Cucu wan. Rindulah dengan Airil." ummi membalas pelukan Airil.

***
" Eh Mak Long, bila Mak Long sampai?" tanyaku sambil bersalam dengan Mak Long merangkap kakak mama.

" Mak Long dekat dapur tadi. Comel jugak anak kamu ni, Airin." aku mengganguk kan kepala.

" Naim dengan Liza mana Mak Long?" tanyaku sambil melilau lilau mencari mereka.

" Naim, Mak Long tak tahu. Tapi kalau Liza, dia dekat belakang. Dia kata bagi ikan makan. Kamu tengoklah.

Aku menggangukkan kepala. Aku terus tuju ke belakang rumah. Aku ternampak seseorang perempuan yang sedang beri ikan makan.

" Assalamualaikum, Liza. Buat apa tu?" tanyaku.
Liza menoleh sambil tersenyum. " Eh, macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"

" Mak kau lah yang bagi tahu aku." aku dan Liza sebaya. Manakala Naim pula, berumur 29 tahun.

" Oooh. Melepaslah abang aku. Aku nak kau jadi kakak ipar aku. Tapi dah tak ada rezeki kan." kata Liza. Aku menepuk bahunya.

" Alah kau ni, kau tahu tak si Reesha tu syok dekat abang kau. So, kau suruh lah abang kau kahwin dengan adik aku si Reesha tu." kataku. Liza tergelak.

Naim memang dari sekolah memang sukakan aku. Dia pernah luahkan perasaannya padaku, tetapi aku tak boleh terima kerana aku sudah anggap Naim itu macam abang aku. Yelah, aku kan tak ada abang. Aku cuma anggap Naim itu sekadar abang sahaja.

" Ish, kau ni. Entahlah. Abang aku tu tak boleh lupakan kau lah. Dia tu ashik berharap je. Rimas aku, tau." luah Liza.

" Sorry lah, Liza. Aku tak ada niat nak lukakan hati dia. Tapi, kau faham kan aku anggap abang kau tu macam abang aku. Tak lebih dari itu pun." terangku.

" Yelah, aku faham."
" Okey, jom masuk. Panaslah dekat sini." kami terus masuk ke dalam rumah.

***
SELEPAS ASAR,

Aku sudah bersiap memakai baju pengantin. Tinggal berapa minit sahaja lagi, aku akan digelar isteri orang buat kali kedua. Muka ku juga sudah disolek.

' Abang, hari ni Airin nak kahwin dah. Abang maafkan Airin ya. Airin sayangkan abang tau.' gumam ku dalam hati. Air mata ku menitis.

Pintu bilikku dikuak. " Eh, kau ni nangis pulak. Kau ni, lagi beberapa minit lagi kau dah nak jadi isteri orang. So get ready tau." Iqa mengelap air mataku. Aku tersenyum kelat.

" Kau terasa ke apa yang aku cakap tadi?" tanya Iqa apabila dari tadi aku tidak bersuara. Yelah, aku ni sentiasa mulut becok. Tapi sekarang diam je. Memanglah dia pelik.

Aku menggeleng. " Aku cuma takut je. Aku takut siapa suami aku nanti." Iqa tersenyum.

" Kau jangan risau. Kau tahu tak bakal suami kau tu handsome tau. Full package." kata Iqa.

" Eh, macam mana kau tahu bakal suami aku macam mana rupa dia? Kau pernah tengok ke?" tanyaku dengan pelik.

Iqa menelan air liur. ' Aduh, mulut aku ni. Dah terlepas cakap lah pulak.' Iqa menepuk bibirnya berkali kali.

" Pahal kau ni?" tanya ku.
" Tak ada apa apa." dalih Iqa.

" Eh, kau. Baik kau cakap." aku sudah berdiri menghadap Iqa.

'Mak oiii, dia dah bangun dah. Habislah aku. Sahirah, Aina, mana kau. Tolong aku.'

" Apa yang kau gumam dalam hati kau tu? Baik kau cakap cepat. Kalau tak aku tak nak kawan kau." ugut ku.

Tiba tiba pintu bilikku diketuk. " Eh, Airin. Dah siap ke? Pengantin lelaki dah sampai." kata ummi.

' Fuh, nasib baik Datin Kalsom datang. Kalau tak mati aku ni.' Iqa melepaskan keluhan lega.

Aku menjingnya tajam. " Kita belum selesai lagi ya." kataku. Aku terus keluar dari bilik itu dan terus turun ke bawah. Iqa juga turun bersama aku.

Apabila sampai di bawah, aku merasai semua mata memandang aku. Aku tundukkan kepala sahaja. Malu.

Aku duduk di pelamin kecil yang telah dibuat oleh mama.

Aku terdengar bakal suami aku berkata sesuatu. Tetapi pada siapa aku tidak tahu. Tapi suara dia, aku kenal. Tapi sudah lama aku tidak dengar suara itu. Siapa dia?

***
Aku mendengar papa sedang mamemanggil bakal suami aku untuk mula kan sesi akad nikah.

" Aku nikah akan dikau dengan anakku Aireena Aleeya binti Hakim dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit, tunai."

" Aku terima nikahnya Aireena Aleeya binti Hakim dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit, tunai."

" Sah?"
" Sah."
" Sah."

" Alhamdulillah."

Sekali lafaz sahaja, aku sudah digelar isteri orang biat kali kedua. " Abang maafkan Airin. Airin tak dapat pertahankan cinta kita. Maafkan Airin. Airin terpaksa." Air mata ku mengalir laju.

" Haih, jangan nangis. Ummi tahu, mesti Aqeel gembira melihat isteri dia tidak keseorangan dan ada orang boleh jaga." kata ummi sambil mengelap air mata dengan tisu.

Aku terasa seperti seseorang duduk di hadapan aku dan dialah suamiku. Aku menganggkat muka untuk melihat siapa yang jadi suamiku.

Aku menganggkat muka ku. Alangkah terkejut nya aku apabila aku melihat suamiku dan dia adalah.........

" Aiman." kataku perlahan. Tetapi jelas di pendengarannya. Aiman tersenyum manis ke arahku. Aku benar terkejut. Kawan baik suamiku adalah suami aku. ' YA ALLAH, pasti Aqeel kecewa ni.'

Ketika Aiman hendak menyarungkan cincin, aku keraskan tanganku. Membuatkan Aiman susah menyarungkan cincin ke jari manis ku.

" Airin, sayang. Aiman nak sarungkan cincin tu." kata mama. Aku tersedar dari lamunan. Aiman terus menyarungkan cincin berlian emas. Cantik.

Aku menyalami tangan suamiku. Dia memegang kepalaku ketika aku tunduk menyalami nya.

Setelah itu, Aiman mengucup dahiku dengan penuh kasih. Aku membiarkannya.

***
KLIK...KLIK...KLIK, kamera tidak henti henti menangkap gambar kami berdua. Naik rimas aku. Apabila mata kami bertembung, aku menjelingnya. Sakit hati aku.

' Mesti dia orang tahu ni. Nanti korang. ' aku dah lah tengah panas hati ni. Lepastu pakai baju tebal. Lagi panas lah aku ni. Rasa macam nak terbakar je.

***
Selesai sahaja sesi tangkap gambar, aku terus melayan tetamu. Naim datang ke arahku.

" Assalamualaikum, hai." Naim tersenyum manis ke arahku.

" Waalakumussalam, hai." aku membalas senyumannya.

" Gembira tak? Abang minta maaf selama ni, kalau buat Aireena tak selesa." kata Naim dengan kesal.

Aku mengangguk kepala. " Tak apa. Airin dah lama maafkan abang." tanpa kami sedari seseorang berasa sakit hati. Dia jealous.

Seseorang itu terus pergi ke arah kami. " Hai, sayang." Aiman memelukku dari belakang. Aku menoleh. Alangkah terkejutnya aku, suami aku memeluk aku. ' aduh dia ni memang suka cari pasal lah.' gumam ku.

Naim cemburu. " Tak apa lah Aireena. Abang minta diri dulu." Aku menghalang.

Aku membiarkan sahaja Aiman memelukku. Nanti buat malu je. Kalau aku tolak. Tak pasal pasal dapat dosa free je.

" Abang, ni suami Airin." Aiman melepaskan pelukan. Aiman menghulukan tangan untuk bersalam. Naim menyambutnya.

" Aiman Amsyar."
" Naim Iskandar."

" Abang minta diri dulu ye." setelah Naim hilang dari pandangan Aiman memelukku semula. Aku pantas mengelak. " Jangan nak mengada eh." aku terus berlalu pergi. Aiman tersenyum. " Malulah tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience