Suasana di kereta agak sunyi. Hanya dj radio sahaja yang berceloteh. Aku menoleh pada Aiman. Aku melihat mukanya dari tadi serious sahaja. Aku tak tahu kenapa dia diam macam ni. Dengan urat kepala pun muncul. Tapi, selalunya urat di kepala Aiman muncul apabila Aiman marah. Dia marahkan aku ke?
' Apa salah aku ni, nak tanya takut kena marah balik. Diam jelah. Tapi, aku nak singgah di shopping mall. Alah, macam mana ni. Ah, cakap jelah.' aku menoleh sekali lagi pada Aiman.
" Awak, boleh tak singgah shopping mall. Saya nak beli barang lah. Kalau awak tak boleh hantar, awak berhenti je dekat tepi jalan. Biar saya pergi dengan teksi ke atau grab. Boleh tak?" tanya aku panjang lebar. Aku berkata berhati hati.
Aiman menoleh padaku. Dia diam sahaja. Angguk tidak geleng pun tidak. Aiman terus pandang hadapan semula.
***
Aku dan Aiman berjalan beriringan. Walaupun jalan beriringan, kami tidak mengeluarkan sebarang suara sejak aku tanya untuk ke shopping mall.
" Awak, mari sini. Saya nak pergi kedai ni." aku terus menarik tangannya apabila dia tidak peduli akan arahan aku.
" Okey, awak cuba baju ni. Cantik, sesuai dengan awak." aku padankan t- shirt polo pada badan Aiman. Cantik. Pandai aku pilih.
" Tak perlu, baju saya banyak dalam almari tu." Aiman merampas baju itu dari aku dan terus menggantungkan di tempat nya semula. Aiman terus keluar dari kedai itu.
" Ish dia ni, kenapa? Nak beli untuk dia pun nak marah." kataku perlahan. Aku teris berlari ke arah Aiman apabila jarak aku dan Aiman semakin jauh. Lajunya dia jalan.
Aku terus perlahankan langkah apabila aku dapat jalan beriringan dengannya. " Hai, Aiman. You buat apa dekat sini?" tanpa memberi salam Zura terus pegang tangan Aiman. Aku terkejut, kenapa Aiman tak elak. Masa itu, dia elak. Air mata aku hendak jatuh. Tetapi aku cuba tahan sedaya upaya yang boleh.
" Temankan Airin pergi beli belah. You sorang je ke?" tanya Aiman teruja. ' Ambik kau, Airin. Tadi kau jealous kan aku kan.' Aiman perlahan lahan menarik tangannya. Dia terpaksa membuat begitu untuk melihat reaksi isterinya itu. ' Dia jealous ke.'
" Awak saya nak pergi tandas sekejap. Tunggu saya." aku bercakap tanpa memandang Aiman. Aku terus pergi menuju ke tandas.
Setelah sampai ke tandas, aku terus hamburkan tangis aku. Aku sudah tidak tahan. Teresak esak aku manangis.
' Kenapa aku perlu cemburu sedangkan aku tak cintakan dia, kenapa Ya Allah.' aku berdoa dalam hati sambil mengelap air mata yang laju menitis.
***
' Mana Airin ni, dah lama aku tunggu dia ni. Aku pun dah tak selesa dah duduk sebelah Zura ni. Semak je. Taoi untuk aku dapatkan kau Airin, aku sanggup korbankan diri aku untuk rapat dengan Zura. Dahlah pakaian macam nak terjojol bijik mata aku ni. Tak cukup kain. Tak selesa betul.'
Setelah lama aku puas menangis, aku terus mengambil tisu di dalam handbag lalu mengelap pada mukaku. Aku membasuh mukaku supaya tidak nampak mataku yang sembap. Aku mengenakan bedak sapu.
Setelah siap, aku terus pergi ke arah Aiman dan Zura. " Awak, saya dah nak balik. Tak jadi beli barang. Tak ada mood. Kita balik lah." ajak aku. Zura menjelingku. ' Kacau betul daun lah kau ni. Semak je.' gumam hati Zura.
Aiman terus bangun dari duduk. Tiba tiba Zura menarik tangan Aiman supaya duduk balik. ' Eh kau ni, suami aku tu nak bangun lah. Sedap kau je tarik tangan dia untuk duduk balik. Adab kau mana ha, perempuan. Aku sepuk kau baru tahu.' gumam hati aku sambil mengetap bibir aku geram.
" Eh, you nak balik ke? Temanlah I." rengek Zura. " Habistu, Airin nak balik dengan apa?" tanya aku. Aiman diam membisu.
" Kau.. kau pergi lah naik teksi. Aiman nak teman aku. Kau boleh balik. Dah, pergi." halau Zura. Aku terkejut. Aku tidak terkejut akan percakapan Zura tapi terkejut akan tindakan Aiman. Aiman hanya mendiamkan diri sambil tunduk.
" Awak, saya nak balik apa?" tanya aku pada Aiman. " Saya nak temankan Zura. Awak pergilah naik sesiapa je. Naik dengan Taufiq tu pun tak pe, saya izinkan." kata Aiman sinis.
" Apa, awak ni. Dia kawan saya lah." aku menidakkan akan kata Aiman. Aku tahu walaupun Aiman tidak kata yang Taufiq tu boyfriend aku, aku tetap faham akan maksudnya.
" Saya tak cakap pun yang Taufiq tu boyfriend awak? Tapi betul kan." kata Aiman sekali lagi sinis. Ayat Aiman menguriskan hati aku. Sampai hati dia.
PANG! " Sampai hati awak kan. Sanggup awak fitnah saya. Saya benci awak." tengking aku. Aiman terpana.
" Eh, kau pahal lempang dia pulak. Bkar aku lempang kau pulak." Zura mahu melempangku tapi pantas aku memegang tangannya dari melekap di pipiku. Zura menolak bahuku sambil merentap tangannya.
" Cubalah lempang saya. Saya akan buat dua kali ganda apa yang Zura buat pada saya." kataku lalu berlalu pergi.
***
Air mata yang dibendung, menitis juga. ' Abang, Airin perlukan abang. Aiman lukakan hati Airin. Airin nak cerai abang. Airin tak sanggup. Mama, Airin tak kuat ma.' rintih aku. Aku menaiki teksi.
" Sabar puan, perkahwinan ini mesti ada ujian. Puan perlu banyak bersabar." nasihat mak cik teksi.
" Terima kasih mak cik. Macam mana mak cik tahu saya dah kahwin?" tanya aku sambil menahan tangis.
" Puan kan cantik. Tak akanlah tidak berpunya." gurau makcik teksi. Aku tergelak. Kurang kesedihan aku apabila makcik teksi membuat lawak.
" Terima kasih makcik."
" Sama sama puan. Makcik cuma nasihat je. Tak adalah apa apa de." Makcik teksi memberi senyuman ikhlas.
***
" Sudah sampai puan," aku yang tersedar terus menggosok mata.
" Berapa ye?"
" RM 6.00, puan." aku terus mengeluar kan duit bewarna merah RM 10.00.
" Kejap, puan. Bakinya."
" Tak apa, makcik ambil je. Saya ikhlas."
" Terima kasih, puan. Semoga Allah merahmati puan.
" Amin, sama sama makcik." aku terus meluar dari perut kereta dan terus mengambil kunci rumah lalu masuk ke rumah.
***
Aku terus masuk ke bilikku, untuk menunaikan kewajipan. Setelah solat, aku terus mencapai al-quran lalu membacanya. Aku berasa tenang selepas membaca kalam Allah.
Aku terus baring di katilku, hendak makan, barang barang dapur di kereta Aiman. Aiman tidak balik lagi. Terpaksa lah ikat perut sekejap.
Air mata aku menitis apabila kenangkan kejadian di shopping mall tadi, aku berasa sungguh sakit. Sakit hati aku menahan cemburu.
' Mungkin betul aku sudah jatuh cinta pada Aiman. Cuma aku yang ego. Tapi, Aiman sudah ada Zura. Aku perlu lupakan perasaan ni. Aku tak nak ada hati yang terluka. Biarlah aku yang tanggung derita dan sakit ni. Walaupun begitu sakit, aku perlu lah jadi kuat.' Tanpa sedar aku sudah terlelap dengan air mata aku.
Share this novel