42. INSIDEN KECIL

Drama Series 24790

" Arghh, sakitnya." adu aku sambil menggosok gosok kakiku. " Semua ni, awak punya pasal." suara ku ditinggikan sambil ralit merenung wajah Aiman tajam dengan perasaan yang geram. Air matanya dilap kasar.

" Eh, saya pulak. Saya tak buat apa apa pun. Saya tak pergi lagi dekat awak. Baru tengok je." terang Aiman sambil menunjukkan jari telunjuknya pada dirinya sendiri.

Aiman mengatur langkah mendekatiku. Aku menarik muka masam lalu berpaling muka ke kiri supaya tidak dapat melihat muka Aiman. Menyampah betul!

" Sorry. Saya tak berniat nak sembunyikan rahsia ini dari awal. Saya minta maaf sekali lagi." rayu Aiman sambil membuat mimik muka simpati.

Aku menoleh padanya. " No, I don't trust you. You lied to me." ujar ku serious.

" Please, trust me." rayu Aiman sekali lagi.

Sebenarnya aku tak marah pun dia dan tak merajuk pun. Saje nak ngada ngada sikit dengan suami sendiri. Gedik dengan suami dapat pahala tapi gedik dengan jantan lain pula dapat dosa. Tak bolehlah kalau macam tu.

" Okay, fine. Tapi awak nak bagi saya apa kalau saya percaya kan awak?"

Aiman mengukir senyuman. " Hm, awak nak apa? Saya boleh beri." tanya Aiman.

" Hmm, tak tahu. Saya suruh awak bagi saya apa apa je. Bukan awak tanya saya balik yang saya nak apa." terang ku sambil tertawa.

Aiman menarik muka masam.

" Alahai, ingat comel ke buat muka itik tu. Saya tak kisah dan tak nak pujuk pun." aku jelirkan lidah padanya.

***
" Ma..." belum sempat Airil menghabiskan katanya, Aira sudah menekup mulut Airil lalu dibawa keluar.

" Shush..shush." Aira membuat isharat supaya diam.

" Airil, Airil janganlah kacau mama dengan papa. Papa dengan mama nak bagi Airil adiklah. So, jangan kacau ye." Reesha memberi amaran.

" Oo, yeke. Yeah, nanti Airil tak sorang soranglah kan. Airil ada teman kan." jawab Airil dengan teruja.

" Okay jom. Kita pergi beli aiskrim nak tak?" tanya Reesha.

" Mak Lang nak belanja aiskrim, Yeah!" jerit Airil girang.

Mereka masuk ke kereta semula. Aira terus keluar dari perkarangan rumah Airin dan Aiman lalu pecut laju untuk ke kedai aiskrim.

***
" Comellah, siapa kata tak comel?" tanya Aiman sambil mencubit perlahan pipi Airin.

" Saya, saya yang kata awak tak comel. Awak mana ada comel. Saya lagi comel okay." jawabku sambil menepuk dadaku perlahan. Bangga!

" Ee, yelah, Dia yang paling comel. Dan kita yang paling hodoh. Saya tak comel dan tak hensem pun. Saya sedar siapa diri saya ni." rajuk Aiman. Berjauh hati dengan isterinya.

" Alahai, ngajuk ye. Mana ada, siapa kata awak tak comel dan siapa kata awak tak hensem. Awak hemsem dan comellah. Cuma muka tadi je, hodoh sedikit." Airin mencuit pipi Aiman. Aiman menepis. Aku sengaja perlahan kan perkataan 'hodoh' supaya Aiman tidak terasa.

" Ngajuk betul betullah ni. Okay, sayang pun nak ngajuk jugaklah." Aku mula mengelarkan diriku semula perkataan 'sayang'.

Sayang,

' Dia dah mula bahasakan diri dia sayang. Maksudnya dia dah tak marahlan aku. Yes, senang je nak pujuk pujaan hati aku ni.'

Aku merajuk. Aku bangun perlahan lahan. Aiman menghalang. Dia menarik tanganku supaya duduk kembali tetapi aku berkeras tidak mahu.

" Duduklah, abang nak cakap something ni." oh, mentang mentanglah aku dah bahasakan diri aku 'sayang' dia mula lah nak bermiang. Tadi ngajuk sangat. Pergilah ngajuk tu, masuk kubur pun tak pe. Tapi, kalau masuk kubur, maknanya Aiman dah tak ada di sisi aku kan. Eh, tak boleh. Aku tarik balik kata aku.

" Arghh, sakit." aku duduk kembali kerana kakiku melecet.

" Ha, tulah. Tak dengar cakap suami." ejek Aiman.

Aku menjeling Aiman.

" Tak yah ngajuk lah. Kalau sayang merajuk, siapa nak teman abang." tanyanya dengan manja.

" Hantu kan ada. Pergilah. Tak kesah pun." aku menjelirkan lidah lalu berpaling supaya tidak menghadap muka Aiman. Protes!

Aiman bingkas bangun. Dia perbetulkan tualanya yang hampir terjatuh. Mana tidaknya, dia kejar Airin pun tidak sempat pakai baju apatah lagi seluar. Nak buat macam mana?

" Ee, awak ni tak senonoh lah. Tak pakai seluar lagi." suara ku ditinggikan. Mukaku sudah merah menahan malu.

" Tak apa kan. Kita suami isteri." jawabnya.

Aiman mencempung badanku lalu dibawa ke bilik.

" Apa ni, turunkan lah saya." aku cuba untuk turun dari cempungannya tetapi tidak berjaya.

Akhirnya, aku mengalah setelah beberapa percubaan gagal. Aiman menutup pintu bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience