" Kau," aku terkejut apabila melihat wajah penculik itu. ' Tak akanlah dia.' air mataku menitis laju.
" Yes, terkejut ke Aireena Aleeya?" tanya Taufiq.
" Kenapa?" soalku dengan penuh kemarahan yang meluap.
" Sebab, aku nak kau." jawab Taufiq.
" Tapi aku tak nak kau. Aku dah kahwin." jawabku.
" Aku tahu. Tu, aku culik kau." terang Taufiq sinis.
" Lepaskan aku. Aku tak nak duduk sini."
" Kalau aku kata tak nak?" uji Taufiq.
Aku bingkas bagun. Aku terus melangkah untuk ke pintu keluar. Belum sempat aku hendak melangkah keluar dari bilik itu, Taufiq menarik tanganku.
" Apa ni, lepaslah. Sakitlah." suaraku ditinggikan.
" Tak nak." Taufiq mengemaskan lagi pegangannya.
" Ee, lepaslah." jeritku. Aku merentap tanganku kasar tetapi tidak berjaya.
" Kalau aku lepaskan tangan kau, kau nak bagi aku apa?"
" Kau nak apa?"
" Aku nak kau." jawab Taufiq. Aku mendengus.
" Tak boleh. Aku dah kahwin. Lain?" jawabku.
" Aku nak kau makan. Nanti kau sakit, aku yang susah. So, makan cepat." arah Taufiq.
" Tak laparlah." aku melawan percakapan Taufiq.
" Makan. Sebelum aku buat apa apa dekat kau." ugut Taufiq keras. Aku mengeluh malas.
' Menyusahkan betullah dia ni. Aku nak balik. Mama, Airin rindu mama.'
Aku menyuapkan nasi perlahan lahan ke dalam mulutku. " Dah." aku menolak bungkusan itu.
" Okay, bye aku keluar dulu." Taufiq terus bangun.
" Eh, sekejap." aku menghalang.
" Nak apa?" tanya Taufiq lembut.
' Eh, pahal cakap lembut lembut ni. Aku ni, kena culik ke tidak ni. Macam tak je. Yelah, cakap lembut lembut. Bukan selalunya penculik tu kerja dia nak marah ke? Pelik betul. Tapi, kalau dia cakap elok elok pun, ada aku heran. Menyampah betul.'
" Macam mana kau dapat gambar gambar aku ni. Mana kau dapat?" tanyaku.
" Rahsia." Taufiq berlalu pergi meninggalkan aku yang tercengang.
" Bongok betullah dia ni. Eh, tapi cantik jugak gambar yang ni. Sweetnya." aku mengusap usap gambar aku dan Aiman pada hari perkahwinan kami.
" Kenapa awak buat saya macam ni? Awak kata awak cintakan saya. Tapi, kenapa awak sanggup jumpa perempuan tu. Awak penipu. Saya benci awak." air mataku menitis.
***
" Pahal kau datang sini?" tanya Aiman kasar. " Diasebabkan kau lah isteri aku kena culik. Kau berambus." jerkah Aiman.
Terhinjut bahu Zura akibat terkejut. " I nak minta maaf." jawab Zura perlahan.
" Senang je kau nak minta maaf kan. Kau ingat, kau minta maaf ni boleh kembalikan isteri aku ha?" tengking Aiman.
" I' m so sorry. I tak berniat pun." air mata Zura menitis.
" Kalau aku tak fikir kau ni perempuan, dah lama muka kau ni makan penyepak aku."
Zura terdiam. " Aiman, dah lah tu. Zura tak ada niat tu." ibu meleraikan perbalahan antara Aiman dan Zura. Tapi, sedikit pun tidak menyenangkan hati Aiman. Malah, kemarahan Aiman semakin memuncak apabila muka Zura terlihat di matanya.
" Aku nak kau berambus sekarang. I don't want to see your face anymore. Berambus." jerkah Aiman.
Semua terkejut akan jerkahan Aiman. Aiman kalau marah, memang macam tu.
***
" Aiman, adik kamu akan balik pada hari esok. Ibu nak kamu jemput adik kamu." ibu straigh to the point terus.
Aiman menoleh pada wajah ibunya. Aiman menganggukkan kepalanya.
" Kenapa ni? Ibu tengok anak ibu ni kurus je. Dah tak berisi dah."
" Aiman rindukan Airin. Kalau tak disebabkan perempuan tu, Airin tak akan kena culik." teringat akan muka perempuan tu ( Zura) kemarahan Aiman meluap. Benci betul tengok muka perempuan tu.
" Baru 2 bulan kahwin sudah jadi macam ni." adu Aiman.
" Aiman, kalau Allah nak jadikan itu, maka akan jadi. Aiman kena terima qada' dan qadar. Aiman berdoalah pada Allah supaya Airin selamat. Allah mesti selamatkan Airin." nasihat ibu. Air mata Aiman menitis. Dia begitu rindu akan wajah isterinya.
***
KEESOKAN HARINYA,
" Ah, rindunya. Malaysia, I'm back." kata Airiz. Aiman sekadar memandang wajah adiknya.
" Kenapa ni, along? Angah tengok muka along ni masam je." Ariz mencungkil rahsia.
Aiman mengeluh. " Isteri along, dia kena culik."
"WHAT?" jerkah Ariz. Terkejut Aiman dibuatnya.
Aiman terus menyiku tangan adiknya. Bingit telinganya. " Tak perlu nak jerit jerit." kata Aiman lemah.
Ariz tersengih. " Macam mana isteri along kena culik?" tanya Ariz.
" Hmm, dekat rumah along cerita. Ariz, tolong drive ye. Along penat." Aiman terus mengambil tempat sebelah pemandu. Ariz tercengang.
' Sepatutnya dia yang kena bawak kita. Bukan kita yang kena bawak dia. Nasib kau lah Ariz dapat abang yang pemalas ni.'
Ariz menghidupkan enjin kereta lalu memecut laju untuk pulang ke rumah. Rindu betul pada Ibu dan Ayahnya. Maklumlah sudah 2 tahun tidak pulang ke tanah air dan pangkuan keluarga, siapa yang tak rindukan.
***
" Assalamualaikum, ibu, ayah. Ariz balik ni." laung Ariz. Ariz melangkah masuk ke dalam rumah keluarga nya.
" Hoi, angkat beg kau ni. Tak akanlah along pulak nak kena angkat." jerkah Aiman. Ariz tersengih. Dia terus mengangkat bagasi nya masuk ke dalam.
" Ya Allah, anak ibu." ibu terus pergi pada Ariz lalu memeluk erat.
" Ayah." Ariz melonggarkan pelukannya pada ibu dan terus memeluk ayahnya. " Ayah, rindulah."
" Ayah pun rindu kamu jugak." ayah membalas pelukan Ariz.
" Kita makan ye. Ibu ada masak lauk favourite angah ni." ajak ibu riang.
" Baik ibu." mareka sekeluarga menuju ke dapur.
Lauk sudah siap dihidang. Tinggal untuk menjamu selera sahaja.
***
" Along, kata nak cerita. Cerita lah, macam mana kak Airin boleh kena culik." gesa Ariz.
" Ish, bertuah punya budak." Aiman menjeling Ariz.
Aiman menceritakan kejadian yang berlaku sebelum Airin diculik tanpa tertinggal satu patah perkataan pun. Tiba tiba Ariz menyampuk.
" Taufiq?" tanya Ariz terkejut.
" Kenapa dengan Taufiq?" tanya Aiman pelik.
Share this novel