10. RAHSIA BOCOR

Drama Series 24790

" Aku nak balik lah." aku berkira kira kira nak bangun.
" Eh dah nak balik dah." tanya Amier.

" Yrlah, dah korang ashik usik aku je. Aku nak baliklah kalau macam ni."

" Alah, janganlah merajuk." pujuk Aina.

" Aku nak balik jugak." aku garu keningku.

" Eh, kejap Airin."

" Apa benda kau nak?" kataku dengan kasar.

" Esok kan kau dah nak kahwin. Kau tak pakai inai lagi ke?" tanya Sahirah.

Aku menelan air liur. Aduh macam mana ni. " Err... aku tak nak lah. Kau tahu kan aku tak suka pakai inai bagai." kataku dengan tergagap gagap.

" Eh, tak. Sejak bila pulak kau tak suka pakai inai. Masa Aqeel kau pakai je." sekali lagi aku menelan air liur.

" Kau mengelak eh? Ha, aku bagi tahu mama kau." ugut Iqa.

" Alah kau ni, janganlah. Aku tak nak pakai inai lah." Tiba tiba telefonku berbunyi. Aku melihat skrin tertera nama MAMA, aku terus menjawab.

" Hello, Assalamualaikum ma."
" Waalaikumussalam. Mama nak kamu balik sekarang." Belum sempat aku berkata mama terlebih dahulu menamatkan panggilan.

" We, korang aku nak balik lah. Mama aku suruh balik lah."
" Hmm, yelah."

***
' kenapa mama suruh balik eh?'
Aku terus mematikan enjin kereta setelah sampai ke rumah.

Aku terus masuk ke rumah ku. Aku melihat tiada orang. Aku terus naik ke bilikku. Aku terkejut kerana adik adik ku berada di katilku.

" Kakak, rindulah kakak." Aira dan Aireesha terus memelukku. Aku membalas pelukan mereka.

Aku meleraikan pelukan setelah lama kami berpelukan. " Kenapa balik tak beritahu, boleh kakak jemput." aku bertanya. Mereka tersengih.

" Alah, sorry lah kak. Nak buat surprise. Comellah anak akak." kata Aireesha.

" Haah, comel. Ikut Aira lah kan." Aireesha mencebikkan bibir. Aku tergeleng gelengkan kepala.

" Eh, tak lah ikut aku lah. Perasan betul kau ni." ejek Aireesha.

" Aira, Reesha jangan nak gaduh pulak. Dah 26 tahun dah. Jangan buat perangai macam budak kecik eh." mereka tersengih.

" Sorry kak." kata mereka serentak.

" Akak ni dari mana ni?" tanya Aira.
" Oo, akak pergi jumpa kawan kejap."
" Eh apa akak ni. Esok kan akak kahwin. Tak elok akak keluar tau." bebel Aireesha.

" Ehmm, yelah. Mama mana?" aku mula bertanya kerana sejak aku masuk ke rumah tadi, aku tidak nampak kelibat mama ku.

" Oo mama pergi dewan...." belum sempat Aireesha habis kan kata kata Aira menyiku lengan Aireesha. " Kan, mama kata jangan beritahu." bisik Aira. " Oo, sorry lupa pulak." meraka membalas bisikan.

Aku pelik. " Mama pergi mana?" tanyaku sekali lagi. Mereka angkat bahu. " Eh tadi kata mama pergi dewan lepastu kata tak tahu pulak. Yang mana satu ni." marahku.

" Kak, kita orang nak masuk bilik dululah. Banyak barang nak kemas ni." mereka mengalih topik.

Belum sempat aku menghalang, mereka sudah tiada di hadapan aku. " Ish, tak ubah ubah perangai. Still kebudakan."

***
Selesai sahaja makan malam, kami sekeluarga duduk di ruang tamu.

" Mama, kakak tak pakai inai ke. Aira tengok jari kakak tak ada inai pun." ha sudah, aku tak naklah pakai inai. Pasti, mama suruh aku pakai inai ni.

" Ha, yeke. Airin, kamu tak nak pakai inai ke?" tanya mamaku.
" Err.. tak naklah pakai. Leceh lah ma."

Mamaku terdiam. Aira dan Reesah merancang sesuatu tanpa pengetahuanku.

" Mama, Airin masuk tidur dulu eh? Dah ngantuklah." kataku. Aku terus bersalaman dengan papa dan mamaku sebelum masuk tidur.

***
Apabila aku sudah lena, Aira dan Reesa menjalankan misinya. Mereka menginaikan aku semasa aku tidur. " Aira, Reesha apa kamu buat dalam bilik kakak kamu ni?" mamaku terus masuk ke bilikku.

" Err.. kita orang nak pakaikan kakak inai. Kan selalunya orang kahwin pakai inai." kata Aira takut takut. Mamaku tersenyum.

" Ish ada saja kamu berdua nak kenakan kakak kamu tu." bebel mama. Aira dan Reesha tersengih.

***
KRING...KRING...KRING, jom handfone ku berbunyi. Aku terus tersedar. Aku menggosok gosok mataku. Apabila aku ingin mengereng sebelah, aku terkejut.

" ARGHHH," aku menjerit terkejut. Reesha yang terdengar orang menjerit terus bangun.

" Kenapa ni kak?" tanya Reesha dengan suara serak basah.

" Lah, kamu rupanya. Kenapa tak tidur dalam bilik kamu tu?" Reesha tersengih. " Aira mana?" tanyaku.

" Oo, Aira tidur dalam bilik lah." kata Reesha. Reesha segera bangun dan terus berlari ke biliknya. Aku berasa hairan. Kenapa dia tu. Lari macam ternampak hantu pulak. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Tiba tiba aku ternampak jari ku kemerahan.

" REESHA... AIRA...!!" aku menjerit kemarahan. ' patutlah lari. Takut aku marah lah tu. Nanti korang ye.'

Aku terus pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu' untuk menunaikan kewajipan.

***
Aku menuruni tangga untuk ke dapur. Aku ternampak kelibat Reesha dan Aira. Aku terus menuju ke arah mereka. Reesha yang ternampak aku pergi ke arah mereka segera memberitahu Aira.

" Kenapa lari?" tanyaku kepada Reesha dan Aira.
" Kenapa kakak lejar kita orang. Tulah kita orang lari." jawab Aira.

" Kenapa kakak kejar korang, sebab...." aku mengacah acah mereka.

" Lah, kak. Sorry lah." kata Reesha.
" Boleh, mari sini dulu." mereka terus pergi ke arahku. Aku terus piat telinga mereka.

" ADUHH," jerit mereka serentak.
" Sakitlah kak, lepaslah." aku terus melepaskan.

" Ha, tulah jangan nak memandai mandai. Kan kakak tak nak pakai. Kenapa pakaikan jugak inai ni." marahku.

" Sorry lah kak." kata mereka serentak.
" Hmm, yelah. Nasib baik korang adik akak tau. Akak sayangkan korang. Kalau tidak memang terputus telinga korang tau." aku terus memeluk mereka.

***
" Lah, kenapa ni?" mama menegur kami yang sedang berpelukan.

" Ni, kakak piat telinga kita orang. Sakit ma," mama tergelak.

" Sedap, hahaha. Alah kesian anak mama ni kan." mama memeluk Reesha dan Aira.

" Hahaha padan muka." ejek ku. Mereka tergelak.

***
" Mama, Airin nak pergi kubur. Nak ziarah arwah. Boleh tak?" mama mengangguk kepala. " Pergilah."

" Kak, nak ikut boleh tak?" tanya Reesha.
" Haah, kak. Aira pun nak ikut."
" Yelah, jom. Pergi siap cepat." aku dan adik adik ku terus pergi ke bilik masing masing untuk menukar pakaian.

***
" Abang, hari ni Airin nak kahwin. Airin nak abang tahu walaupun Airin dah kahwin nanti, cinta Airin dekat abang tetap utuh. Abang cinta pertama Airin. Tak mungkin Airin akan lupakan abang. Izinkan Airin ya. Airin kahwin kerana Airil. Airil tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah. Abang, Airin rindukan abang. Tunggu Airin ya." luahku. Air mata sudah membasahi pipiku.

Reesha dan Aira juga menitiskan air mata. Mereka juga marasai kesedihan kakaknya.

Aku mencabut rumput rumput yang ada pada atas kubur arwah. Reesha dan Aira juga mencabut rumput rumput itu.

" Kakak, jom balik eh? Dah lama dah kita ada dekat sini." pujuk Aira.

Aku kalau pergi ke kubur arwah memang lama. Kadang kadang 1jam, 30 minit. Ada juga 2 jam.

Aku mengangguk kepala. " Abang, Airin balik dulu ye. Nanti Airin ziarah lagi ya. Assalamualaikum."

Aku mengelap air mata ku. " Kak, akak okey. Akak jangan macam ni ya. Reesha risaulah."

" Haah, kak. Please jangan macam ni eh. Kami sayangkan akak." Aira terus memeluk aku. Dia menangis di dakapanku. Reesha juga menangis.

" Dah.. dah. Jom." aku terus meleraikan pelukan dan terus memandu kereta untuk pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience