***
7 BULAN BERLALU,
" Dah 7 bulan aku goda Aiman tapi tetap tak jalan jugak. Ish, semua ni kau punya pasal perempuan. Baik kau mati jelah. Senang kerja aku untuk aku dapat Aiman aku semula. Semak betul." jerit Amira.
" Tak apa, suatu hari nanti kau akan jadi milik aku jugak Aiman. Aku akan pastikan kau milik aku seorang. Kalau aku tak dapat kau, kau jangan mimpi nak hidup bahagia dengan betina tu. Kau boleh hidup bahagia dengan aku je. Aku seorang. Aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan kau, Aiman. Itu janji aku." amarah Amira pada Airin sudah memuncak.
***
Hubungan antara Reesha dan Farhan semakin akrab. Tidak lama lagi, mereka bakal disatukan. Manakala Aira pula, sudah bertunang dengan Fahim kembar Farhan. Fahim dan Farhan adalah anak kepada Kak Hajar iaitu pembantu rumah keluarga Airin dan Aiman.
Reesha dan Aira tidak tahu Fahim dan Farham itu anak kepada kak Hajar. Mereka satu kenalan pejabat.
Tidak sangka pulak. Kata orang, kalau ada jodoh tidak kemana. Kecil sahaja dunia ni.
Ariz dan Tina pula bakal diijabkabulkan. Mana tidaknya, mereka bercinta senyap senyap mana nak tahu. Aiman pun tidak tahu akan Ariz bercinta dengan Tina.
Taufiq dan Azura sudah diijabkabulkan. Majlis mereka begitu meriah. Sekarang ni, mestilah mereka pergi honeymoon. Cuti panjang kut. Mestilah kena manfaat cuti itu.
***
" Abang, barang dapur dah nak habis lah. Kita pergi pasar eh?" ajak ku.
Perut ku sudah membesar. Tinggal lagi 2 bulan sahaja baby akan keluar melihat dunia. Aiman sudah tidak sabar hendak menjemput ahli baru yang bakal hadir dalam keluarga kami. Antara aku dan dia, dia lah yang paling excited. Entah apa apa.
" Okay, tapi sayang larat ke. Perut tu dah membesar. Abang tak naklah susahkan sayang." ujar Aiman lalu mengusap perutku.
" Tak susah pun. Abang mana pandai pilih barang dapur. Orang suruh beli mee dia pergi beli bihun. Tak tahu nak beza ke antara mee dan bihun." perli ku lalu menjeling manja pada Aiman.
" Perli nampak. Alah, mana lah abang tahu." Aiman menarik muka masam.
" Hm, jomlah abang. Nak masak apa tengah hari nanti."
" Okay, pergi siap." arah Aiman.
***
Selesai sahaja menukar pakaian, aku turun ke bawah dengan berhati hati. " Abang, sayang dah siap. Jom!" laungku.
" Okay, kejap." Aiman turun ke bawah dengan tshirt polo berwarna maroon sama warna baju jubah yang aku pakai.
" Eh, kita sedondon lah abang." usik ku.
" Hm, jomlah kita pergi sekarang. Nanti ramai pulak." Aiman memimpin ku keluar dari rumah. Dia membuka pintu untuk aku masuk ke perut kereta.
***
Setelah membuat bayaran, kami hendak pulang ke rumah. " Sayang, tunggu abang dekat dalam kereta eh. Abang nak pergi toilet sekejap." Aiman menyerahkan kunci kereta padaku. Aku menyambut tanpa banyak soal.
" Hari ni, kau akan mati. Kau akan mati perempuan. Selamat tinggal." Amira menurunkan brek dan mula pecut laju ke arah Airin.
" Airin,"
BUM
Share this novel