2. HARI GEMBIRA

Drama Series 24790

Lagi berapa minit saja lagi Sahirah dan Farid akan disatukan. Mereka bernikah di masjid yang berdekatan di rumah mereka.

" Aku terima nikahnya Nor Sahirah Dania binti Jatim dengan maskahwinnya lima ratus ringgit tunai." setelah 3 kali lafaz, barulah Sahirah dan Farid sah bergelar isteri. Air mata Sahirah menistis. Aku gembira kerana semua rakanku sudah berkahwin. Aku, aku tidak mahu. Aku masih sayangkan Aqeel. Tidak mungkin aku akan kahwin dengan orang yang aku tidak cintai.

Aku teringat semasa Farid melafazkan niat, tergagap gagap. Kami tergelak. Sungguh melucukan. Apabila Farid ingin menyarungkan cincin di jari Sahirah, tiba tiba aku mengerang kesakitan.

" Arghhh, sakit." Aiman yang terkejut aku mengerang kesakitan terus mendapatkan aku. Kerana dia diamanahkan oleh mamaku untuk menjagaku.

" Why? What' s wrong with you princess?" tanya Aiman.

" Sakit. Perut sakit." aku mengetap gigiku.

" Aiman aku rasa Airin nak bersalin lah. Cepat bawak Airin pergi hospital." kata Iqa dengan cemas. Aiman terus mendukungku dan bawa aku masuk ke keretanya.

Aiman memecut keretanya pergi ke hospital. Rakan ku follow kereta Aiman dari belakang.

Setelah sampai di hospital, Aiman memanggil nurse. " Nurse, ada orang nak bersalin." Nurse itu terus membawaku untuk ke bilik bersalin.

***
Alhamdulillah, aku mendapat seorang bayi lelaki. Aku metakkan namanya Airil Adzfar bin Aqeel Arshad. Aku memberi nama itu kerana Aqeel yang merancang apabila kami mendapat anak lelaki. Aku bersyukur sangat.

Aiman mengazankan bayiku. Kulitnya mengikut aku. Hidungnya mengikut Aqeel. Hidungnya mancung sama seperti Aqeel. Mukanya pula mengikut Aiman. Aku tidak tahu kenapa bayiku mengikut muka Aiman. Comel. Kerana Aiman handsome, kulit kuning langsat, matanya bulat, hidung separa mancung. Cukup package. Tetapi still bujang.

***
Aku terjaga, di sebelah ku mama ku dan papaku. Di sebelah kiri pula rakan ku Iqa, Sahirah dan Nadia. Di hadapan aku pula Farid, Amier dan Irfan. Aku bersyukur sangat kerana masih mempunyai orang yang aku sayang.

" Mama, Airil mana?" tanyaku sebaik saja aku lihat Airil tiada.

" Ooh, Airil dekat luar dengan Aiman." aku menganggukkan kepala.

Air mata ku menitis. Mama ku terkejut apabila melihat mataku sudah merah. " Kenapa ni, sayang." tanya mamaku. Tangisku semakin menjadi jadi.

" Airin tak mampu melihat Airil membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Airin takut mase besar nanti Airil tanya mana papanya, apa yang mahu Airin kata mama?" mamaku memelukku untuk menenangkan ku.

" Airin kahwin lah eh. Airil mesti akan dapat kasih sayang seorang bapa." aku terkejut. Bagaimana hidup aku nanti bila hidup dengan orang yang kita tak cintai. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ni, Ya Allah bantulah hamba mu ini Ya Allah.

Aku menggelengkan kepala. " Ma, macam mana Airin nak kahwin dengan orang yang Airin tak sayang atau cinta? Airin sayangkan Aqeel sorang je ma." kataku sambil bangun dari pelukan mamaku.

Mamaku menggeleng. "Habistu Airin sanggup melihat Airil hidup tanpa kasih sayang seorang bapa?" tanya mamaku. Aku terdiam.

" Bagi Airin masa ma, boleh kan?" mamaku mengganguk dan tersenyum.

***
4 TAHUN KEMUDIAN,

Sekarang ini aku tengah tunggu mamaku menjemputku. " Airil, jangan lari lari." kataku. Airil sudah berumur 4 tahun. Selepas habis pantang, aku meminta izin pada mama dan papaku untuk ke Australia untuk tenangkan diri. 4 tahun itu jugak aku tidak balik ke tanah air ku. Apabila mama papaku menyuruh ku pulang, ada sahaja alasan ku beri. Aku tidak bersedia untuk pulang ke tanah air ku. Aku perlukan kekuatan.

" Auch, mama... sakit." adu Airil. Aku terus pergi ke arah Airil apabila aku terdengar jeritan Airil.

" Ya Allah, Airil macam mana boleh jadi macam ni? Ha, tulah mama dah pesan jangan lari lari. Budak ni degil kan." aku mendukungnya. Airil sekadar tersengih. Eh budak ni, tadi kata sakit lepastu boleh pulak tersengih.

" Macam mana boleh jadi macam ni?" tanyaku pada Airil sekali lagi. Airil tidak memandangku, dia memandang ke arah tempat lain. Aku terus memandang apa yang Airil pandang dan aku terkejut.

Aku terus pergi ke arah Aiman, dia juga pergi ke arahku. " Hai assalamualaikum. Ingat dah tak nak balik dekat sini dah. Rupanya ingat lagi." aku tersengih.

" Waalaikumussalam. Aku perlukan ketenangan. Sorry." aku membuat mimik muka comel. Aiman tersengih. Aiman terus memandang Airil lalu tersenyum.

" Hai, what is your name?" tanya Aiman walaupun dia sudah tahu nama anakku.

" Hai, my name is Airil Adzfar bin Aqeel Arshad. Nama uncle siapa pula?" tanya Airil pula.

" Wow, pandainya. Nama uncle Aiman Amsyar. Uncle kawan mama Airil.

" Oo yeke. Uncle boleh tak Airil panggil uncle papa?" tanya Airil. Aku terkaku dan terkejut. Aiman memandangku meminta penjelasan.

" Dia dah tahu ke?" bisik Aiman. Aku mengangguk.

" Aku cuma bagi tahu Airil yang papanya pergi jauh." Aiman sekadar mengangguk.

" Uncle boleh tak?" tanya Airil sekali lagi. Aiman menganggukkan kepalanya.

" Boleh sayang, Airil boleh panggil uncle papa." Airil terus memeluk Aiman. Air mata ku sudah mula bergenang. Aiman yang melihat air mataku sudah bergenang terus menukar topik perbualan.

" Ok jom kita balik." Airil menjerit kegembiraan. Aku terharu. " Abang kalau abang ada sekarang ni mesti abang happy. Airil bijak macam abang." kataku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience