41. SURAT

Drama Series 24914

Bahagia....
Itulah yang aku rasakan. Kini, aku sudah mula berbaik dengan Aiman. Kami tidak boleh berenggang melainkan di tempat kerja. Itupun, Aiman yang selalu menghantarkan aku di tempat kerja.

Katanya, dia risau kalau aku pandu seorang. Aku bukan budak kecik lagi nak kena pantau. Tetapi best juga. Aku baru tahu Aiman seorang yang romantik. Manis dia sama seperti gula.

Sekarang ini, aku tidaklah sibuk dengan kerja kerana Reesha dan Aira sudah bekerja di tempat papa untuk menolong ku di pejabat.

Kalau Aiman tidak dapat menjemputku, adik adik aku lah tolong menghantar aku ke rumah. Kerana Aiman bekerja tidak tentu masa. Kadang kadang, aku tinggal di rumah bersama Airil di rumah. Aiman selalu pulang lambat atas kesibukan bekerja.

" Sayang!" laung Aiman dari bilik air.
" Ya, abang nak apa?" laung ku.

" Tolong ambik kan baju abang dalam almari pakaian." arah Aiman.

Aku menurut. Aku membelek belek baju yang sudah siap dilipat kemas di alamari pakaian Aiman.

" Eh, surat apa ni?" aku mencapai surat itu. " Kenapa surat ni macam dah lama. Lusuh semacam je. Mesti Aiman sudah lama simpan."

Hati aku mula tidak sedap apabila melihat dan memegang surat itu. Tetapi aku mahu tahu apa isi kandungannya.

Aku membuka surat itu dengan tangan terketar ketar. Aku mula membaca bait bait tulisan orang yang menulis surat itu.

Buat Isteri Abang Yang Tersayang,
Assalamualaikum, Airin sayang. Apabila sayang baca surat ini abang sudah tiada dan pergi menghadap ilahi. Abang ingin memberitahu yang abang menghidap barah otak. Abang sudah tiada peluang untuk hidup di muka bumi ni. Maafkan abang kerana merahsiakan perkara yang besar ini. Abang tidak terniat langsung untuk merahsiakan perkara ini pada sayang, tapi sayang perlu faham abang buat untuk sayang dan anak kita dalam perut. Abang sudah lama tahu yang sayang mengandung. Abang sudah agak sejak sayang mula makan banyak. Abang tahu sayang bukan jenis makan banyak. Abang sudah mula agak.

Sayang, amanat terakhir abang, abang minta sayang untuk kahwin dengan Aiman. Aiman sudah lama sukakan sayang sejak dari sekolah lagi. Abang yang merampas sayang dari dia. Abang minta dia untuk kahwin dengan sayang apabila abang tahu yang abang menghidap penyakit ini. Abang minta maaf sayang. Aiman memang cintakan sayang, sayang percayalah kalau sayang kahwin dengan Aiman, hidup sayang akan bahagia dari sayang hidup dengan abang. Sayang, abang minta sangat sayang cintailah Aiman seperti mana sayang cintakan abang. Cintailah dia sepenuh hati sayang. Akhir kata, abang sayang sayang. Sayang sepenuh hati abang.
Assalamualaikum,

......... salam sayang,

abang.

Air mata ku mengalir laju selepas habis membaca.

" Abang, sayang minta maaf. Sayang salah faham pada abang." raung ku dengan tangis. Aku memeluk surat itu.

Tanpa sedar Aiman sudah keluar dari bilik air. Dia terkejut apabila melihat aku menangis.

" Sayang, kenapa lama sangat ambil..." ayat Aiman tergantung apabila melihat aku sedang memeluk surat yang sudah lama dia simpan. Aiman mengeluh cemas.

Aiman memimpin aku lalu bawa ke katil. " sayang... kenapa ni?" tanya Aiman walaupun dia sudah tahu apa puncanya.

" You, you lied to me. How dare you!" tengking ku. Air mata laju mengalir. Aku memandang wajah Aiman dengan pandangan tajam.

" No, I don't lied to you. Abang cuma...." tanpa sempat Aiman menghabiskan ayatnya aku sudah memotong.

" Sampai hati awak, Aiman. Kenapa rahsiakan perkara ni dari saya." suara ku sudah mula kendur.

Aiman kehilangan kata. " I'm so sorry."

" Stop say sorry please, I don't want to heard." aku mula melangkah keluar dari bilik kami.

Aiman mengejarku dari belakang.

ARGHHH,

" Airin!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience