43. MENGANDUNG

Drama Series 24790

" Assalamualaikum, mama." laung Airil di luar pintu.

" Waalaikumussalam, eh Airil. Cik Aira dan Cik Reesha pun ada. Jemput masuk." pelawa mak cik Hajar.

" Eh, mak cik. Tak perlulah panggil kami 'cik.' Tak biasalah. Panggil nama je." ujar Aira dengan sopan.

Mak cik Hajar mengukir senyuman. " Untung siapa dapat Aira ni. Sopan santun je orangnya." puji Kak Ton.

Aira tersenyum malu. " Tak adalah. Saya biasa biasa je." Aira merendahkan diri. " Lagipun, siapalah yang nak dekat saya." Aira tersenyum.

" Ada je orang yang nak dekat Aira. Tapi Aira yang jual mahal. Anak mak cik bujang lagi. Kalau dia jumpa Aira mesti dia terpikat." terang Mak cik Hajar.

Mak cik Hajar, sudah dari dulu lagi berkenan dengan Aira. Tetapi, dia sedar diri dia siapa. Tidak mungkin Aira akan jadi menantunya.

" Yeke. Kalau ada jodoh adalah. Tapi saya tak janji lah mak cik. Kalau ada jodoh saya dengan anak mak cik, insya Allah saya akan jadi menantu mak cik." jujur Aira.

" Yelah, Aira dan Reesha nak minum apa? Mak cik buatkan." soal Makcik Hajar.

" Tak perlu susah lah mak cik. Kami dah minum di luar." jawab Reesha. Dia tidak mahu menyusahkan mak cik Hajar.

" Okaylah kalau macam tu. Mak cik sambung buat kerja mak cik dulu." Mak cik Hajar meminta diri.

" Baik Makcik." jawab Reesha dan Aira serentak.

***
2 JAM BERLALU,

Airin dan Aiman keluar dari bilik. Aira, Reesha hanya jadi pemerhati antara dua sejoli.

" Amboi, berborak pun tak akanlah tak perasan orang dekat sini kut. Buat apa lama sangat dalam bilik tu? 2 jam kita orang tunggu ni." usik Reesha.

Memerah muka Airin dan Aiman.

" Eh, bila sampai?" tanya Airin. Sengaja, ingin menukar topik. Kalau tidak, memang akan terbakar muka ni nak tahan malu.

" Hm, lebih kurang 2 jam berlalu." jawab Aira lalu menyalami tangan kakaknya diikuti Reesha.

" Oo, Airil mana? Akak tak nampak pun?" ujar Airin setelah puas mencari kelibat anaknya menghilang.

" Airil ada kat sini mama. Airil pergi mandi tadi." ujar Airil. Muncul Airil yang belum memakai baju lagi hanya dibalut tuala sahaja.

" Eh, Airil. Kenapa tak pakai baju lagi. Malulah
orang tengok." aku segera naik mendapatkan Airil lalu bawa masuk ke bilik.

" Tadi, Airil tengok papa macam ni. Papa macam Airillah. Tak pakai baju. Pakai tuala je. Ee, papa tak malu." ejek Airil.

Memerah muka Aiman menahan malu. Aku disitu, hanya mampu menahan tawa.

" Mana ada, mana Airil tahu?" jawab Aiman berani.

" Alah, mana lah nak tahu. Orang tu kan tengah buat drama sinetron. Sorang terjatuh dekat tangga lagi seorang nak jadi hero tapi tak..." belum sempat Reesha ingin menghabiskan kata katanya, tawa Reesha meletus. " Tapi tak pakai baju." sambung Reesha dengan sisa tawanya.

Aku melihat muka Aiman sudah memerah. ' Ui, ni malu betul ni. First time aku tengok dia malu sampai tahan gaban macam ni.'

" Ee, Airil tak malu." laung Reesha.
" Mana ada, Mak Lang niii.." laung Airil.
" Ye, Airil tak malu. Ee.." usik Reesha.
" Mamaaa..tengok mak lang ni." adu Airil manja.

***
" Sayang, hari ni berapa hari bulan?" tanya Aiman sambil mengunyah cekodok pisang.

" Hm, 25/4." jawabku lalu mengambil cekodok pisang yang baru dimasak.

" Ooo, hmm." jawab Aiman. ' Airin belum datang bulan. So, maknanya.. dia mengandung ke. Tapi kalau dia mengandung, kenapa macam tak tahu je dia preagnent.' Aiman bermonolq dalam hati.

"Sayang, kenapa abang tengok sayang ni letih je? Banyak sangat ke kerja dekat office tu sampaikan letih macam ni. Muka pucat ni. soal Aiman.

" Tak tahulah. Sejak kebelakangan ni, Airin selalu letih, lepastu tak sedap badan." adu Airin.

" Esok kerja kan?" soal Aiman.
Aku sekadar menganggukkan kepala lalu melentokkan kepalaku di dadanya. Aiman mengusap kepalaku lalu mencium dahiku.

" Esok, sebelum pergi kerja ikut abang pergi ke klinik." ujar Aiman.

" Buat apa? Tak naklah. Airin tak sukalah pergi klinik. Bau dia busuk nak muntahlah. Tak nak." aku menggelengkan kepala berapa kali.

" No, tak boleh. Airin kena ikut jugak. No exuce." ujar Aiman keras.

Aku mengeluh

***
KEESOKAN HARINYA,

" Nah, ambil bekas ni. Abang nak sayang buat ujian air kencing ni dulu." ujar Aiman lalu memberi bekas kosong.

" Buat apa pulak. Tak payahlah." ujar ku tanpa mengambil bekas yang Aiman hulurkan.

" No, sayang kena buat jugak atau abang akan.." belum sempat Aiman menghabiskan katanya aku memotong.

" Yelah. Airin buat. Puas hati." Aiman mengukir senyuman nakal.

***
" Nah." Aku menghulurkan bekas itu pada Aiman.

" Thank sayang. Sayang duduk dulu."
Aku duduk di sebelahnya.

***
15 MINIT BERLALU,

Aiman mengambil digital UPT. Aiman mengukirkan senyuman. Ternyata betulah sangkaannya yang isterinya mengandung.

" Abang, keputusan dia apa?" soalku.
Aiman menghampiri ku lalu memelukku erat.
" Thank, sebab berikan abang zuriat. Abang bersyukur sangat." Aiman mengusap keplaku yang dibaluti tudung.

" Ha, Airin mengandung." Aku merampas digital UPT itu dari Aiman. Aku mengukir senyuman.

" Alhamdulillah," ucapku lalu memeluk Aiman.

" Thanks, sangat sangat. Sayang nak makan apa? Abang belikan." soal Aiman. Bergenang air matanya akibat terlalu gembira sangat.

" Hmm, betul ni. Serious kalau Airin mintak abang akan bagi." uji ku. Takut Aiman akan tukar fikiran pula apabila aku pinta apa yang aku hidam.

" Serious. Abang janji abang akan belikan." Aiman menunjukkan jari kelingkingnya.

" Okay, jangan menyesal."
" No, cakap jelah." gesa Aiman. Sungguh dia tidak sabar sabar.

Aku membisikkan di telinga Aiman apa yang aku mengidam sekarang.

Aiman membuntangkan matanya. " No, tak boleh. Mana boleh, tak elok untuk ibu mengandunglah sayang." marah Aiman.

" Alah, abang akan dah janji. Abang ni kan." aku menarik muka masam. Tanganku disilang ke dada. Merajuk.

" No, I said No means No." Sengaja Aiman tekan pada perkataan 'no' itu.

Aku memuncung. Dah agak dah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience