Aiman tergamam apabila Airin mencium bibirnya.
Airin yang melihat Aiman terkaku itu, terus melepaskan pautan bibirnya di bibir Aiman. Mukanya sudah merah menahan malu.
" Er, sorry." balas Airin perlahan. " Saya tak sengaja, sorry kalau awak tak suka." balas Airin sekali lagi apabila melihat Aiman yang dari tadi kaku.
" Awak," panggil Airin.
Tiada reaksi.
" Aiman," panggil Airin sekali lagi. Tapi kali ini kuat sedikit.
Airin sudah hilang sabar. " Abang," suara dibuat manja dan menggoda.
Aiman tersedar. " Er, ye." jawab Aiman tergagap.
Airin ketawa lucu. 'Gelabah lah suami aku ni.'
" Sorry, saya tak sengaja. Kalau awak tak suka saya tak akan buat lagi." janji Airin.
Aiman masih lagi mencempungnya. 'Tidak beratkah aku ni. Aku dah berbadan dua, tak akanlah tak berat kut.' soal ku dalam hati.
" Tak pa, abang lagi suka. Bukan selalu dapatkan." sakat Aiman. Muka Airin sudah kemerahan malu. Malu, akibat perbuatan sendirinya.
" Turun kan Airin. Tak berat ke, cempung Airin lama lama?" Airin mengubah topik sengaja tak nak bagi Aiman mengusiknya. So, kenalah tukar topik.
" Tak, tak berat langsung. Abang lagi suka dukung Airin." jawab Aiman sambil menghadiahkan ciuman hangat di pipi gebu Airin.
Airin hanya tersenyum. Dia membiarkan Aiman menciumnya.
***
" Ish, macam mana nak call Aiman ni. Nombor telefon dia tak ada." dari tadi Amira berjalan di sekitar biliknya.
" Hei, Mira. Kau ni dah kenapa?" soal housemate Amira iaitu Husna.
" Ish, aku tengah fikir macam mana aku nak dapat nombor telefon dia." jawab Amira. Dia melepaskan keluhan.
" Siapa 'dia' tu. Ke, kau nak cari mangsa baru. Kau ni jangan buat hal boleh tak? Dah berapa kali aku nak nasihatkan kau ni, Mira." soal Husna. Dia sudah berapa kali nasihatkan Amira supaya jangan permainkan lelaki. Nanti dia juga yang menyesal.
" Ee, kau ni. Aku serabutlah. Jangan nak menyemak boleh tak? Kalau kau nak nasihat kan aku, baik kau lupakan je. Aku tak akan berhenti selagi aku tak dapat apa yang aku nak!" suara Amira meninggi. Terhinjut bahu Husna. Selama ini, Husna yang banyak tolong Amira. Tapi, ini balasan Amira padanya. Dasar kawan tak sedar diuntung!
Amira berlalu keluar. Dia mencapai kunci keretanya.
Husna melepaskan keluhan. Dia berharap agar Amira kembali ke jalan sebenar.
***
" Hello, Assalamualaikum Airin." Taufiq terlebih dahulu memberi salam.
" Waalaikumussalam, Taufiq. Ada apa call saya ni? Rindu ke?"
Aku terdengar Taufiq tergelak. " Haih, boleh ke rindu orang tu?" soal Taufiq selepas ketawanya reda.
" Eh, boleh je. Lagipun kita dah lama tak jumpa kan. Rindu pulak." ujar ku.
" Bolehlah. Tapi tak boleh lah banyak sangat rindu nanti suami marah pulak." usik Aiman.
" Ish, mana ada. Dia tahu kan kita hanya berkawan. Apa salahnya kita saling merindui. Okay, balik dengan soalan saya tadi, ada apa awak call saya ni?"
Taufiq tersenyum. Dia tahu Airin tidak nampak senyuman dia ni, tetapi mulut dia ni degil sangat tak nak berhenti senyum.
" Sebenarnya, hm saya nak..." Taufiq sengaja gantungkan ayatnya. Saja hendak menguji Airin.
" Awak nak apa? Cakap lah. Saya dah tak sabar ni." gesa ku.
" Cubalah teka." uji Taufiq. Sengaja hendak mengenakan Airin.
Aku mendengus. " Ee, lecehlah awak ni. Tak pe, dah pandai berahsia dah ni. Tak pe, saya sedar saya siapa. Saya bukan kawan awak pun kan. Kalau dah tak ada apa apa saya letak dulu." Airin sengaja membuat suara berjauh hati. Dia ingat dia je yang pandai nak menguji orang. Aku pun pandailah. Ini Aireena Aleeya binti Hakim tau.
" Erk eleh, sejak bila pandai merajuk ni?" soal Taufiq. Aku terdengar Taufiq ketawa.
" Mana ada merajuk. Cuba berjauh hati saja." aku masih meneruskan lakonan aku.
" Okaylah. Tapi awak kenalah teka dulu." ujar Taufiq.
" Ish, saya tak pandailah nak jawab tela teki ni." keluh ku.
" Alah, tekalah."
" Okay, awak nak kahwin ke?" aku serkap sahaja.
" Haah, saya nak kahwin." jawab Taufiq.
" What? Kahwin? Serious Taufiq. Oh My God, siapa lah perempuan tu. Untung dia, dia mesti perempuan yang paling bertuah dapat awak." puji ku. Tak sangka betul.
" Alhamdulillah, saya pun tak sangka yang saya boleh jatuh cinta dekat dia. Tapi, dia tak untung dapat saya, saya yang untung dapat dia." ujar Taufiq bersungguh sungguh.
" Hm, siapa perempuan tu. Nak jugak saya tahu." soal Airin.
" Hm, esok kita jumpalah. Awak jangan terejut pulak bila awak jumpa dia."
" Hm, okay. Dekat tempat biasa okay." ujar ku tidak sabar sabar.
" Okay, bawak Aiman jugak tau."
" Ye, saya akan bawak dia. Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam." aku terus matikan talian.
Aku terus mencari kelibat Aiman di atas.
" Abang," laung ku.
" Ya, sayang." jawab Aiman
" Abang dekat mana?" laung ku. Aku masih tidak jumpa bayangan Aiman.
" Abang dekat dapur." ujar Aiman.
Terhinjut bahu ku. " Astagfirullah, macam mana abang boleh ada dekat belakang sayang pulak?" aku mengurut ngurut dadaku.
" Sorry, tadi. Sayang okay?" soal Aiman prihatin.
" Sayang, okay. Abang, Airin ada nak bagitahu something ni."
" Yes what is it?" soal Aiman sambil memandang ke arahku.
" Boleh tak Airin nak jumpa Taufiq, esok?" aku bertanya dengan berhati hati. Takut Aiman pulak yang terasa hati.
" Why?" soal Aiman tegas.
' Haih, dia cemburu ke. Bukan dah jadi kawan ke, antara Aiman dan Taufiq. Ee, suami aku ni kan. Tak akanlah nak cemburu juga dengan kawan sendiri.' rungut ku dalam hati.
" Taufiq nak kahwin." ujar ku.
" What, kahwin?" jerkah Aiman.
" Yes, dia dah nak kahwin." ujar ku sunguh.
" Dengan siapa?" soal Aiman riang.
' Haih, tadi masam je muka. Tapi, bila aku cakap Taufiq nak kahwin terus lebar senyum dia. Ni cemburu punya kes ni.'
" I don't know. Tu lah, Airin nak beritahu abang yang Airin nak keluar dengan Taufiq. Bakal isteri dia pun ada. Airin nak tengok jugalah siapa bakal bini dia nanti." ujar ku panjang lebar.
" Okay, abang izinkan. Tapi, abang pun nak ikut." rengek Aiman seperti bidak kecik.
" Memanglah, Taufiq pun suruh Airin ajak abang."
" Okay, kita pergi sama sama ya." ujar Aiman.
***
KEESOKAN HARINYA,
Kami bersiap siap untuk keluar berjumpa Taufiq and his futere wife. Sungguh aku tidak sabar melihat perempuan mana yang berjaya membuka hatinya.
" Abang, dah siap?" soalku sambil ralit memakaikan baju pada Airil.
Aiman memandang diriku tajam. ' Kenapa dia pandang aku tajam ni. Aku ada buat salah ke. Astagfirullah, kenapa dengan suami aku ni.' keluh ku dalam hati.
" Kenapa abang pandang sayang macam nak 'ngap' je?" soalku berani.
Aiman masih memandang tajam ke arahku, tanpa menjawab soalan ku.
Aku melangkah mendekatinya, aku mengusap lembut pipinya. " Why, sayang ada buat salah ke?" soalku lembut.
" Kenapa macam tak sabar sabar je. Kenapa? Taufiq tu lebih penting dari abang? Oo, abang tahulah abang tak sekacak Taufiq. Abang buruk abang tak hensem pun. Lainlah Airin, Airin cantik." rungut Aiman. Dia berjauh hati pada Airin.
" Hei, don't say that. Alahai, apa abang ni. Abang hensemlah. Kalau tak hensem, kenapa masa sekolah ramai yang minat abang?" soalku mengusik.
Aiman mencebik bibir. " Yelah tu. Kenapa macam tak sabar sabar nak jumpa Taufiq?"
" Abang sayang bukan tak sabar pun. Sayang reti tau sabar. Cuma, sayang excited. Tu je." jawab ku.
" Hm, yelah tu." Aiman terus berlalu keluar, tinggalkan aku yang terpinga pinga.
' Dah kenapa suami aku ni. Aduhai, dia ni susah lah.' rungut ku dalam hati.
Aku mendukung Airil lalu melangkah keluar dari bilik.
" Okay jom." Aiman mencapai kunci kereta.
Aku dan Airil masuk ke dalam perut kereta. Setelah keluar dari pekarangan rumah, Aiman pecut laju.
***
" Abang, abang marah Airin ke? Airin minta maaf kalau Airin ada buat salah. Sumpah, Airin tak tahu apa salah Airin. Abang beritahulah apa salah Airin. Airin tak tahu apa salah Airin dekat abang.
Aiman hanya tumpukan perhatian pada pemanduannya. Dia hanya membiarkan soalan aku berlalu dengan angin.
" Abang, sorry." aku memegang tangan Aiman.
" No, it's okay. Abang dah maafkan dah. Abang yang cemburu buta sangat. Salah abang, sayang tak ada salah pun." ujar Aiman lalu mengusap kepalaku.
Aku melepaskan tanganku. " Kenapa lepaskan tangan abang. Pegang jelah." soal Aiman.
" Tak bolehlah kalau macam tu. Abang kan tengan bawak kereta."
" Tak apa, abang kan ada dua tangan." ujar Aiman tidak mahu kalah.
Aku hanya terdiam lalu merangkul semula tangannya.
***
" Assalamualaikum, Taufiq. Sorry lambat." ucap Aiman. Aku hanya tersenyum.
" Waalaikumussalam. It's okay. Kita orang pun baru sampai." ujar Taufiq jujur.
" Mana futere wife kau? Tak nampak pun." soal Aiman. Dia melilau lilau di restoran untuk mencari kelibat bakal isteri Taufiq.
" Oo, dia pergi toilet sekejap." tutur Taufiq. " Eh, isteri kau berisi ke Aiman." usik Taufiq.
Aku membuntang kan mataku. Muka ku sudah kemerahan menahan malu.
" Haah, baru 4 bulan." ujar Aiman sambil mengusap perut Airin.
" Congrats to both of you." ucap Taufiq gembira.
" Terima kasih." ucapku.
" Sorry Taufiq, I lambat." ucap sesorang perempuan.
Aku menoleh ke belakang, terbuntang mataku melihat siapakah yang berjaya mencuri hati Taufiq.
' What, dia ke?'
Share this novel