MALAM,
Setelah selesai makan malam, aku terus masuk ke dalam bilik sebab.... Sebab malas nak berlama lama dekat luar. Kalau berlama dekat luar tu, mulalah mama nak mempersoalkan aku pasal aku dengan Aiman. Malas nak dengar. Baik tidur lagi bagus. Nasib baik aku dah solat ishak. Boleh terus tidur. Lagipun, mata aku ni ashik berair je menguap.
Tidak lama kemudian, bilik aku menjadi kelam dan sunyi sepi.
***
" Hello, Assalamualaikum Aiman." ucap ibu terlebih dahulu setelah panggilannya diangkat.
" Waalaikumussalam, ibu. Ada apa call Aiman ni?" soal Aiman.
" Ibu nak, Aiman datang rumah mertua Aiman. Ibu akan bertolak lepas zuhur. Mungkin akan sampai lepas asar. Lepas kerja Aiman datang rumah mertua Aiman. Ibu dengan ayah pun ada sekali. Jangan lambat."
" Baik ibu. Anything for you." jawab Aiman.
" Dah, Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam." jawab Aiman sebelum mematikan talian.
'kenapa ibu suruh datang rumah mama. Berkumpul kat sana ye? Ni mesti ada apa-apa yang aku tak tau ni.'
Masa dirasakan oleh Aiman berlalu terlalu lambat. Mungkin Airin balik sekali dengan mama. 'Aghhh rindunya pada isteri aku ni.'
***
Pada waktu petang ramai pula pesakit yang datang ke klinik Aiman sehingga masa yang berlalu tanpa Aiman sedari. Dari petang hingga ke malam. Tepat pukul sembilan malam baru berkurang sedikit pesakit yang datang ke kliniknya.
'Ahhh letihnya rasa badan ni. Kalau ada Airin ni bolehlah Airin picitkan badan abang. Airin abang rindu Airin.'
Hampir pukul sepuluh setengah malam Aiman tiba di rumah mak mertuanya. Setelah memasuki perkarangan rumah, Aiman dapati ibu dan mama berbual di hadapan rumah. Di hadapan rumah mamanya ada buaiyan dan pondok. Senang untuk beriadah.
"Assalamualaikum mama ibu." kata Aiman.
"waalaikumussalam Aiman. Baru balik ke. Lambat balik. Dah makan ke belum ni." kata ibu.
"Belum lagi ibu. Tadi ramai sangat pesakit. Tu yang tak dapat balik awal. Ibu tidur sini ke. Ayah mana?" kata Aiman sambil datang ke arah ibu dan menyalami tangan kedua dua ibunya itu.
"Ayah ada kat dalam rumah, tengok tv. Barang banyak tadi, tu yang ibu tidur sini. Ayah letih, malas nak memandu." kata ibunya.
"Jomlah masuk. Dah malam ni. Mama ngan ibu tunggu kamu tadi tak sampai-sampai. Kamu dah ada ni bolehlah ibu masuk sekali."
"Aiman nak durian tak. Ibu ada bawa durian untuk kamu. Ibu letak dekat luar."
"Makanlah dulu Aiman. Ibu temankan. Nanti dah naik atas mesti dah tak turun bawah." kata ibu pada Aiman.
"Baiklah ibu. Aiman tak nak makan yang berat berat ibu. Aiman makan roti jelah. Lagipun dah lewat sangat nak makan durian." kata Aiman.
Sambil makan Aiman dan ibunya berbual sehinggalah ibu Aiman bertanyakan tentang
Airin. Aiman menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya. Ibunya memberi nasihat dan sabar pada kerenah Airin. Lagi pun Airin mengandung. Emosi akan sentiasa berubah- ubah.
Selesai makan, Aiman naik ke atas untuk membersihkan diri dan tidur. Ketika hendak masuk ke dalam bilik, Aiman dapati ada cahaya yang samar samar di dalam bilik Airin.
'Airin ada ke. Dia dah balik. Mesti dia ikut mama balik tadi ni. Airin.... Airin...kuat cemburu betul isteri abang nikan. Penakut ye jugak.'
Setelah membersihkan diri Aiman mengambil tempat di sebelah Airin. Dia memandang isterinya.
'Tak sedar ke dia ni. Letih betul ni. '
Aiman menarik selimut dan membaringkan dirinya. Dia memandang Airin. Aiman mendekatkan mukanya ke muka Airin lalu mencium dahi isterinya.
'Tidurlah sayang abang tak nak kacau. Sayang mesti letihkan. Perjalanan jauh tadi. Asalkan sayang dah balik sini abang senang hati. Baby sihat ke? Jangan nakal nakal tau.' tangan Aiman mengusap lembut perut Airin.
Terasa ada tendangan dirasakan oleh Aiman. Aiman tersenyum apabila gerakkan itu semakin aktif.
'Sayang papa ni, dah bagun ke. Maaf papa kacau sayang.' Aiman berbual dengan anaknya yang masih bergerak di dalam perut Airin.
'Tidur ye sayang. Papa sudah mengantuk ni.'
ujar Aiman lagi.
Tangan Aiman masih di perut Airin sehinggalah dia terlena.
***
PAGI
KRING..KRING, deringan bunyi loceng yang membingitkan telah membuatkan aku terjaga. Aku segera menutup deringan bunyi loceng itu. Apabila aku hendak mengereng ke tepi, aku terasa sesuatu menghalang untuk aku mengereng. Dan aku juga terasa seperti tangan seseorang erat merangkul pinggangku.
Aku segera bangun dari pembaringan. Alangkah terkejutnya aku apabila Aiman tidur di sebelahku. ' Macam mana dia boleh ada dekat sini ni?' Airin merenung wajah tenang suaminya yang sedang lena tidur.
' Patutlah aku nampak lampu bilik air tertutup. Rupanya dia yang tutupkan.' aku merenung dalam wajah Aiman.
Tanpa aku sedari, Aiman telah sedar. Dia perasan yang Airin merenungnya.
Aku mengerengkan badanku padanya lalu membaringkan badan aku semula di sebelahnya. Aku mengusap perlahan rambut Aiman lalu mengucup dahinya. Rindu hendak bermanja dengannya.
Azan Subuh sudah berkumandang. Aku bingkas bangun tetapi dihalang. Aiman memaut tanganku.
" Please, jangan tinggalkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang." Aiman mengeratkan pautan tangannya.
Aku hanya mampu memandangnya tanpa membuka suara. Aku tidak mampu sebab aku terlampau rindu dengannya. Rindu hendak dengar suaranya. Biarlah dia je yang bercakap.
" Sayang, please say something. Abang nak dengar suara sayang. Abang rindu nak dengar suara sayang." rayu Aiman.
" I can't say something. I miss your voice. I miss you like crazy." luah ku. Air mata yang dibendung, terkeluar juga akhirnya.
" I miss you too." luah Aiman juga. Dia terus memelukku erat dan mencium pipiku bertalu talu.
Lama kami berpelukan akhirnya aku merenggangkan pelukan. " Jom, kita solat sama sama. Dah lama sayang tak solat dengan abang." ajakku. Aku bingkas bangun. Aiman juga mengikut ku. Kami mengambil wudhu' di bilik air.
Setelah itu, kami solat bersama sama.
Setelah selesai membaca doa, seperti biasa aku menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengan Aiman. Aiman menyambut lalu mengucup dahiku. Tanpa sengaja, lengan Aiman terkena perutku. Aku dan Aiman terasa baby menendang.
" Eh, dia tendanglah." ujar Aiman teruja.
" Memanglah, papa je tak tahu. Mungkin baby rindukan papa kut." usik ku.
" Baby rindu kan papa ke atau mama baby yang rindukan papa. Cakap jelah. Dua dua papa rindu." luah Aiman.
" Dua dua lah. Tapi, baby mama lagi rindu." luah ku jujur.
" Eh,ada orang rindu kitalah. Tak sangka lah ada orang rindu kita. Ingat kita je yang rindu dia." gurau Aiman.
" Eh, kita pun rindu dia jugaklah. Siapa cakap yang kita ni tak rindu dia?" soalku manja lalu melentokkan kepala ku yang masih bersarungkan telekung di bahu Aiman.
" Yelah tu. Kenapa still duduk jauh dengan kita. Sedangkan kita ada je dekat sini. Sentiasa rindu dia." duga Aiman.
Aku menjeling Aiman. Ashik nak sakat je. Memanglah, tak akanlah merajuk nak duduk dengan dia jugak. Dah nama nya merajuk mestilah duduk jauh kan.
" Ish, abang ni kan. Sayang serious lah. Janganlah main main. Sayang rindu abang lah. Tak pernah pun sayang berhenti dari rindu abang." jujurku.
" Eh yeke. Oh Mai God. I'm so speecless." Aiman menutup mulutnya.
Aku mencubit pergelangan tangannya. Suka nak main main.
" Auch, sakitlah sayang." aduh Aiman. Dia menggosok perlahan tangannya akibat terkena 'sengatan' isterinya.
" Mengada. Macam budak kecik." ejek ku. Aku menanggalkan telekung yang tersarung di kepala lalu melipat kemas. Aku juga melipat sejadah yang telah aku dan Aiman guna semasa solat Subuh tadi.
Selesai melipat semua, aku menyimpan ke dalam almari. Setelah itu, aku melangkah untuk ke pintu bilik untuk keluar. Aiman menghalang.
" Nak pergi mana? Temanlah abang dekat bilik ni, kesian dekat abang. Abang dah lama tak borak dengan sayang. Spend time lah masa sayang untuk abang." ujar Aiman memujuk.
" Alah, nantilah. Sayang nak tolong mama dan ibu siapkan breakfast." jawab ku.
" Hm, okaylah. Lepasni tau. Spend time dengan abang. Sayang dah janji tu. Abang tempah sayang dulu."
" Eh..eh, abang ingat sayang ni kain ke. Nak main tempah. Nak tempah apa, tempah baju, seluar, tudung ke langsir." ujarku lalu mencekak pinggang.
" Hehehe, sayang abang punya tau." bisik Aiman romantis.
" Yelah," aku mengalah. Aku terus keluar untuk turun ke bawah.
Share this novel