Majlis di rumah keluarga Aiman, berjalan dengan lancar. Ramai juga tetamu yang hadir memeriahkan majlis kami. Sempat juga aku berkenalan dengan saudara mara belah Aiman. Baik orangnya dan tidak lah sombong.
Tetapi aku dapat rasa sepupu Aiman iaitu Azura Batrisya seperti tidak menyukaiku. Kerana....
FLASHBACK,
Semasa kami baru tiba di rumah keluarga Aiman, saudara mara Aiman sudah berkumpul beramai ramai menjemput kami.
" Oo, ni rupanya isteri kamu, Aiman. Cantik, mak ngah suka sangat." puji mak ngah Aiman.
Aku tersipu sipu malu. " Tak adalah, mak ngah. Airin biasa sahaja." aku merendahkan diri.
" Hai Aiman, dah lama kita tak jumpa. I miss you so much." Azura terus berlari kepada Aiman lalu hendak memeluknya. Pantas Aiman mengelak.
" Apa, you ni Zura. I dah ada isteri lah. Mana boleh peluk peluk macam ni." tegur Aiman.
" Haah, isteri dia ni, elok pakaian dia. Kamu, bila nak menutup aurat pulak. Pakai baju terdedah sana sini." tegur mak long.
" Alah, apa mama ni. Zura tak bersedia lagilah." jawab Zura sambil menjelingku.
" Hai, saya Airin." aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Zura hanya pandang sahaja tanganku lalu beredar pergi. Aku hanya tersenyum.
" Maafkan mak long ya, Airin atas kelakuan dia. Dia tu memang macam tu." terang mak long.
Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. " Tak apa, mak long."
" Okey, dah. Jom pengantin kita bersiap." ibu segara mengajakku untuk ke bilik persalinan.
" Alah, ibu. Airin je. Habistu, Aiman nak tukar baju dekat mana?" rengek Aiman.
' Oo, dia manja rupanya. Kelakar betul. Tapi comellah. Eh, aku puji dia ke ni. Ah, sudah kau Airin. Kau dah jatuh cinta ke?'
" EHEM..EHEM." semua orang berdehem. Aku cepat mengalirkan pandangan. Aku tersipu sipu malu.
" Alah, kalau nak pandang tu, pandang je. Tapi jangan buat drama pulak dekat sini." tegur mak long sambil tersengih.
Aiman memandangku sambil tersenyum. ' Ah, sudah. Ee perasanlah dia tu.' gumam ku dalam hati.
END FLASHBACK.
Aku tersedar dari lamunan apabila aku marasa seseorang memelukku dari balakang.
" Hai, sayang. Buat apa tu?" Aiman terus memelukku dari belakang.
Aku terus menjarakkan diriku. " Tengah sapu sampah, tak nampak ke." Aiman tergelak.
" Nakallah sayang ni, belajar dari siapa ni?" tanya Aiman sambil tergelak.
" Dahlah, malas nak layan. Nak tidur. Good night." aku terhs baring di atas katil lalu menyelubungkan diriku dalam selimut.
" Kenapa ni, sayang?" tanya Aiman sambil mengambil tempat di sebelahku. Aiman mengusap usap kepala ku.
Aiman masih tidak pernah melihat rambutku. Sama ada aku di rumah atau tidur, aku sentiasa pakai tudung.
" Jangan sentuh saya, boleh tak? Saya nak tidur ni, jangan kacau, please." aku memberi amaran.
" Sorry. Tapi kenapa ni? Jangan lah macam ni." Aiman sekali lagi mengusap kepalaku.
" I said don't touch me. Tak faham ke?" tengkingku. Air mata sudah mula bergenang.
" Sorry, abang minta maaf." Aiman menundukkan mukanya.
" Please don' t call me sayang and jangan gelarkan diri awak abang. Saya tak suka. Panggilan abang dan sayang tu untuk Aqeel sahaja. Saya tak suka. Awak faham tak?" aku segera mengelap sisa air mata ku.
" Okey," kata Aiman dengan kecewa.
" Dah saya nak tidur. Awak tidur atas katil, saya tidur dekat sofa."
Aiman menghalang. " Tak perlu, biar saya yang tidur atas sofa. Kalau tidak saya cium awak?"
" Ciumlah kalau berani." aku mencabar Aiman.
CUP! Aiman mencium ku.
PANG! aku terus pergi ke bilik air. Air mata ku sudah menitis.
Aiman terpana. Dia tidak tahu kelakuannya membuatkan isterinya marah. Dia betul tidak sengaja.
" Airin, buka pintu ni. Saya minta maaf. Saya betul betul tidak sengaja." pujuk Aiman. Aku masih berdegil tidak mahu keluar.
Aiman mengalah. Dia tahu suatu hari nanti, pasti Airin akan terimanya sebagai suami.
***
" Ibu, ayah. Aiman dengan Airin ada benda nak bincang."
" Okey, apa dia?" jawab ayah.
" Sebenarnya, esok Aiman buat keputusan untuk tinggal di rumah Aiman sendiri. Aiman bawa Airin jugak." terang Aiman.
" Kenapa pula? Airin tidak selesa ke tinggal di rumah ibu?" tanya ayah pada aku.
" Tak, yah. Cuma..." ayat aku tergantung di situ kerana Aiman mencelah.
" Sebab Aiman yang nak kami pindah. Tak ada kena mengena dengan Airin." tipu Aiman. Aku yang membuat permintaan supaya tinggal di rumah Aiman supaya kami dapat bilik berasingan.
" Kalau sudah macam tu, nak buat macam mana kan."
" Terima kasih ibu, ayah.
" Sama sama."
***
KEESOKAN HARINYA,
Seperti yang dijanjikan, kami berpindah di rumah Aiman. Besar jugak rumahnya. 'Hanya aku dan Aiman sahaja duduk di rumah sebesar alam ni, gila ke.' Nak ajak Airil, mama tak kasi. Kononya berbulan madu, nak termuntah aku. Aku, nak ada anak dengan dia, sorry tidak akan dan tak mungkin pun.
Kami melangkah masuk, apabila aku melangkah masuk, ternganga mulut aku. 'Dekorasi rumah ini memang tersusun. Ikut cita rasa aku. Macam mana dia tahu ni? Kena siasat ni.'
" Macam mana awak tahu dekorasi rumah ni ikut cita rasa saya?" tanyaku. Aiman menoleh padaku.
" Yeke, saya tak tahu pun. Rumah ni saya memang plan dekorasi rumah ni. Cantik kan." aku terkejut. Yelah, dia kan kerja doktor macam mana dia tahu hal dekorasi ni. Aku memang tahu, sebab aku memang minat dalam bidang ni. Tapi rezeki aku kerja di office papa bukan sebagai pereka dalaman. Kesian aku.
" Awak, mana bilik saya?" tanyaku setelah kami berada di atas.
" Ni, bili saya, awak pergi dekat hujung sana. Yang tu bilik utama. Saya sediakan untuk awak." jelas Aiman. Aku mengangguk faham. Setelah mengucapkan terimah kasih, aku beredar ke bilikku.
Sampai sahaja di bilik aku, aku ternganga sekali lagi. " Wow, cantiknya." jeritku.
Aiman yang terdengar jeritan aku, terus berlari ke bilikku. Tanpa mengetuk pintu, dia gerus redah ke dalam bilikku. " Airin, awak tak apa apa? Kenapa, awak nampak apa? Awak nampak pencuri ke?" tanya Aiman bertalu talu.
" Ish, apa ni. Lain kali, tanya satu soalan dulu boleh tak. Janganlah nak tembak tu bertalu talu je. Okey, first question awak, saya tak apa apa pun. Kedua, saya tak nampak apa apa pun. Dan yang ketiga, choi lah mulut awak ni, mana ada saya nampak pencuri. Mulut awak ni, nak saya sumbat dengan kuali." Aiman menyengih. Sama macam Airil. Tah apa apa.
" Sorry. Cantik tak bilik ni. Saya buat untuk awak. Hadiah special dari saya." aku terharu. Tak sangaka dia buat bilik yang sangat cantik ni untuk aku. Dalam bilik ni, hanya ada dua warna sahaja, iaitu warna purple. Warna kegemaran aku dan warna putih. Warna putih ni, aku tak tahulah warna kegemaran siapa?
" Terima kasih. Saya terharu sangat. Tapi saya ada satu soalan." Aiman sekadar menganggkat keningnya. " Warna putih ni kenapa ada pulak. Sedangkan, warna kegemaran saya warna purple bukan putih." Aiman tersenyum akan mendengar soalan aku itu.
" Oo, warna putih tu warna kegemaran saya." aku menganggukkan kepala tanda faham. Tanpa sedar aku memeluknya.
Aku memeluk Aiman erat. Aku mengucapkan terima kasih.
Apabila tersedar, aku terus malu. Manakala Aiman pula, menyakat je keje.
" Dahlah, awak ni. Saya nak masak." aku terus berlalu. Tanpa sedar aku mengukirkan senyuman.
' Aku dah mula jatuh cinta dengan Aiman ke. Tapi, tak salahkan kita mencintai suami sendiri. Yang salahnya apabila kita menderhakai suami. Aku tahu aku bukan isteri yang baik. Aku pernah melempang Aiman. Tapi, aku rasa sebersalah pada arwah kalau aku mencintai Aiman. Sedangkan Aiman kawan baiknya. Ya Allah, bagilah petunjuk pada hamba mu ini, Ya Allah. Sesungguhnya hamba mu ini, buntu dalam membuat keputusan. Kau bantulah aku, Ya Allah.'
Share this novel