FLASHBACK,
" Alang, acu nak tanya alang beberapa soalan ni. Tapi, alang kena jujur tau."
" Hm, tanya jelah. Alang dengar." jawab Taufiq sambil tekun menaip sesuatu di handfone miliknya.
" Alang, pandang muka acu yang cantik ni. Acu nak tanya soalan ni. Telefon tu campak sana." Tina menarik muka masam.
Taufiq menoleh pada adik kesayangannya. " Tu pun nak ngajuk. Yelah, alang pandang muka acu yang cantik ni." jawab Taufiq sambil mencubit perlahan pipi Tina.
" Okay, jujur tau."
" Yelah, alang akan jujur dan tak akan tipu acu. Dah, puas hati."
Tina mengukir senyuman. " Alang, bila alang nak pulangkan kak Airin pada keluarga dia? Sudah sudahlah tu alang. Acu tahu yang alang culik kak Airin sebab dia...." ayat Tina tergantung akibat Taufiq memotong katanya.
" Mana acu tahu ni?" jawab Taufiq keras. Matanya mencerlung tajam pada adiknya.
" I'm so sorry alang." Tina menundukkan mukanya. Belum pernah Taufiq mengeraskan suaranya pada dia. Sekarang ni, Taufiq sudah lain. Dia berasa sangat takut. Air mata sudah bergenang di tubir mata Tina.
" I'm so sorry Tina. Alang tak berniat nak keraskan suara alang pada acu. Sorry k." Taufiq sedar kesilapannya yang dia sudah keraskan suaranya pada adiknya sendiri.
Belum sempat Taufiq hendak memujuk adiknya, Tina sudah bingkas berdiri naik ke biliknya.
" Acu, alang minta maaf." laung Taufiq sambil mengejar adiknya.
DUSH! Tina menghempas pintu biliknya kuat lalu mengunci pintu biliknya. Dia sedih. Dia menyesal. Dia marah. Perasaannya bercampur baur. Marah, menyesal, sedih semua ada.
" Tina, buka pintu ni. Alang nak cakap ni." Taufiq mengetuk pintu bilik adiknya. Tetapi tiada tanda Tina hendak membuka pintu.
Taufiq dapat idea. Dia turun ke bawah untuk mengambil kunci pendua di laci ruang tamu.
Setelah terjumpa kunci pendua bilik Tina, Taufiq bergegas pergi ke bilik adiknya.
KLIK! Pintu bilik Tina terbuka. Taufiq melihat adiknya sedang menyelubungkan dirinya dalam selimut.
" Acu, alang minta maaf eh." Taufiq menarik selimut yang menutup muka dan badan Tina.
Taufiq melihat Tina sedang menangis. Taufiq terus memeluk adiknya, " Sorry eh. Alang tak berniat nak marahkan acu. Acu jelah adik yang alang ada." air mata Taufiq tumpah.
Tina terpujuk akan kata kata Taufiq. Dia membalas pelukan abangnya. " Acu maafkan. Acu pun tak naklah ngajuk dengan alang. Yelah, alang je yang acu ada. Along dan angah sudah lama tinggalkan kita. Alang je yang acu ada." air matanya laju mengalir.
" Okay, tadi acu suruh alang jawab soalan acu kan?" Taufiq merenggangkan pelukan antara mereka.
Tina menganggukkan kepala. " Kalau alang tak nak jawab pun tak apa." Tina menundukkan mukanya.
" Alang rindukan arwah akak Farah. Alang akan pulangkan jugak Airin tapi bukan sekarang." suara Taufiq kendur.
" Kenapa? Sebab rupa akak Airin sama rupa macam akak Farah. Suara dia sama macam kak Farah? Mata dia sama macam kak Farah?" tanya Tina keras.
Geram pulak dengan perangai abang nya yang tak serupa bikin ni. Entah apa apa.
" Bukan macam tu." tipu Taufiq.
" Yes. Alang jangan tipu acu." Tina beri amaran keras.
" Yes, Alang mengaku. Tapi ada sebabnya alang buat macam tu. Alang rindukan arwah. Alang nak kahwin dengan dia. Cinta boleh pupuk."
" Alang, alang sedar tak yang alang nak kahwin tu isteri orang. Please lah alang. Mana boleh." Suara Tina sudah tinggi.
" Yes, alang sedar. Sebab tu alang nak mereka bercerai. Baru lah alang boleh kahwin dengan Airin." selamba sahaja Taufiq berkata.
" Alang! Suka hati alanglah nak buat apa. Kalau alang masih anggap yang acu ni adik kepada alang, baik alang lupakan hasrat alang tu." Tina berlalu keluar dari bilik nya.
" Apa, aku tak buat apa apa pun. Tu pun nak marah." ujar Taufiq sendirian.Taufiq mengejar langkah Tina yang jauh tinggalkannya dibelakang.
" Tina, kenapa ni? Kenapa acu sensitif sangat? Kak Airin okeylah. Confume acu akan suka. Trust me." ujar Taufiq untuk menyakinkan adiknya.
" Alang, alang sedar tak yang alang nak kahwin tu akak ipar kawan adik. Adik tak akan restu. Dan adik percaya akak Airin dan abang Aiman saling mencintai. Tak elok abang nak runtuhkan masjid yang dibina. Berdosa!" ujar Tina pula.
Taufiq tersentap. ' Kenapa aku tak tahu pun. Kenapa aku tak tahu yang Airin akak ipar kepada Ariz. Astagfirullah, aku tak tahu pun!" getus hati Taufiq. Dia berasa kecewa. Dia terlalu lambat untuk menyunting bunga di taman. Bunga di taman itu sudah dipetik oleh orang. Nak buat macam mana?
Share this novel