Aku memegang tangan Aiman. Aku membisikkan sesuatu di telinganya. " Abang cuba pandang belakang, tu bukan ke.." Aiman menoleh belakang. Reaksi Aiman sama seperti diriku.
" Okay, perkenalkan my futere wife aku Azura Batrisya." Taufiq perkenalkan kepada kami.
Zura menoleh pada kami. Dia mengukir senyuman manis. " Hai, Airin. Hai, Aiman." ucap Zura.
" Hai," ucapku dan Aiman serentak. " Zura apa khabar?" soalku untuk menceriakan suasana. Walaupun aku masih terkejut, tetapi aku cuba mengawalnya.
" Zura baik sahaja. Wow, Airin dah nampak berisi, mengandung ya." ujar Zura lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Aku menyambut. " Haah, baru 4 bulan." ujarku lembut.
Aku melihat Zura sudah berubah 360 darjah. Sekarang ini, dia sudah kelihatan manis dan comel apabila bertudung litup. Tenang sahaja memandang.
Zura mengukirkan senyuman tipis. " Airin Aiman, Zura nak minta maaf atas kesilapan Zura yang lalu. Sekarang ni, Zura dah sedar dan Zura ingin berubah untuk jadi perempuan yang lebih baik." ujar Zura. Aku melihat matanya sudah merah akibat menahan air matanya jatuh.
" No, kalau kesilapan Zura yang lalu, Airin dan Aiman dah lama maafkan Zura. Lagipun, Zura nak berubah kan. Dan kami juga nak minta maaf pada Zura." ujar ku lalu mendakap Zura erat.
Aiman mengukir senyuman. Manakala Taufiq pula terpinga pinga apakah yang kami bualkan tadi.
Aku meleraikan pelukan. Aku mengelap air mata Zura di pipi. " Shh, jangan nangis. Kami dah lama maafkan Zura." aku mengukir senyuman manis.
Zura membalas senyuman ku. " Untung Aiman dapat isteri yang baik seperti Airin." puji Zura. " Aiman, kau jangan nak buat hal ya. Kalau kau buat Airin nangis kau siap. Aku bawak Airin lari. Biar padan muka kau." Zura memberi amaran maut pada Aiman. Aiman menarik muka masam.
Aku dan Zura tergelak bersama.
***
Setelah selesai menjamu selera, kami memulakan perbualan kami. " Macam mana korang boleh kenal ni? Macam drama ke. Nak tahu jugak." aku cuba untuk mengorek rahsia.
Taufiq dan Zura memandang antara satu sama lain. Kemudian mereka tergelak.
" Perkenalan kita orang ni, biasa biasa je. Tak macam drama pun. Just jumpa dekat taman. Masa tu, kita orang pergi jogging, kan sayang?" ujar Taufiq romantis. Zura mengenyitkan matanya pada Taufiq. Taufiq membalas.
" Eh, korang jangan nak buat adegen memalukan boleh tak. Nak muntah aku tengok." ujar Aiman meluat.
" Okay, lepastu tiba tiba Zura terjatuh masa jogging tu. Kebetulan aku ada, aku tolonglah. Tapi tak tahulah, disebablan tolong menolong tu boleh membibit rasa cinta antara kami." sambung Taufiq sambil merenung Zura.
Zura tersengih malu.
" Wow, sweetnya korang ni. Oh My God, tak sangka lah." ujarku gembira.
" Itu, sudah biasa." ujar Taufiq riak.
Aiman menjeling meluat.
***
" Kami balik dulu, nanti kita jumpa lagi." aku dan Aiman berdiri. Aku bersalaman dengan Zura. " Nanti kita spend time kita kita je eh. Lelaki lelaki ni tak payah bawak, mengacau je." ujar Zura sambil tergelak.
" Okay, haah. Kita tak perlu ajak lelaki lelaki ni, memgacau je." sokongku.
" Eh, eh. Tahulah dah ada BFF baru." ujar Aiman sambil dukung Airil yang sudah lena tidur.
" Haah, awak ni borak dengan Airin je dari tadi. Bukan nak borak dengan saya pun." rajuk Taufiq.
Zura mencekak pinggang. " Habistu, awak borak dengan Aiman sampai tak pedulikan saya dekat sebelah awak boleh pulak. Saya je salah." tutur Zura.
" Relax, jangan nak letuskan peperangan boleh tak? Buat bersabar. Macam mana nak bina rumah tangga ni, semua tak nak mengalah." bebel Aiman.
Taufiq dan Zura ketawa. " Mana ada gaduh, cuma gurau je, kan sayang." ujar Taufiq manja sambil menoleh ke Zura.
" Haah, kita mana ada gaduh." ujar Zura manja juga.
" Ee, gelinya aku dengar. Belum kahwin lagi nak bersayang sayang." ujar Aiman sambil membuat reaksi nak muntah.
Aku tergelak.
" Eh, kau ni pahal. Suka hati akulah. Kau boleh pulak nak bermanja manja dengan Airin depan kita orang. Siap bersuap lagi. Tak malu ke kita orang tengok." Taufiq menyalahkan Aiman pula.
" Eh, suka hati kita orang lah. Kita orang dah kahwin. Kalau nak bercium depan korang pun, aku boleh buat." ujar Aiman bangga.
Aku mencubir perut Aiman. " Jangan nak gatal sangat, boleh tak. Saya tahulah awak tak ada perasaan malu, tapi saya ada. Awak nak tengok ke muka saya ni terbakar." bebelku lalu melepaskan cubitan.
" Argh, sakitlah sayang." Aiman menggosok gosok perutnya yang dicubit oleh Airin. Kalau tengok ni, mesti merah.
" Dah, dah. Jangan nak cetuskan peperangan pulak." Taufiq tiru ayat Aiman.
" Eh, macam aku kenal je ayat siapa tu." ujar Aiman lalu menjeling Taufiq.
" Memang kau kenal pun." ujar Taufiq selamba.
Tiba tiba Airil merengek.
" Dahlah, kita orang balik dululah. Airil dah merengek dah ni." ujar Aiman.
" Aiman remember, I want you to keep Airin take care of her like you take yorself. Understood." Zura memberi amaran pada Aiman.
" Ya, aku janji aku akan jaga dia sama macam aku jaga diri aku sendiri. Kau jangan risau." ujar Aiman.
" Okay, bye kita jumpa lagi." ujarku lalu mendakap Zura.
Aku dan Aiman melangkah keluar dari restoran tersebut.
Tiba tiba sekujur tubuh melanggarku dari tepi. Aku terjatuh. " Sayang, sayang okay." soal Aiman risau. Aiman memimpin ku untuk bangun.
" Eh, kau ni buta ke. Tak nampak orang eh. Mata tu letak mana, letak dekat lutut." tengking perempuan itu. Dia mengelap air yang tumpah di bajunya menggunakan tisu.
" Sorry, sorry saya tak sengaja." ujarku lalu memandang muka perempuan yang langgarku tadi.
'Dia yang langgar aku, dia yang over nak marah aku. Aku yang sepatutnya marah dekat kau bukan kau. Ee, sabar jelah aku dengan perempuan ni. Kalau aku tak reti sabar kan, dah lama perempuan ni kena sepak, terajang aku ni.' gumam hatiku geram. Geram dengan bahasa biadap dia ni. Nak je aku sumbat cili padi dalam mulut kau.
" Aiman, You buat apa dekat sini?" soal Amira gembira.
Amira menjelingku apabila melihat Aiman memimpin ku.
" Amira, I makan dekat sini." jawab Aiman tergagap. Dia begitu terkejut apabila jumpa perempuan psiko ni.
" Ni siapa? Maid you ke?" Amira menjengilkan matanya padaku.
' Eh..eh..eh, kau cakap aku maid dia, kau silap. Aku wife dia tau. Tahulah suami aku handsome. Tapi macam mana singa betina ni boleh kenal Aiman. Okay, aku kena jadi detektif kalau aku nak tahu apa hubungan mereka.'
" No, perkenalkan ni isteri I, Aireena Aleeya." Aiman perkenalkan aku pada perempuan ni.
Aku mengukir senyuman manis padanya lalu aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Amira hanya memandang sahaja tanganku tanpa menyambut huluran salaman aku.
Terbuntang mata Amira. " Seriously Aiman?" soal Amira tidak percaya.
" Yes, she is my wife." jawab Aiman.
" Okaylah, I dah lambat nak jumpa kawan I ni. See you next time okay." ujar Amira sebelum berlalu pergi. Dia sempat memberi pandangan maut plus jelingan maut padaku.
Tapi, ada aku kesah. Kau nak jeling aku sampai mata kau buta pun tak pe. I don't care.
Share this novel