Flashbacks
Untuk seketika dia menunggu dalam bilik yang dimana pejabat milik lelaki yang dikatakan ayah kandung Mizuki. Sebenarnya dari awal lagi dia ingin menemui lelaki ini selepas ayah dia beritahu siapakah orang itu. Cuma keadaan tidak mengizinkan.
Dan tujuan dia hendak menemui Ayah Mizuki adalah ingin bertanyakan sesuatu.
5 minit berlalu sejak dia duduk di kerusi depan meja kerja itu. Dan mata dia terarah pada bingkai gambar dimana seorang lelaki bercermin mata duduk di samping seorang wanita yang hamil berpakaian jubah makmal. Dua-dua itu tersenyum senang.
KLIK!
Bunyi pintu terbuka.
"Maaf kerana buat kamu menunggu lama."suara seorang lelaki kedengaran dari belakang.
Dante baru sahaja mahu menoleh tapi tidak sempat apabila lelaki berjubah doktor muncul di sebelah dan mengambil tempat di belakang meja menghadapnya. Secara automatik dia pun berdiri hendak menyambut lelaki itu.
"Selamat tengah hari.."ucap Dante semasa menghulur tangan.
Dengan senyuman nipis, lelaki tersebut balas jabatan tangan Dante. "Selamat tengah hari. Silakan duduk."
Mata Dante lirik kagum akan lelaki beranak mata biru sama seperti Mizuki itu tanpa berkedip. "Apa khabar. Nama saya adalah Dante Luth. Saya adalah peneman Mizuki Aesira."
"Ya saya tahu.."senyum lelaki didepannya dengan mesra. "Saya tahu siapa kamu kerana saya la yang menjalankan pembedahan pemindahan tulang sumsum kamu..."
Mendengar kenyataan itu Dante mengedipkan mata satu kali dan duduk di situ menghadap doktor di depannya. "Jadi betul la?"
"Apa yang betul?"
"Doktor adalah ayah kandung Mizuki..."lafaznya kerana tidak sabar. '
"Ya.."
"Boleh saya tahu kenapa doktor rahsiakan semuanya dari Mizuki sedangkan doktor ada peluang untuk ceritakan segalanya."
"Adakah kamu ke sini hanya kerana ingin bertanyakan hal itu?"
Terdiam seketika Dante kerana itu. Dia dalam diam mengetap gigi kerana cuba fahamkan situasi di depannya itu. Jadi selama ini Mizuki bersama dengan ayah kandung sendiri?Selama ni dia yang hantar Mizuki buat medical check up. Dia tak sangka pulak yang doktor yang merawat Mizuki adalah ayah kandung gadis itu.
Hanzo Yuma!
"Ya...saya datang ke sini kerana saya nak fahamkan sesuatu."angguknya tidak lama kemudian.
Doktor Hanzo tersenyum sekali lagi. Buatkan senyuman itu saling tidak tumpah seperti Mizuki apabila gadis itu tersenyum. "Sebab saya tahu ianya tidak akan memberikan sebarang beza sekiranya Mizuki tahu saya ayah kandung dia atau bukan. Lagipula sejak dia lahir sehingga la sekarang saya yang merawat dan membesarkan Mizuki."
"Dengan menjadikan dia bahan uji kaji?"tanya Dante sedikit jengkel. "Doktor tahu tak apa yang Doktor lakukan?Siang malam Mizuki tahan sakit sendirian. Walaupun dia tak beritahu...saya sedar dia selalu tahan sakit."
"Tanpa Mizuki juga kamu takkan berada di sini...takkan dapat bercakap dengan saya."beritahu Doktor Hanzo dengan nada dingin mendatar normal dia. "Lagipun saya telah minta izin dari Mizuki sendiri mengenai hal itu. Saya tidak pernah memaksa Mizuki jalani semua kajian tu tanpa kerelaan dia. Kan dia anak saya...sudah semestinya segalanya mengenai Mizuki akan saya titik beratkan.Dan kerana itulah saya izinkan dia keluar dari pusat ini untuk explore dan bertemu dengan pelbagai ragam manusia....sebab saya kisah tentang dia."
"Jadi selama ini semuanya atas kerelaan Mizuki sendiri?Uji kaji...bilik penjara...kelemahan dia..permintaan ayah saya...."
Doktor Hanzo mengangguk kepala. "Kamu patut tahu...Mizuki tu nampak saja macam lembab. Tapi dia bukan lembab. Tak perlu beritahu pun, Mizuki boleh agak sendiri siapa saya sebenarnya. Dan...Semua itu hanya lakonannya saja. Kalau kamu nak tahu. Mizuki adalah asset paling genius dan cekap dibandingkan mana-mana tentera yang kami cipta di sini. Walaupun dia ada kelemahan, semua itu tidak akan buatkan dia lemah atau rapuh. Dari kemahiran dan kepandaian dia, Mizuki adalah pemenangnya. Jika kamu risau mengenai kebajikannya, saya faham sebab saya rasa apa yang kamu rasakan tu."
"Jadi maksudnya selama ni-"
Doktor Hanzo mengangguk kepala. "Semuanya telah dirancang oleh Mizuki sendiri. Watak dan tingkah lakunya adalah strateginya. Bersesuaian dengan situasi yang dia perlu kendalikan. Dia tu tidak selemah yang kamu sangkakan. Jadi jangan risau mengenainya. Mizuki boleh handle semuanya dengan baik."
"Doktor tak risau ke?"
"Mestilah saya risau. Ayah mana aje yang tak risaukan anak perempuan dia sendiri. Nak buat macam mana. Mizuki telah setuju mengenainya. Dan Ayah kamu banyak berjasa dengan kami di sini. Sebagai balasannya, kami bantu ayah kamu untuk selesaikan isu kematian abang sulung kamu tu...sama seperti kami selamatkan nyawa kamu dulu."
"Maksudnya..."
"Dari dulu lagi ayah kamu memberi dana ke program ini...sejak dia tahu anak lelakinya sakit. Dia beri dana kepada pusat kajian ini...mungkin kamu tak tahu. Sebenarnya ayah kamu sangat ambil berat mengenai kamu. Siang malam Tuan Federico habiskan masa dia bersama Puan Ruby di pusat kajian ini untuk tahu perkembangan kamu."
Dengan nafas tertahan, Dante pandang wajah Doktor Hanzo dengan renungan tergamamnya. Selama ini dia ingatkan ayahnya tidak pernah nak ambil tahu dengan serius mengenai dirinya kecuali dia tahu dirinya sihat selepas membuat pembedahan. "Ayah dan mama saya buat begitu?"
Doktor Hanzo mengangguk kepala. "Ya."
Sebab itu ke ibubapa dia selalu lebih Danzo untuk lakukan segala aktiviti berat dan melibatkan diri dalam pelbagai aktivit?Sebab ayah dan mama dia tidak mahu bebankan dirinya ini? Jadi sebab itulah Mizuki tanya dia soalan begitu tempoh hari?Tanya dia apa pandangan dia dari sudut Danzo?
"Mizuki belum beritahu kamu ke?"kening Doktor Hanzo terangkat sedikit.
"Tentang apa?"
"Soal serum yang dia berikan kepada Puan Ruby untuk sakitnya. Mulanya saya ingatkan kamu yang cadangkan. Rupa-rupanya itu adalah idea dia sendiri. Nampaknya dia dah bonding dengan kamu lebih dari yang saya jangka.."
Semakin tergamam Dante mendengarnya. Mizuki beri serum untuk bantu rawatan mama dia?
"Tak...dia tak beritahu saya apa-apa mengenai hal tu."beritahu Dante dengan kening berkerut.
Doktor Hanzo sekadar tersenyum kerana dapat menjangka hal itu. Sedikit pun tidak terkejut.
"Jagalah Mizuki dengan baik. Dia minta saya lanjutkan tempoh persinggahan dengan keluarga kamu. Nampak sangat dia dah selesa dekat situ. Oleh kerana saya percayakan kamu, saya izinkannya. Tiga minggu dari sekarang..."
"Bila dia buat semua tu doktor?"
"Rasanya dua hari lepas semasa dia datang check up ke sini. Ingat ya pesan saya. Jaga Mizuki elok-elok. Dia susah payah tahan sakit semasa nak ambil darah untuk membuat serum Puan Ruby tau..jangan sakiti dia sama sekali. Sebab Mizuki tak pernah tahu rasa kecewa dan sedih."
End of flashbacks
Share this novel