10. Lesson One

Horror & Thriller Completed 8300

30 orang kadet berdiri dalam empat barisan yang lurus dalam keadaan rehatkan diri. Kepala mendagu dan dada mendabik. Wap putih dari hembusan nafas berkepul di atas barisan itu. Semuanya datang dari mereka yang bernafas di situ kerana kesejukan.

Mana la tidaknya, hanya mengenakan sepasang baju dan seluar sahaja di tubuh masing-masing. Dalam keadaan sejuk 18 darjah di situ, sesiapa sahaja akan rasa kesejukan! Pipi dan hidung mereka masing-masing ke merahan.

Tapi tak seorang itu.

             "Ke kanan lurus!"laung pelatih yang ada di depan barisan.

Dengan susah payah mereka semua di situ gerak untuk meluruskan barisan. Waktu itu setiap mereka berasa otot mereka kejung dan kaku kerana kesejukan.

Bila pelatih itu perasan ada yang lambat, pelatih itu berarak mendekati sasarannya. Dia keluarkan baton dari balik tali pinggangnya lalu diluruskan dengan kasar. Setiba di depan kadet malang itu, pelatih tadi terus menghayun batonnya sekuat hati lalu hinggap di belakang lutut kaki kiri kadet tersebut.

SNAP!

           "Argh!"teriak kadet itu sebelum jatuh melutut di lantai bersalji. Mata terpejam rapat memegang kesan pukulan tadi.

           "Bangun!"teriak pelatih itu.

Dalam kesakitan, kadet itu pun bangun. Dia berdiri tegak semula namun hanya untuk di pukul sekali lagi di tempat yang sama. Kadet itu jatuh meniarap akibat rasa sakit yang teramat sangat pada kesan pukulan itu.

Semua kadet di situ pandang dengan penuh terror. Mereka semua menahan nafas tanpa sedar kerana risau diri mereka pula jadi sasaran pelatih mereka nanti.

            "Lembab!Sejuk sikit pun tak tahan ke?"bebel pelatih itu. "Sekarang semua sekali bench 100 kali!"

Ekoran rasa takut dan tidak mahu disakiti semua kadet yang ada dengan patuh tunduk bercangkung sebelum mula melakukan push up dan berdiri semula mengikut jumlah kiraan yang di arahkan.

Namun ramai-ramai di situ hanya seorang sahaja yang tidak lakukannya. Berdiri di antara barisan memerhatikan setiap kadet yang sedang bergerak cangkung dan berdiri silih ganti.

            Hal tersebut di sedari oleh pelatih tidak guna tadi. "Siapa kamu?"jerkah pelatih itu dengan bengis. Dia jalan mendekati kadet yang sedang berdiri memandang ke arahnya dengan tangan di belakang badan. Baton masih dalam cengkaman. Seorang kadet perempuan berambut hitam berkilat tersenyum kepadanya. "Hei!Yang kau tak buat apa aku suruh kenapa?"

             Mizuki tersenyum. "Kenapa saya kena buat?"tanya dia.

           Pelatih itupun apalagi, dia buat muka funny. Matanya naik turun judging."Sebab aku yang suruh. Kau jangan nak cari pasal ya. Atau aku hentak kepala kau dengan baton besi aku ni?Nak ke?"soalnya.

Semua di situ ada yang berhenti dari bergerak, ada juga yang bergerak sambil memandang ke arah Mizuki. Mereka sendiri kecut perut, Mizuki si kadet baru itu boleh pulak berani menentang dan menjawab kata-kata atasan?

             "Bukannya saya buat salah apapun. Yang salah kan mamat ni tadi."

             "DIAM!!"bentak pelatih itu di depan muka Mizuki.

              Mizuki tidak berkedip apatah lagi terkejut. Senyuman terukir di bibir dengan lebar. "Kalau tak nak buat apa?"Saya tak faham...awak sendiri pakai baju tebal tapi suruh kita orang pakai baju nipis begini. Kemudian berharap yang kita orang akan berkawad dengan baik....cuba kalau awak sendiri yang pakai t-shir nipis dan legging ni. Boleh?"kalau orang biasa bercakap pasti akan mengeluarkan wap ketika suhu sejuk. Tapi tidak Mizuki. Wajah dia tidak kemerahan apatah lagi mengeluarkan kepulan wap kerana tubuhnya tidak menghasilkan haba secara normal.

              "Memang nak kenana?"soal pelatih itu bersama hidung kembang kempis  hilang sabar saat mengangkat tangan berbaton tadi dengan tinggi sebelum di pukul tepat ke muka Mizuki.

Berpaling kepala Mizuki ke kanan dengan laju akibat pukulan itu.

Serta merta suara menahan nafas kedengaran di kalangan mereka. Masing-masing tergamam. Langsung tidak berani hendak bersuara apalagi menghalang.

Mizuki menarik sengih meleret. Matanya menjeling tajam ke pelatih di depannya sebelum mengangkat tangan untuk mengusap kesan sakit di pipi kirinya.

             "Jangan sesekali melawan kata-kata atasan. Ingat sikit. Kau tu kadet bawahan. Melanggar arahan atasan akan fikenakan tindakan disiplin. "

              "Oh really?Kalau macam tu apa hukuman kepada pelatih yang mengggunakan kekerasan tanpa sebab yang kukuh pulak? Gantung?Lucut jawatan?Atau hukuman sama macam mereka kenakan?" tanya Mizuki bersama senyuman meleret di bibir. Dia turunkan tangan dari pipinya yang sakit semasa bercakap. Memandang tepat ke mata itu.

Mengerenyet mata kiri pelatih itu apabila dengar. Dalam diam tangannya mengepal penumbuk menahan sabar.

           "Tunggu apa lagi!Buat bench 100 kali. Kemudian lari keliling padang sebelum bersurai. Sekarang!"laung pelatih itu tanpa mengalihkan pandangan matanya dari Mizuki.

Hujung bibir Mizuki terjungkit sinis apabila pelatihnya terlebih dahulu mengalah.

         "Dan kau... berani sangat melawan kan. Kau tunggu surat panggilan dari atasan. Nanti baru kau sedar langit tu tinggi ke rendah!" desis pelatih itu dengan benci di depan muka Mizuki sebelum berpaling pergi dari situ.

Langkah itu diperhatikan oleh Mizuki dengan senyuman di bibir. Acah aje berani. Ugut sikit dah kecut! P**sy!

Waktu itu semasa kadet lain sedang sibuk jalani arahan pelatih tadi, seseorang perhatikan dalam diam di antara ramai-ramai di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience