13. Thieve.

Horror & Thriller Completed 8300

Flashbacks

Sambil baring bersandar di kerusi malas, kaki Dante berhayun kanan dan kiri sewaktu tilik skrin ipad yang ditegakkan pada perutnya waktu itu. Di hadapan dia pula Mizuki sibuk membuat skipping sebagai rutin untuk panaskan badan gadis itu.

              "30 kali lagi kemudian kau boleh rehat..."beritahu Dante.

               "No sh*t babe!"lafaz Mizuki dengan mengah sejak tadi tidak berhenti melompat. Rasa mengah di dada cukup beritahu entah sudah berapa kali 30 kali lompatan yang dimaksudkan oleh Dante tadi.

              "So pelan kita sekarang adalah untuk dapatkan perhatian mereka yang menjadi ketua segala ketua yang menyimpan 'cap mohor rahsia' akademi tu nanti.."beritahu Dante sebelum bersila lalu talakan skrin ipad ke arah Mizuki yang sedang melompat.

              "Ketua segala ketua?Memangnya dalam tempat tu ada berapa ramai ketua?"entah berapa banyak maklumat dia cuba simpan dalam kepala berkarat dia ni, dari hari tu lagi dia cuba baca setiap maklumat yang diberikan oleh Dante, hanya beberapa aje melekat dalam neuron otaknya.

             "Yup..."Dante slide skrin lantas memaparkan satu wajah lelaki berberet biru gelap. "Liam Anthony. ketua plantun kadet junior. Dia terkenal dengan kekasaran ketika mengajar. And special things pasal dia adalah kuli untuk ketua-ketua ni. Apa-apa yang berlaku dia tukang report. Nak di jadikan pelan, kau akan ditempatkan satu plantun yang dia ajar. Cuba cari pasal dengan dia, lawan kata dia ke apa ke...buat ikut cara kau..terserah..."

              Mizuki berhenti dari melompat, dia berkerut kening saat menelan air liur untuk basahkan tekaknya yang kering dek kehausan. "Cari pasal?Macam mana?Tumbuk muka dia?Maki dia?Banyak pilihan kut...ikut hati aku kejungkan dia terus.."

               "Siapa suruh berhenti...lompat lagi!"arah Dante saat slide skrin seterusnya. "And please..jangan kejungkan dia depan ramai orang...kau akan tahu bila cue untuk kau buat hal...masa tu kau tarik perhatian dia..buatkan dia report hal ni pada ketua-ketua dia...nanti kau akan di panggil oleh mereka untuk sesi 'temu ramah'..."

               Mahu tak mahu Mizuki teruskan skipping. Matanya terarah pada Dante. "Temu ramah?"

              "Ya...dia orang mungkin akan bagi kau warning atau something like that...apa yang penting dekat sini, aku perlukan kau untuk ingat dimana bilik perjumpaan dia orang tu...pass masuk...cctv dan juga pengawal yang berjaga dekat kawasan tu..."beritahu Dante semasa tunjuk gambar Lorong, cctv dan pengawal yang mengenakan pakaian pengawal di skrin ipad sebagai contoh untuk pengetahuan Mizuki nanti.

               Mizuki kecilkan mata kerana ingin pandang dengan jelas. "Kemudian?Apa kau nak buat lepas aku dapatkan semua maklumat tu nanti?"
End of flashbacks

Dua orang berpakaian tebal serba hitam berdiri menghadap dinding batu yang diselaputi dengan salji putih. Masing-masing mengenakan topeng mulut di wajah. Membuatkan penampilan mereka sukar untuk dikenalpasti yang mana lelaki yang mana perempuan.

             "Curi?"bisik Mizuki saat dongak memandang Dante baling tali mendaki melepasi dinding batu setinggi 10 kaki itu. "Kita nak mencuri?"

            "Kau ada idea lebih senang ke untuk dapatkan pass masuk tu dari dia orang?"tanya Dante saat mengetatkan ikatan pada tali itu lalu di tarik ke atas untuk secure keselamatannya.

            Mizuki perhatikan tingkah laku cekap Dante dari balik gogel hitam yang dipakainya. Memang nampak hitam, tapi kalau dalam gelap Nampak merah. Jadi tahap penglihatannya lebih jelas. "Mintak aje la ...apa susah. Kan ada mulut..macam aku mintak kau peluk..'Hey Tyler boleh pinjamkan pass masuk awak untuk kita orang?' hah gitu.."ujarnya sambil tadah tangan seakan berlakon meminta.

               Hal itu buatkan Dante berdiri tegak. Lelaki itu pandang hairan dari balik gogelkan akan Mizuki waktu itu. Tangan yang bertadah itu ditepuknya."Kepala kau nak mintak. Kau tu kalau cakap memang tak fikir atau memang itu fikiran kau?"tanya dia semasa menarik lengan Mizuki supaya mendekat kepadanya. Berdiri sahaja gadis itu di tepi dia ikatkan tali pada aba-aba yang siap pasang di pinggang gadis itu.

            "What?Salah ke?"soal Mizuki blur-blur. "AI tempat yang jaga saya tu ada kata tau...kita ni jadi manusia kena selalu buat kebaikan supaya hati kita bersih. Jangan terlalu banyak fikir buat jahat nanti tak happy..."bebelnya. "Sebab jiwa tu gelap..."

             Selesai menguruskan Mizuki, Dante lilitkan tali pada alat mendakinya pula. Menggunakan pengalaman dari latihannya, dia dengan cekap memasang semua alat itu ke badan sesaat kemudian. "Panjat badan aku..."arahnya dalam keadaan bersedia.

              "Saya tak faham...kenapa saya kena ikut awak waktu malam-malam macam ni.. bersalji bagai semata nak pecah masuk asrama pelajar lelaki...awak kan lelaki... masuk aje la guna pagar..."tanya Mizuki semasa dekati Dante lalu peluk sekeliling leher itu sebelum melompat ke badan itu. Kedua-dua kaki dia melingkar dengan mudah ke sekeliling pinggang tu pula. Buatkan Dante mendukung Mizuki.

             "Sebab kau yang tahu dekat mana pejabat dia orang...dan kau kena tahu...aku bukan student akademi ni...pelik la kalau masuk lalu pintu depan..."bisik Dante sewaktu peluk sebelah tangan badan Mizuki sewaktu dia mula daki dinding itu dengan tangan sebelah lagi.

Dua orang itu mula bergerak naik dinding itu sedikit demi sedikit. tanpa dikesan sesiapa.

            "Yang awak ni tahu ke bilik Tyler tu dekat mana?"tanya Mizuki lagi saat perhatikan mereka sudah berada di atas tembok batu itu. Gayat dia menengokkannya. Mujurlah kaki dia erat memeluk pinggang Dante. Kalau tidak mahunya jatuh bergolek macam buah betik busuk!

             "Aku ada hack system maklumat pelajar."jawab Dante. "So aku tahu dekat mana bilik mamat tu berada..."

Mizuki jarakkan sedikit kepalanya untuk pandang muka bergogel dan bertopeng Dante kerana kagum. Lalu dia peluk dengan erat lagi kerana geram.

            "Awak ni bijak la...saya suka lelaki bijak..macam mesin AI saya. Dia pun pandai. Semua perkara dia tahu...dari saya kecil sampai saya besar, dia la yang ajar saya ABC, 123, eja...baca...you know... everything.." ceritanya semasa Dante membawa mereka turun pula dari tembok itu.

Sesampai di puncak dinding itu, Dante turun ke bawah dalam keadaan yang sama. Mendarat sahaja mereka, tali-tali yang mengikat mereka segera di rungkai olehnya.

             "Tapi saya sejuk sangat ni."sungut Mizuki sambil berlari setempat. "Saya okay aje kalau suhu sejuk tapi jangan sejuk sangat... tak elok untuk jantung nanti darah lambat pam. mati la pulak saya ni hah..."

              Bersama renggusan jengkel, Dante tanggalkan sarung tangan kanannya. "Pegang tangan aku dulu."arahnya.

Mizuki tunduk memandang tangan Dante yang dinari-narikan supaya digenggam.

               "Hehehe...yeah!"ketawa Mizuki dengan teruja sebelum tarik sarung tangan kirinya lalu capai tangan Dante untuk di genggam dengan erat.

Lalu mereka berdua menyusup merentasi kawasan lapang itu di balik kegelapan malam sehinggalah tiba di pintu masuk asrama lelaki. Menggunakan tingkap yang terdapat di tepi bangunan asrama tersebut.

Seperti pencuri professional, Dante ketuai Mizuki untuk masuk ke bangunan tersebut hingga tiba di tingkat tingkat melalui tangga kecemasan. Mereka membelok ke kanan koridor setelah tiba di tingkat berkenaan lalu berhenti di hadapan sebuah pintu berwarna biru cair bernombor '183' yang tertarah pada sebuah plak besi.

Sambil ditemani Mizuki, Dante bercangkung di situ mengumpil kunci tombol pintu tersebut tanpa sebarang bunyi. Hampir seminit berlalu barulah ia berjaya di buka. Waktu itu Dante beri isyarat supaya Mizuki stay di luar pintu dan senyap yang mana dipatuhi Mizuki tanpa bersuara.

Terkebil-kebil la Mizuki berdiri dekat situ.

Apabila Dante masuk ke bilik tidur yang didiami dua orang pelajar itu, dia berhenti seketika untuk menilik situasi. Kepalanya dengan awas mencari tuan punya barang untuk di ambil. Di kanannya seorang lelaki berambut pendek tidur meniarap. Bila muka itu dia kenalpasti bukan yang dicari, kepalanya gerak ke kiri, waktu itulah Tyler yang tidur dalam keadaan tertib di katil berada. Terus dia dekati almari belajar sebelah katil Tyler. mencari pass masuk. Cemas la jugak sebab ingatkan tak ada. Sekali tu bila dia toleh rupanya pas itu ada tergantung di hanger bersama uniform atas jendela. Memang lekas-lekas dia ambil dan berlalu keluar dari bilik tu sepantas kilat la!

Ditutup pintu itu seakan tidak pernah dikumpil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience