21. Budak Suruhan.

Horror & Thriller Completed 8302

Kawasan koridor sesak dengan pelajar yang mahu melihat keputusan di papan notis. Mereka hendak memastikan kedudukan masing-masing dalam senarai kadet cemerlang sebelum waktu kuliah yang seterusnya berbunyi.

       "Woah...!Memang tak boleh dinafikan la...Jaocquin sentiasa top1.."puji seorang kadet lelaki bernama Ryu. .

Matanya tertumpu pada nama pelajar yang berada di kedudukan nombor satu. Markah kadet itu hampir menyampai markah penuh. Hanya kurang dua point sahaja.

        "Tak ada sesiapa boleh kalahkan dia..."

Kadet perempuan berambut panjang di sebelah Ryu bernama Lea menjawab. Mendengar hal itu dia menoleh dengan muka pelik.

Apa yang pelik sangat sampai nak terkejut?Nombor aje pun.

          "Jom pergi...yang belakang nak tengok pulak."Lea menarik Ryu bersama untuk beredar. Masing-masing telah mengetahui kedudukan sendiri. Hendak buat apa lagi di situ.

Mizuki masih berdiri di situ bersama kerumunan kadet yang lain. Disebabkan dia budak baru, namanya memang tidak senarai sehinggalah masuk bulan kedua dia berada di situ nanti. Tangannya masih meratah daging jerky yang diambil dari kantin tadi.

          "Pandai la sangat kalau gunakan orang lain untuk kesenangan sendiri.."suara di belakang pula kedengaran.

Kening Mizuki berkerut setelah dia dengar. Perlahan-lahan kepalanya di toleh ke balik bahu.

Seorang kadet lelaki dengan muka tidak puas hati berdiri memandang papan carta kedudukan bersama kening mencerun marah.

          "Dia dapat markah tu lepas seksa dan malukan hidup orang tanpa hati perut... senang la cakap."tambah kadet lelaki itu apabila mata itu mula kemerahan dan berair.

Sambil tarik jerky yang digigitnya itu, Mizuki terpandang akan kepalan penumbuk kadet lelaki itu. Hairan dan tertanya-tanya. Kenapa kadet lelaki ini kelihatan tidak puas hati sangat dengan keputusan Joacquin.

           "Kenapa awak cakap macam tu?"tegur Mizuki  tanpa rasa malu. Main tegur aje orang yang tak dikenali. Kena marah baru tahu!

           Kadet lelaki itu turut tersentak. Dia pandang ke kanan dimana Mizuki sedang berdiri depannya. Renungan dingin itu terarah tepat ke mata biru gelap Mizuki. "Kau budak baru...kau tak tahu apa-apa"

           "Sebab saya tak tahu apa-apa la awak kena beritahu saya supaya saya tahu...ya tak?"

            Kadet lelaki itu berdengus mengejek. Dia pandang muka innocent Mizuki untuk seketika sebelum berkata."Mari ikut aku."kadet lelaki itu mengarahkan Mizuki.

            "Ke mana?"Mizuki mengekori tanpa berfikir panjang.

Selepas itu mereka berdua berdiri di suatu sudut yang jauh dari jarak pendengaran orang. Di situ tiada orang.

Seperti berjaga-jaga, kadet itu pandang sekeliling untuk pastikan line clear!

           "Kalau kau nak tahu...kadet bernama Jaocquin ni iblis bertopengkan manusia...dia perdayakan orang dengan lakonan syok innocent dia tu...lepas seseorang tu masuk perangkap...dia akan kenakan orang tu cukup-cukup. Samaada pergunakan kepandaian orang tu mahupun maruah orang tu sendiri..."

            Mata Mizuki terkedip-kedip semasa kadet lelaki itu bercakap. Teruk sangat ke abang handsome bernama Joacquin tu? "Dan awak adalah...?"

            "Aku Jimmy...budak suruhan Jaocquin setiap kali dia mahu aku siapkan apa saja jenis kerja kursus atau tugasan."

            "Kenapa awak tak tolak permintaan dia?"

             "Kalau aku tak ikut apa dia cakap...dia akan susahkan ayah aku.."air mata di tubir itu mula bergenang. "Semua kejayaan dia tu di atas penderitaan aku.."

             "Takkanlah."Mizuki mengawal nada suara. Nafasnya tertahan-tahan tanpa sedar.

             "Kau tau tak...akademi ni semua di bawah biaya ayah-ayah mereka yang berkuasa dalam dunia ketenteraan. Jadi kalau dia orang ada kuasa, anak-anak dia orang yang belajar dekat sini salah gunakan pengaruh tu untuk susahkan hidup orang lain..."

             "Adakah Danzo Luth pun sama?"duga Mizuki dengan mata di kecilkan semasa memandang Jimmy. Cuba hendak pastikan abang kadet depannya ini tidak menipu.

             Terdiam Jimmy di situ. Dia pandang Mizuki naik turun apabila mendengar nama itu. "Dari mana kau dengar nama tu?"

Mizuki menjungkit bahu sambil buat muka tak tahu.

              "Dah lama tak dengar nama tu sejak kejadian tu berlaku.."beritahu Jimmy sambil termenung memandang ke satu arah dengan riak yang tidak ditafsirkan.

              Kepala Mizuki terlentok sedikit. "Kejadian apa tu?"

              Jimmy melepaskan keluhan panjang sebelum berkata. "Benda dah lama...orangnya pun dah meninggal dunia...tak ada gunanya di ungkit semula.."

Mizuki buat muka hampir hendak menjerit supaya Jimmy beritahu aje terus. Tapi dia diamkan aje sebab tak nak Nampak obvious sangat. Nanti apa pulak Jimmy fikir...susah pulak dia nak mengelat nanti.

Kenapa la susah sangat nak tahu kenapa Danzo mati?

Memangnya rahsia apa yang tersimpan di sebalik kematian anak sulung Federico ni?

Susah betul....

              "Kalau kau nak tahu pasal kes Danzo Luth...kau boleh tanya sendiri dengan mereka yang menyimpan maklumat dan artikel aktiviti di akademi ni.."jelas Jimmy. "Kalau nak aku yang ceritakan..aku takut salah maklumat pulak. Yalah kes ini adalah isu sensitive... lagi-lagi bila melibatkan sendiri kematian seseorang..."

             "Siapa?"kening Mizuki terangkat tinggi.

             "Perpustakaan."jawab Jimmy.

             "Perpustakaan tu tempat bukan orang..."keluh Mizuki sedikit letih dengan perbualan mereka itu.

              "Memanglah...tapi orang yang menjaganya kan ada."Jimmy mengocek sesuatu dalam seluar kadet lalu mengeluarkan kertas dari situ. Pen yang tersemat pada poket baju di tarik. "Kau pergi cari orang bernama Tyler Hyston."

Heh?Tyler?

               Mizuki tersengih kekok. Adakah Tyler yang dimaksudkan oleh Jimmy adalah Tyler yang sama dia ketahui ke? "Siapa dia tu?"

              "Dia adalah Ketua Jabatan Maklumat dan Perpustakaan."Jimmy menyerahkan kertas itu kepada Mizuki lalu memeriksa jam di tangan. "Sorry...aku tak boleh lama. Ada latihan kawad kejap lagi. Jumpa nanti.."pamitnya sebelum berpaling dari situ.

             Memang sah dia dalam masalah sekarang ni!Kertas itu diambilnya dengan teragak-agak. "Boleh pulak...ramai-ramai manusia dekat sini..lelaki menakutkan tu jugak ke yang aku kena cari?"keluh Mizuki sebelum pandang ke kanan koridor cuba nak cari idea macam mana dia perlu dapatkan maklumat tanpa melibatkan Dante atau Federico?

❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience