Pintu bilik terbuka dengan kasar. Dua beranak itu jalan berarak laju. Seorang dengan muka berang. Seorang dengan muka tenang bersahaja. Maid yang ada dalam bilik itu kelam kabut undurkan diri untuk keluar dari situ memberi ruang kepada mereka.
"Apa yang kamu fikir kamu cuba lakukan Dante!?"soal Federico semasa mengekori langkah Dante yang bergerak ke arah sofa di situ. "Ayah fikir kamu akan lindungi Mizuki?Kenapa boleh jadi begini?"
Sambil membuat muka jengkelnya, Dante duduk menghenyak punggung di sofa lalu gerak mencapai remote tv. Dia tekan punat merah di situ lalu on skrin tv supaya menyala. Buat tak dengar akan leteran ayahnya itu.
"Mizuki beritahu kamu perlukan senjata untuk lindungi diri dia...dan kenapa kamu pulang bersama Mizuki dalam keadaan berdarah yang parah begitu?Kamu tahu tak betapa susahnya ayah nak berurusan dengan Program Sierra untuk dapatkan Mizuki bagi menegakkan keadilan untuk Danzo?Kamu dengan mudah biarkan dirinya cedera!?"
Dante tukar channel tv, cuba mencari siaran yang menarik perhatian dia untuk tonton. Sikit pun tidak menghiraukan bebelan Federico waktu itu.
"Dante Luth!" Federico rampas remote tv itu dari tangan Dante bila dirinya tidak dihiraukan. Lelaki itu berdiri melangit di depan Dante yang sedang duduk. "Ayah sedang bercakap dengan kamu sekarang ni?"
Malas-malas Dante pandang akan Federico. "Ada apa?"soalnya kedengaran marah.
"Ada apa kamu tanya?Ayah tanya kamu kan...kamu tembak Mizuki ke?Ayah benarkan kamu pegang senjata berbahaya tu untuk jaga Mizuki...bukan malah cederakan dia...kamu ni dengar ke tidak apa ayah cakapkan sejak tadi?"
Dengusan kecil lepas dari hidung Dante saat bangun berdiri dari duduknya. Berdiri melangit di depan Menteri Pertahanan Negara itu.
"Kenapa ya...ayah sikit pun tak pernah nak pandang Dante ni sebagai anak yang berguna?Kenapa setiap perbuatan Dante ayah anggap salah? Ada aje slack Dante dekat mata ayah? Kalau Danzo bukan main lagi ayah puji melambung. Apa buruk kurang dia sikit pun ayah tak pandang. Asal Dante aje...mesti ada yang salah...ada yang kurang."soal Dante.
Terdiam Federico waktu itu. Orang tua itu pandang tidak berkedip akan wajah dingin Dante.
"Fine.Ayah nak tahu sangat kan. Bukan Dante yang tembak Mizuki. Anak komander si Jarrel tu yang tembak Mizuki dulu. Dia tembak sebab Mizuki cuba cari tahu siapa yang terlibat dengan kematian Danzo kesayangan ayah tu. Ikutkan hati memang dah lama Dante tembak setiap seorang dekat situ. Biar berterabur otak dia orang!Kalau bukan teringatkan ayah yang nak tahu sangat kenapa Danzo mati memang tak la Mizuki cedera..."luah Dante dengan kesal.
Federico pandang dengan kening mencerun. "Mereka yang tembak Mizuki?"tak mungkin Mizuki tidak melawan.
"Dante tak tahu apa deal yang ayah dah buat dengan Mizuki sampai dia sanggup nak lakukan semua ni dan bahayakan diri dia. Tapi biar Dante beritahu ayah. Kalau ayah nak tahu siapa pembunuh Danzo, ayah kena percayakan Dante. Beri sepenuhnya kepercayaan kepada Dante. Bukan harapkan orang lain...sekarang ayah yang ambil risiko untuk berurusan dengan Mizuki. Jadi terima kesan dan akibatnya la...jangan tahu cari salah Dante aje.."beritahu Dante lagi.
Mata Federico bergerak ke belakang kepala Dante dimana bingkai keluarganya berada. Wajah Danzo dan Ruby tersenyum indah. Sementara Dante hanya serius tidak tersunging sengih. Di dalam gambar jelas kelihatan mereka sahaja gembira tapi tidak anak bongsunya. Perlahan-lahan dia pandang semula ke wajah Dante yang tegang.
"Bagaimana keadaan Jarrel?"tanya Federico. "Adakah kamu apa-apakan dia?"
Dante berdengus mengejek. "Untung-untung dia bukak mulut..."balasnya sebelum rampas remote dari tangan ayah dia. Lalu kembali fokus pada skrin tv semula.
"Ayah tanya kamu...kamu apa-apakan dia ke?"
"Alah...calar sikit aje pun..."
"Dia tahu kamu siapa?Macam mana kalau dia buka mulut?"
Terasa mahu melenting di situ, Dante tarik nafas dalam-dalam lalu dihembus panjang. Kecik besar aje la dia menghadap ayahnya ni. "Tak. Ayah ingat Dante ni bodoh sangat ke nak buat kerja terang-terangan?Tak adanya si Jarrel tu berani nak bukak mulut...kalau dia bukak mulut...cari nahas la tu namanya.."
"Kamu hati-hati Dante...jangan sampai ketahuan..."
"Ni ayah...Dante nak tahu...apa syarat ayah dengan Mizuki tu sampai dia sanggup nak turutkan permintaan ayah ni?"
Untuk beberapa saat Federico terdiam kejung. Dia pandang tidak berkedip akan pertanyaan Dante itu. Dah sudah!Nak jawab apa pulak. "Soal tu..."
"Tak mungkin Program Sierra sanggup nak lepaskan asset terpenting mereka keluar dari pusat tu tanpa sebab yang kukuh. Memangnya apa yang ayah cuba nak lakukan?Takkan semata nak cari siapa pembunuh Danzo aje?"Dante pandang curiga. Dari minggu pertama Mizuki jejak kaki ke kediaman mereka sejak itu dia tertanya-tanya.
Dalam diam Federico menelan air liurnya dengan kesat. Cuba nak susun ayat bagaimana mahu menerangkan hal sebenar kepada anak lelakinya.
"Seperti yang kamu tahu Program Sierra adalah program rahsia kerajaan yang mana mereka cipta senjata untuk peperangan dan misi rahsia...."mula Federico.
Dante diam di situ. Dia perlahankan volume siaran tv untuk dengar dengan lebih jelas.
"Syarat persetujuan mereka melepaskan Mizuki adalah, mendapat dana rahsia dari ayah sendiri untuk melanjutkan apa saja kajian misteri yang mereka cuba jalankan. Sebagai ganti, Mizuki dibawah jagaan ayah. Lagipun ayah kandung Mizuki sendiri yang izinkan Mizuki keluar dari pusat tu.."
Izinkan-What kandung!?
"Apa?"kening Dante mencerun tajam. "Ayah kandung Mizuki masih hidup lagi selama ni?"
Federico mengangguk kepala.
"Beliau enggan anak beliau terperangkap lama di tempat itu. Kebetulan ayah sedang mencari bantuan. Dari situ kami berhubung. Maka terikat la perjanjian ni...bila semuanya selesai, Mizuki boleh tinggal di sini sehingga dia di panggil semula untuk kembali."
Dante menggeleng kepala tak percaya. Dia dah tak tahu nak cakap apa lagi.
"Ayah juga berjanji untuk berikan bekalan haba kepada Mizuki sebagai upah dia. iaitu kamu."akhir Federico.
Dante tidak peduli ayat terakhir itu sebab memang dah tahu. Apa dia nal tahu sekarang...celah mana datangnya soal ayah kandung Mizuki ni."Ayah tahu siapa ayah kandung Mizuki?"tanya Dante dengan renungan dalam penuh maksudnya.
Perlahan-lahan Federico mengangguk kepala. "Kenapa kamu tanya?"
Share this novel