Selepas waktu terakhir latihan renang, semua kadet berpusu-pusu pulang ke dorm masing-masing. Tapi ada juga yang stay back, ada yang ke bilik latihan untuk menajamkan skill mereka.
Di suatu sudut dalam perpustakaan yang sunyi, kelihatan kadet perempuan bersanggul sedang leka membelek rak dimana simpannya majalah akademi. Selepas beberapa kali belek barulah berjaya menemuinya. Dia terus menarik majalah itu dari celah majalah lain tanpa berlengah. Tiba-tiba majalah yang terselit antara majalah itu terlepas lalu terjatuh atas kepalanya.
BUK!
"Adoi!"Mizuki mengaduh kesakitan. Kepala yang berdenyut sakit itu di gosok-gosok. "Nasib baik bukan buku besar. Kalau tak benjol kepala aku..."suaranya bergema seketika dalam ruangan yang lengang itu. Memandangkan tiada siapa yang ada di dalamnya.
Seusai mendapatkan majalah yang dikehendaki, Mizuki jalan keluar dari Lorong rak itu lantas gerak ke meja yang kosong. Lampu stand warna putih yang tersedia di situ Mizuki nyalakan lalu di talakan pada muka majalah tersebut.
Brit!
Brit!
Brit!
Tidak semena satu Getaran dirasai pada pinggang kanan. Terkejut dengan Getaran itu, Mizuki tunduk menyelak pakaian dia. Bipper hitam yang dipasang siap pada tali pinggang itu kemudiannya di teliti. Bacaan suhu badannya rendah. Namun tekanan darah dia normal. Sudah beberapa hari dia tidak meresap sebarang haba atau mengambil suntikan. Jadi suhu badan dia kerap turun dibandingkan naik. Memandangkan nyawa dia tidak dalam bahaya, Mizuki tidak hiraukan Bippernya.
Cepat-cepat Mizuki kembali membuka muka depan majalah itu. Dia lihat pada senarai isi kandungan terlebih dahulu. Jarinya gerak dari atas ke bawah lalu berhenti pada Tahun 2022 jadi target Utama dia. 2 tahun sebelum Danzo meninggal dunia.
Bila dia selak ke muka surat berkenaan, mata terus membaca tajuk Utama di muka surat tersebut. 'BATCH 22'. Banyak wajah-wajah tidak dikenali terpapar di situ. Lalu kelihatan nama Danzo di antara banyak-banyak kadet di situ.
Mizuki tunduk meneliti gambar saiz passport itu dengan minat.
Rupa Danzo tidak saling tumpah seperti Dante. Bezanya hanya bentuk muka sahaja. Di bibir lelaki itu senyum tapi kelihatan fake. Sesiapa pandang boleh tahu yang Danzo Nampak macam terpaksa dekat dalam gambar tu. Dante atau Danzo, dua-dua Nampak dingin!
Jari Mizuki pegang muka surat seterusnya. Kertas itu di selak. Dan di muka surat itu mengandungi maklumat tentang rekod kecemerlangan setiap kadet yang tersenarai di situ. Baru sahaja dia mahu membaca butiran di muka surat itu, ekor mata dia perasan akan kelibat hitam menghampiri dari depan.
Secara refleks Mizuki pun mengangkat kepala memandang ke depan meja sebelum di kejutkan dengan riak dingin wajah seseorang sedang berdiri di depannya. Serius beritahu, lepas dia pandang keningnya terangkat sedikit kerana terperanjat.
"Hi...Tyler kan?"senyum Mizuki semasa perhatikan lelaki menakutkan itu mendekati meja tempat dia duduk.
"Apa kau buat dekat sini hah?"kening Tyler sedikit berkerut apabila mata dia terarah pada majalah yang terbuka di bawah lengan Mizuki.
"Baca."Mizuki tunduk membaca semula. "Takkan la menjahit pulak kan ."
"Apa yang kau baca?"
"This...and that..."
Tyler beri renung judging saat berdiri di situ tunduk memandang kepala Mizuki. "Kau masih cuba cari maklumat tentang Danzo Luth?"soalnya.
"Hm."angguk Mizuki tanpa memandang kerana sedang membaca butiran di muka surat majalah berkenaan.
Tyler tarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Mizuki. Duduk saja dia di situ, Tyler diam tidak mengatakan apa-apa kecuali duduk di situ memerhati Mizuki dengan curiga. Wajah gadis itu kelihatan lebih pucat dari kali terakhir dia temui Mizuki. Sakit apa perempuan ni.
"Kenapa?"soal Tyler selepas itu. Dia masih tak habis fikir sejak kejadian yang menimpa dirinya dan rakan-rakan dia tempoh hari. Kenapa budak baru depan dia ni cuba cari tahu tentang Danzo Luth? Kalau bukan kerana amaran yang diberitahu Jarrel, dah lama dia buat perhitungan dengan Mizuki.
"Awak kenal rapat dengan Danzo?"barulah Mizuki mengangkat kepala. "Selain Joacquin ada tak orang lain yang berkawan dengan dia?Macam girlfriend ke?"matanya di kedip-kedipkan.
Untuk beberapa saat mereka berdua sekadar membalas renungan tanpa mengatakan apa-apa.
"Hm?"Mizuki menjungkitkan kening lagi kerana ingin tahu.
Tyler melepaskan hela nafasnya yang panjang. Nak tak nak dia terpaksa jugak mengalah.
"Danzo tu budak lelaki yang pendiam. Dia tak banyak bergaul dengan orang lain. Suka buat hal sendiri. Jadi semua orang dekat sini buat hirau tak hirau je dengan kewujudan dia. Kalau kau tanya kawan dia siapa, orangnya macam mana...aku sendiri tak tahu nak beritahu macam mana. Sebab dia private kan diri dia. Dari identity latar belakang karakter dan semua pasal diri dia Danzo tak pernah share dekat sesiapa?"
Mizuki topang dagunya semasa pandang Tyler.
"Walaupun Danzo begitu, dia seorang kadet yang sangat cemerlang. Sentiasa mendapat tempat pertama. Pelajar paling digemari oleh pengajar. Sangat baik hati dan suka menolong orang lain secara sembunyi. Kematian dia jugak adalah berita mengejut buat kami semua dekat sini. Memandangkan dia sendiri tidak penting, tiada siapa kisah kenapa dia mati.."sengih Tyler dengan sinis. "Tapi kenapa kau nak tahu pasal Danzo?Dia tu siapa dengan kau?"
Mizuki kembali pandang muka Danzo di majalah. Dia melepaskan keluhan panjang. Kalau macam tu kenapa Danzo boleh mati?Ada sesuatu yang tak kena dah berlaku....
"Kenapa awak nak tahu?Kalau saya beritahu awak akan bawa mulut pada ketua menjengkelkan awak tu?"
"Siapa yang menjengkelkan dekat sini hah?Bukan kau ke yang cuba cari pasal dengan kita orang dulu?"
Mizuki pandang judging ke Tyler lalu berdengus tak percaya perhatikan lelaki di depannya itu.
"Well...awak tu sedar la diri sikit...kalau dah buat salah kena la mengaku salah...bukan malah tutup salah tu.." cebiknya.
Tyler buka mulut hendak membalas tapi dia ambil keputusan untuk mendiamkan diri. Buang masa dia aje la!
"Lagipun bukan salah saya. Awak semua cedera sebab awak cederakan saya dulu. So fair and square."tambah Mizuki lagi.
"Kalau kau tak dedahkan rahsia kita orang...tak adanya kau cedera."
"Benda boleh bincang kut...buat apa nak gaduh."
Terketap nipis bibir Tyler semasa dia menahan sabar dengan perbalahan mereka itu.Dia pandang Mizuki dengan jelingan tidak suka. "Aku tak peduli apa urusan kau dekat sini tentang Danzo...tapi aku beritahu kau la ya...kalau nak hidup lama jauhkan diri kau dari Jaocquin. Dia bukan sebarangan orang kau patut libatkan diri..."pesannya tidak rela. Patutnya dia biarkan aje...tapi itulah...
"Ohhh....so sweet."dadanya dipegang seakan tersentuh. "You worry about me. Thank you.."sengih Mizuki dengan ceria.
"Bukan risau...cuma nasihat."Tyler sondongkan sedikit dirinya ke Mizuki lantas berbisik perlahan. "Sejahat-jahat kita orang dekat sini...jahat lagi si Jaocquin tu."wajah Mizuki itu di tatapnya dengan dalam.
Mizuki diam memandang wajah serius Tyler setelah lelaki itu berkata.
❄️❄️❄️❄️❄️❄️
Share this novel