Incubator Sierra adalah sebuah tempat berbentuk kubah yang terletak di tengah-tengah bangunan Pusat Kajian Antarabangsa di situ.
Dan alasan Utama kenapa Federico sanggup susahkan diri dengan datang ke situ sendiri bukan melalui perantara adalah untuk menyampaikan permintaan kecil beliau. Dia mahu imbalan balik di atas perbuatan mereka yang telah menganiaya anak lelakinya.
"Kenapa tuan tak beritahu saya yang kita akan lawat tempat sepanas ni?"bisik lelaki di sebelah kanan Federico saat menanggalkan kot dari badan ekoran telah berpeluh akibat kepanasan.
Federico tidak mengatakan apa-apa. Dia yang mengenakan baju uniform tentera itu memang berpeluh tetapi tidak mengeluh. Kerana waktu itu dia terlalu sibuk memikir ayat bagaimana hendak berdepan dengan orang ini. Sebabnya kalau dia tidak berjaya juga dengan pelannya ini, mungkin kali ini dia akan menghantar keranda isterinya pula nanti.
Thea berhenti di hadapan sebuah pintu slidding automatik. Dia masukkan passcode melalui peti keselamatan di situ sebelum pintu kaca itu terbuka dan melangkah masuk. Federico di belakang mengekori dengan mendabik dada yakin. Tiga orang pengawal di belakang tadi sudah sibuk mengipas baju sendiri sebab tak tahan panas di situ.
"Mizuki...orang yang mahu menemui kamu telah tiba.."maklum Thea kepada orang yang sedang terapung di atas permukaan kolam renang di tengah ruangan itu.
Federico dan yang lain terus mengerling ke dalam kolam renang yang terisi dengan air berwarna merah keorenan itu.
Mereka di situ diam perhatikan wap yang keluar dari permukaan air itu. memang seriau rasa kerana dapat tahu bahawa gadis itu sedang berendam dalam air panas tersebut bersama dengan suhu di situ yang memang gerah semacam!
"Kau bawakan aku 'snek' ke?"tanya suara itu dengan ceria tanpa bergerak dari kedudukan terapungnya di situ. Tak ada sikit pun reaksi kepanasan atau sakit di wajah itu.
Thea tersenyum kekok saat memandang Federico bila Mizuki bertanya begitu. Selamba aje budak bertuah ni tanya. Ingat manusia ni Pringles ke?Seminggu yang lepas baru aje Mizuki serap haba dua orang pengawal bertugas. Bila di tanya kenapa, jawapannya adalah 'snek' kegemaran Mizuki. "Keluar la dari situ dulu. Kamu akan tahu nanti..."
Tubuh yang terapung itu akhirnya bergerak lalu jalan dengan bersahaja dalam air tersebut hingga tiba di anak tangga. "Wow...manusia la!Lama dah aku tak jumpa manusia selain kau masuk ke tempat aku ni." tanya dia semasa mendaki anak tangga di situ.
Thea mengetap garis nipis di bibir. Ya..alasan kenapa dia pakai pakaian hazard ini adalah kerana sebagai langkah berjaga-jaga supaya tubuhnya tidak disentuh oleh mahluk asing di depannya ini.
Tiga orang pengawal di situ pandang akan gadis yang mengenakan blaus putih pesakit dibadan basah kuyup jalan mendekati mereka dengan renungan kejung. Kagum melihat betapa pucatnya kulit badan dan renungan milik gadis depannya mereka waktu itu.
Federico teguh berdiri di situ sehinggalah gadis lampai paras dadanya itu berhadapan dengannya. Mata biru ocean di depannya di tatap terdesak.
Senyuman tersungging di hujung bibir itu kerana tertarik dengan tiga manusia bertubuh hangat di belakang Federico waktu itu. Sudah lama dia tidak menikmati 'snek' kegemarannya. "Nak apa?Darah aku lagi?Atau sel sumsum aku?"tanya Mizuki dengan kepala terlentok ke kanan.
"Kamu terima tawaran saya...saya akan berikan kamu kebebasan untuk mengambil haba manusia tanpa dihukum."beritahu Federico dengan mendatar tanpa emosinya.
"Serius?"tanya Mizuki.
Federico mengangguk kepala. "Ya. Sekiranya kamu lakukan apa yang saya arahkan, kamu bakal menikmati bekalan kehangatan manusia tanpa terhad. Dan kamu juga boleh berehat dari dijadikan bahan ujikaji mereka di sini."
Sambil menguak rambutnya ke belakang Mizuki beri tatapan kegelapannya ke Federico. Jarang dia dapat tawaran menarik seperti ini."Serius?No more needle or scanning? memangnya orang dekat sini dah hilang akal atau aku yang masih khayal? Hahahah...aku takkan di hukum langsung?Takkan di bekukan dalam ais lagi?"
Federico mengangguk sekali lagi. "Saya janji."lafaznya dengan perasaan marah dan tekadnya. Dia berharap pesalah dan pelaku yang menjadi punca kematian anak lelakinya bakal menerima hukuman setimpalnya!
Mizuki memberi senyuman menampakkan barisan gigi kerana begitu teruja. Sudah lama dia terkurung dalam kubah ini. Tangan dia sudah gatal hendak menyentuh kulit manusia dan benda hidup!
"Sure.Why not...dah orang offer kan. Takkan nak tolak?"
Federico membalas tatapan ceria Mizuki bersama renungan dingin.
Share this novel