Apabila Dante keluar, dia capai lengan Mizuki dan berjalan lekas meninggalkan koridor itu dan keluar dari bangunan asrama untuk ke bangunan Utama pula.
"Dah dapat pass tu?"tanya Mizuki semasa mereka berlari merentasi jalan bersalji tebal di situ. Mujur waktu itu salji turun lebat, segala jejak mereka dengan mudah di tutup dengan salji yang turun itu.
"Dah...sekarang tunjukkan aku jalan ke pejabat yang dia orang bawak kau..." beritahu Dante dari balik nafas mengahnya.
"Kita nak buat apa dekat situ?" terkedek-kedek kaki Mizuki semasa mahu menyaingi langkah lekas Dante ditambah-tambahkan lagi berat salji pada kasut yang dipakainya itu, makin lambat jadinya.
"Ambil maklumat yang akademi ni sendiri tak simpan....kau lupa ke?Kan Jarrel beritahu, tempat ni ada peraturan...dan peraturan tu adalah dia...itu bermakna apa-apa saja yang berlaku luar dan dalam akademi ni ada dalam tangan dia...sebab itu kita kena pecah masuk pejabat dia orang dan ambil semua maklumat yang dia orang simpan dekat dalam tempat tu..."
"Eh?"Apa?Mizuki langsung tidak dapat menangkap langsung apa yang disampaikan oleh Dante. Cakap bukan main laju. Entah mana titik noktah entah mana koma...dia tak tahu..
Terpinga-pinga Mizuki apabila mereka tiba di depan pintu masuk bangunan Utama. Mahu tak mahu dia terpaksa tunjukkan jalan ke Dante untuk ke pejabat itu. Mulanya dia nak bawa lalu pintu depan, tapi lepas teringat ada guard yang berkawal di situ, dia gunakan laluan kecemasan untuk naik ke tingkat atas.
Dan apabila tiba di koridor tingkat empat, Mizuki beritahu Dante ada satu CCTV dekat penjuru koridor sebelah kanan mereka. Kemudian satu dalam pejabat tu sendiri.
Dari maklumat itu, Dante gunakan gadjet peranti anti CCTV yang terpasang pada lengannya. Dia set up peranti itu untuk alihkan signal cctv tu supaya mereka tidak dirakam kelak.
Sambil tu Mizuki dekat sebelah dah tak duduk senang. Dia dah mula bergerak-gerak seperti cacing kepanasan.
"Shoot!Shoot!Shoot!Awak...saya nak terkucil ni!"bisik Mizuki lari setempat tidak tenang.
"What?"Dante berpaling pantas ke sisi. "Kau ni...masa ni jugak nak terkucil...tak nampak ke kita dekat mana sekarang?"
"Awak la...suruh buat kerja menakutkan ni sampaikan perut saya memulas.." rengek Mizuki sambil menggoyangkan lengan tu.
"Hish!Tahan sikit. Kejap lagi!"
"Kalau saya terkucil dekat sini macam mana?Hah!"
"Jangan nak buat hal!"
Dante tarik lengan Mizuki lalu gerak ke pejabat yang Mizuki tunjuk awal tadi. Dia gunakan pass yang milik Tyler lalu di tekap pada pad keselamatan tepi pintu slidding automatik di situ sebelum pintu itu terbuka.
Mereka berdua meloloskan diri ke dalam ruangan itu sebaik pintu slidding door itu terbuka.
"Nak terkencing dah ni Dante!"rengek Mizuki lagi dengan terdesak.
"Hish!Kau ni kan!Sabar aje la aku dengan kau ni.Heee!"deram Dante sebelum pandang kanan dan kiri bilik itu, mencari bilik khas itu. Lantas matanya ternampak. Terus dia pusing ke Mizuki. Bantu gadis itu untuk menanggalkan kelengkapan yang terpasang di badan itu dengan lekas. "Situ tandas. Make sure kau bersihkan betul-betul. Jangan tinggalkan jejak sikit pun..."pesannya sambil tu.
"Cepat...cepat...cepat"gesa Mizuki semasa tunduk memandang tangan Dante kelam kabut tanggalkan aba-aba memanjat dari badannya, sambil tu kaki dia berjoging setempat tidak tenang.
"Lekas!"desis Dante apabila selesai.
Mizuki terus pecut berlari masuk ke bilik air yang ada di sebelah kanan mereka.
Sementara itu, Dante gerak ke satu dari computer yang ada di situ, kepakaran dia dalam IT digunakan sebaik mungkin pada saat genting itu. Jari jemari bersarung tangan hitam itu gerak dengan laju menaip itu dan ini sebelum sebuah hard disk di cucuk masuk ke dalam CPU. Maka mula la sesi copy and paste segala maklumat yang tersimpan dalam motherboard computer pejabat tersebut.
Detik demi detik berlalu dengan genting.
Mata Dante sekejap-sekejap mengerling ke pintu slidding hendak pastikan keadaan masih selamat.
Sedang Dante rasa cemas, waktu itu bunyi flush tandas kedengaran, melompat terkejut dia dibuatnya. Memang dah mencarut habis dalam kepala sewaktu Mizuki berjalan keluar.
"Perempuan ni kan..."desis Dante dengan perlahan kerana geram. Mujur dia tak pegang senjata...kalau tidak memang dah ke alam lain Mizuki jawabnya.
"Ahh...lega pun.."ucap Mizuki.
Dante gerak ke tandas itu, dia jenguk ke dalam ruangan kecil itu untuk pastikan tiada kejanggalan di situ sebelum tutup suis lampu bilik air itu. "Kau dah bersih-bersih semuanya?
"Dah."angguk Mizuki dengan senyuman riang.
"Good...sekarang pakai balik semua ni. Kita akan keluar kejap lagi."arah Dante semasa tarik Mizuki ke tempat dimana kelengkapan gadis itu di tinggalkan tadi.
"Awak dah dapatkan maklumat tu?"tanya Mizuki semasa jengah kepala ke computer yang menyala di tepi mereka waktu itu.
"Dah..tengah download."Dante pasang alat-alat itu ke badan Mizuki sepantas dan secermat yang mungkin.
10 minit kemudian maklumat di dalam computer itu pun siap di copy. Dante kembalikan keadaan kepada sedia kala sebelum selitkan pas masuk pejabat tadi ke celah kerusi di situ sebelum keluar dari bilik itu.
Namun setiba mereka di tingkat bawah, tiba-tiba muncul kelibat lampu suluh dari kiri koridor. Buatkan Dante terus peluk Mizuki. Bawa mereka menyorok ke tepi dinding. Kepala gadis itu di sembam ke dada dengan cemas.
Memang berdiri kaku Mizuki masa tu, dia sendiri jadi gelabah bila Dante buat macam tu tiba-tiba. Disebabkan telinga dia hampir dengan jantung Dante memang dia boleh dengar betapa kencangnya degupan jantung lelaki tu.
Cahaya lampu suluh itu membias tempat persembunyian mereka tidak lama kemudian. Buatkan pelukan pada tubuh Mizuki semakin erat oleh Dante.
"Aku macam dengar sesuatu tadi la.."bicara pengawal itu kepada rakan sekerjanya di samping.
"Aku tak dengar apa-apa pun...kau salah dengar agaknya.."
"Serius..macam bunyi tapak kaki.."
"Jom la tengok sebelah sana.."
Mereka berdua di situ tunggu sehingga kelibat pengawal-pengawal itu menjauh baru la Dante bawa Mizuki lari dari situ menggunakan laluan sebelumnya.
Mereka berdua menyusup keluar dari situ dengan selamat menggunakan cara sama mereka masuk tadi.
Menggunakan kereta yang siap diparkir jauh beberapa meter dari kawasan sebenar, Dante pandu Mizuki pulang semula ke kediaman Federico.
Share this novel