9. Painless

Horror & Thriller Completed 8300

Flashbacks

Orang kata ibu dia yang cipta dirinya begini.

Tapi ada yang kata dirinya ini lahir kerana kesilapan ibunya yang mengandungkan.

Awalnya dia tidak mengerti sama sekali kenapa sejak lahir dia di besarkan dalam bilik kaca. Tidak berhubung dengan manusia apalagi bertembung dengan mana-mana orang tuanya.

Entah hidup entah mati orang tuanya itu, langsung tiada khabar berita.

Apa yang dia tahu, semuanya bermula selepas dia masuk usia 7 tahun. Jantungnya tidak berdegup kencang walau secepat mana dia telah berlari. Tubuhnya tidak hangat malah dia tidak boleh merasakan apa itu panas. Sampaikan dirinya demam pun tidak sedar kerana tidak kenal apa itu suhu panas. Sejak dia sedar bila tangannya tersentuh sesuatu yang hidup benda itu menjadi sejuk dan kejung tidak bergerak sejak itu dia tahu, dirinya ini bukan orang normal.

Pernah la jugak dia tanya pada mesin AI yang selalu temankan dia dalam bilik incubator tu. Siapa dirinya yang sebenar, dari mana asal dia, siapa ibubapa dia...tiada jawapan.

Sampai la satu masa, ada petugas manusia muncul untuk beri rawatan kepada dia selepas dapat tahu dia demam panas. Masa tu la dia tak sengaja sentuh petugas tu. Yalah..dah sakit sangat kan mesti la cari sesuatu untuk hentikan sakit tu, jadi lengan petugas tu jadi mangsanya. Kejung terus petugas tu!Tak bernafas!

Dan-dan...dia berakhir dalam bilik hukuman. Seluruh badan dia di renjat dengan eletrik beberapa kali sampai tak sedarkan diri. Katanya tindakan tu sebagai cara untuk hentikan diri dia dari terus berfikir hendak sentuh manusia. Yang mana berjaya.. walaupun sekejap aje.

Tanpa disengajakan kejadian sama berulang lagi. Kali ni bukan sebab dia sengaja sentuh, tapi kerana petugas baru itu cuba selamatkan dirinya saat jantung dia berhenti berdegup. Petugas itu dengan tekad cuba beri bantuan kecemasan. Sebagai langkah terakhir, petugas itu sentuh tangan untuk berikan haba kepada tubuh dia. End up...petugas tersebut meninggal dunia.

Memang tak boleh buat apalah

Sejak tu....

Semua orang dalam tempat tu fikir dirinya ini monster. Makhluk asing menakutkan sampai tiada satu manusia berani dekati dia lagi sehinggalah meningkat dewasa. Mereka semua fikir dia tiada perasaan, tiada emosi. Paling best, semua orang label dia manusia tiada otak yang tidak tahu berfikiran logik.

Mungkin sebab itu ibu dan bapa kandungnya buang dia di tempat asing tu. Mereka tak nak ada anak yang menakutkan seperti dirinya ini. Itu yang dia tahu tentang asal usulnya. Selebihnya hanya yang tahu saja tahu.

End of flashbacks

Sambil memeluk beg plastik berisi cip kentang. Mizuki jalan menyusuri koridor sendirian untuk kembali ke bilik tidur. Waktu itu sudah masuk jam tengah malam. Tiada orang berkeliaran dalam rumah agam tu kecuali dirinya. Semuanya disebabkan rasa lapar yang menghantui perut dia. Nak tak nak, terpaksa Mizuki keluar mencari makanan sendiri. Sampai sahaja dapur dia jumpa cip kentang ni atas kaunter. Belum dibuka lagi. Dia pun ambil la.

Sedang dia sibuk mengunyah makanan dalam mulut, telinga sensitif Mizuki menangkap bunyi dari selekoh kanan koridor. Buatkan langkah dia terhenti seketika. Mulutnya ikut berhenti mengunyah kerana ingin menangkap dari masa asal bunyi itu.

Hantu ke?

Ada momok sesat dalam bangunan ni?

Ke pencuri?

Duhh!

Ingin tahu, Mizuki membelok ke selekoh berkenaan. Kaki yang tidak beralas itu pijak lantai marble yang sejuk beku itu dalam keadaan terjengket-jengket dalam keadaan memegang beg plastik cip kentang.

Semakin dia mendekat, semakin jelas punca bunyi itu.

Dan ianya datang dari satu daripada banyak-banyak pintu yang ada di hallway itu. Ada cahaya muncul dari pintu yang tidak tertutup rapat di situ.

Berhenti sepasang kaki itu di depan pintu tersebut semasa mata biru gelap itu mengintai ke balik kuakan tersebut. Dia melihat wanita berambut Panjang mengurai dengan jubah tidur warna putih sedang duduk di atas lantai hadapan permaidani berhayun depan dan belakang.

Suara halus ikut kedengaran.

Sekejap-sekejap wanita itu berbisik akan sesuatu.

Sekejap-sekejap wanita itu merintih dan menangis meratap sedih.

Berkerut-kerut la jugak Mizuki waktu itu. Mulanya dia fikir hantu yang sesat, sekali bila teringat yang ada mommy Dante, tanggapannya itu terus berubah.

              "Apa yang makcik menakutkan ni buat dalam bilik sendirian tengah malam begini?" fikir Mizuki saat menyeluk masuk tangan dalam plastik cip kentang. Mengeluarkan sekeping cip kentang lalu di suap ke mulut. Mata dia masih mengintai ke dalam bilik itu.

              "Sebab awak anak kita mati!"

              "Ruby..."

              "Kalau awak tak bertegas pada dia...anak lelaki saya takkan tinggalkan saya. Kalau awak berhenti jadi sempurna...anak lelaki saya takkan mati.semuanya salah awak...."

Muncul Federico pula. Lelaki itu melutut di depan sang isteri yang sepertinya sedang memeluk sepasang baju.

               "Saya tahu saya salah. Berhenti sakiti diri awak begini. Kalau awak begini.. bagaimana dengan Dante. Dia juga anak awak...anak kita...jangan terus bersedih begini..."

Kata-kata itu tidak dihiraukan oleh isteri Federico. Wanita itu kembali berhayun depan dan belakang.

               "Danzo....kenapa kamu tinggalkan mommy  sayang..."rintih Ruby lagi saat mencium baju itu lalu di peluk rapat ke dada. rambut panjang mengurai itu menutupi seluruh wajah. Buatkan dirinya kelihatan menakutkan.

Tangan Mizuki yang sejak tadi sibuk menyuap makanan berhenti apabila lihat wajah Federico yang begitu sedih. Lelaki tua itu tunduk menekup muka dengan sebelah tangan dan bahu itu terhenjut-henjut kuat kerana menangis tanpa suara. Mungkin kerana terlalu sedih, Federico terduduk sama di depan isterinya.

Nak tahu keistimewaan kegemaran yang Mizuki miliki ialah dia tak tahu apa itu perasaan sedih. Dia tidak kenal perasaan kecewa, marah atau disakiti perasaannya. Jadi dia tak boleh nak menangis atau rasa kasihan bila tengok orang lain menangis. Tapi dia faham.

Faham orang menangis bila mereka dilukai.

Faham orang marah sebab mereka dikecewakan.

Dia faham.

Cuma itulah...dia tak peduli semua tu!

Sambil tersenyum, Mizuki berpatah balik ke arah dia guna tadi untuk kembali ke bilik tidur semula. Tangannya kembali menyuap kepingan fast food itu ke dalam mulut dengan berselera. Kaki yang tidak beralasnya jalan dengan riang sepanjang perjalanan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience