32. Neraka Kirim Salam!

Horror & Thriller Completed 8300

Selepas beberapa hari tidak hadirkan diri, akhirnya Mizuki dapat kembali menjejak kaki ke akademi itu selepas sihat sepenuhnya.

Disebabkan ketidakhadirannya itu Mizuki terlepas banyak perkara yang menyebabkan para coach dan rakan sekelas dia bertimbun-timbun memberikan kerja kepada dia.

Ingatkan dah masuk kelas tu dia disambut gembira ke...sambut parti ke apa kan...

Sekali tu...

Yang menyambut Mizuki hanyalah timbunan tugasan dan jadual latihan semata.

Tidak terkata Mizuki waktu itu.

Sudahnya jadual yang baru itu buatkan dia terpaksa luangkan masa lebih lama dari waktu asal sebelumnya.

Suprisingly, kelas seni mempertahankan diri Mizuki jatuh pada waktu sama dengan jadual Joacquin jalankan latihan.

Hah! Elok sangatla tu.

Nak tak nak, Mizuki kena jalani latihan bersama-sama dengan senior lain di dalam dewan gymnasium yang sama.

Alang-alang dah berjumpa ni, Mizuki mahu membuat perhitungan terhadap Joacquin selepas apa yang lelaki itu telah lakukan kepada dirinya.

Pasti terkejut beruk lelaki menyakitkan hati itu nanti melihat kedatangan dia.

Muahahaha!

BANG!

Terbuka kasar pintu bilik itu hingga daun pintu itu menghentak dinding dan mengeluarkan bunyi gegaran dari hentakan itu.

Surprise motherf**kers!

Melompat terkejut mereka yang ada di situ.

             "Hai semua!Sorry menganggu latihan senior-senior di sini dengan kehadiran saya ni..."Mizuki berjalan masuk ke situ dengan langkah riang penuh keyakinannya. Mesti la dia kena bersemangat!Nak mengerjakan punggung seseorang kan! Confident tu penting!

Joacquin di tepi bangku tempat duduk rakan-rakannya yang lain tercengang sendiri apabila melihat Mizuki berjalan masuk ke situ dengan keadaan sihat dan masih hidup?!

Seperti tahu-tahu, waktu itu la Mizuki bertentang mata dengan Joacquin. Senyum lebar gadis itu dibuatnya saat mereka berdua bertentangan mata.

              "Oh my gosh! Senior Joacquin..." laung Mizuki dengan over dramatik apabila melihat kelibat lelaki itu. "Ya ampun...lama rasanya saya tak jumpa senior.."berlenggok jalan dia waktu itu. Sengaja nak tarik perhatian kadet-kadet lain di situ.

Semua kadet senior situ pandang tidak faham. Ada juga yang membuat muka kebingungan masing-masing apabila melihat sikap selamba Mizuki saat gadis itu mendekati lelaki paling berbahaya dalam akademi ini.

               Joacquin buat muka tak senang. Dia berasa tidak selesa apabila ramai mata memandang ke arahnya waktu itu. "Kenapa kau dekat sini?"deramnya perlahan.

               "Duh...of course la sebab ada kelas."Berdiri sahaja Mizuki di depan Joacquin yang duduk itu, Mizuki tersengih. "Lagipun, kenapa senior tinggalkan saya sendiri dekat kelab hari tu?Tahu tak apa senior dah buat?"tanya dia dengan bersahaja.

Perlahan-lahan Joacquin bangun dari situ. Susuk lampainya itu melangit di hadapan Mizuki sesaat kemudian.

              "Baik kau keluar sekarang."arahnya dengan perlahan.

              Mizuki buat tak dengar. Dia bawa kedua-dua tangan ke belakang badan semasa bercakap. "Kesian kawan-kawan senior...dia orang tak sempat nak enjoy. Senior dah keluar dulu."sengih Mizuki semakin melebar.

              Berkerut bingung kening Joacquin. Dasar perempuan menjengkelkan. "Macam mana kau-"

              "Hahaha...jangan risau. Saya tak apa-apa kalau itu yang senior nak tanya. Kawan-kawan senior layan saya dengan 'sangat baik'. Malah saya sangat berpuas hati dengan layanan mereka tiga malam semalam. "Mizuki buat-buat muka tersipu malu saat bawa tangan ke depan mulutnya dan menepuk manja lengan bersweater lelaki itu.

Terkedu tidak terkata, Joacquin hanya mampu pandang dengan kening berkerut tidak faham. Yalah...dia langsung tidak mendengar sebarang khabar dari rakan-rakan tiga orang dia itu sejak tinggalkan Mizuki bersama mereka. Ingatkan dah mati dah si Mizuki ni.

Dan...dan...

Sihat walafiat rupanya!

               "Hari ni saya dapat tahu ada perubahan jadual dalam sesi latihan seni pertahankan diri. Coach arahkan saya ikuti kelas ini...tak sangka pulak saya sekelas dengan senior...Nampak sangat la kan kita ni ada jodoh!Ahaks!"beritahu Mizuki acah-acah malu."Sila beri tunjuk ajar ya."tangannya di bawa ke dada sambil tunduk hormat di situ.

               "Apa kau dah buat?"tanya Joacquin sedikit tercengang dengan situasi mengejutkan itu. '

                Hujung bibirnya terjungkit sinis."Apa?Buat apa?"soal Mizuki bingung-bingung.

                "Kau tak sepatutnya masih hidup lagi?"soal Joacquin akhirnya selepas teragak-agak seketika hendak bertanya. Dia tidak peduli kalau ada yang dengar sebab semua orang tahu siapa dirinya di sini.Sepatutnya tiga orang itu berjaya sakiti Mizuki sehingga gadis ini tidak mampu berjalan lagi...kenapa boleh jadi sebaliknya pula?

                Tidak semena Mizuki ketawa besar. Dia pandang kanan dan kirinya dengan perasaan tak percaya. "Saya tak tahu apa yang senior cuba katakan ni. Mesti la saya masih hidup lagi...kan saya berdiri dekat depan senior sekarang ni?"

Jengkel kerana kata-kata dia asyik di potong, Joacquin sondongkan mukanya ke depan mula Mizuki lalu berbisik.

                "Jangan nak happy sangat boleh tak? Memang kali kau selamat....not next time. Ini baru sikit....aku boleh buat lebih teruk dari tu..."

Mizuki pun apalagi, dia pun sama-sama dekatkan muka lalu berbisik manja.

                "Kalau macam tu saya nasihatkan supaya senior lakukan dengan tangan senior sendiri. You know...to be safe. Takut pulak next time tu gagal lagi nak hapuskan saya."

                "With my pleasure. "ketap Joacquin dengan benci.

                "Ingat...selagi saya tak dapat buktikan kematian Danzo...selagi tu saya tegak berdiri di sini...hantui mereka yang terlibat..."dengan manja Mizuki mengerutkan hidungnya.

                Jengkel dengan sikap mengada-ngada itu, Joacquin menjuling mata menyampah lantas tunduk mencapai beg duffel dia. "Apa-apa aje la!Aku blah dulu!" beritahu dia kepada rakan sekelasnya waktu itu sebelum jalan melewati Mizuki begitu sahaja. Dia kena cari tahu apa yang dah berlaku!Perempuan ni tak boleh hidup lama!

              Dan Mizuki pun sama-sama menoleh serentak ke Joacquin apabila lelaki itu melepasi dia tidak pandang apalagi tegur. "Eh...nak ke mana tu cepat-cepat!?Saya nak berborak dengan senior lama-lama lagi. "dia bawa tangan ke tepi mulut lalu melaung. "Banyak benda kita perlu bualkan ni...hello?" lantas dia melambai tangan cuba nak tarik perhatian Joacquin tetapi lelaki itu tidak endahkan.

Tidak menoleh sama sekali, Jaocquin angkat tangan kiri dia lalu memberi jari tengah ke Udara ditujukan khas untuk Mizuki waktu itu.

Terkejut Mizuki. Bulat mata dia pandang sebelum hujung bibirnya terjungkit suka.

            "Ahahahaha...senior..jangan lupa ya!Neraka kirim salam!"laung Mizuki dengan kedua-dua tangan di tepi mulut.

Joacquin dengar tapi dia buat-buat tak tahu dan hanya menonong terus ke arah pintu sebelum meloloskan diri keluar dari ruangan itu. '

Meninggalkan suasana gymnasium yang tegang dan kekok semacam sesaat kemudian.

           "Hehehe....teruskan latihan...."sapa Mizuki kepada mereka yang lain saat perasan dirinya di pandang pelik oleh kadet-kadet di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience