62. Terima kasih.

Horror & Thriller Completed 8300

Sedetik berlalu menjadi minit, minit berlalu menjadi jam...jam berlalu menjadi hari

Dan hari demi hari berlalu dengan kesibukan mereka yang sendiri.

Encik Federico kerap tidak pulang ke rumah atas factor urusan sulit negara yang memerlukan dia merantau ke segenap penjuru peta. Sekejap meeting bersama ahli kongres...sekejap urusan militari, sekejap urusan mesyuarat keselamatan....

Dante Luth pula sedang sibuk menjalani sesi peperiksaan akhir semester 2 dia...walaupun sibuk dia kerap juga luangkan masa bersama dengan Puan Ruby dan Mizuki. Namun tidak la lama, hanya beberapa ketika sahaja selepas itu Dante sibukkan diri dengan sesi ulang kaji.

Mizuki pula sibuk dengan pelan yang dia aturkan untuk misi terakhirnya. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Dalam akademi juga dia sibuk lakukan itu dan lakukan ini. Tidak berehat kerana masa dia sangat la terhad. Bermacam-macam perkara dia perlu uruskan sepanjang beberapa hari kebelakangan.

Sementara Puan Ruby, keadaan wanita itu semakin membaik. Dan boleh melakukan rutin harian seperti kebiasaannya. Seperti memasak, gardening, berjoging, gubah bunga di dalam pasu, makan tanpa disuap atau dipaksa.

Di balik kesibukan itu, tanpa sedar rupa-rupanya death line semakin tiba.....

Sekejap aje masa berlalu,

Rasa macam baru semalam dia sampai ke agam keluarga Encil Federico.

Beg bagasi terbuka luas di atas katil sementara beberapa helai pakaian bersepah di sekelilingnya. Ada juga stoking serta kasut berselerak di atas lantai berdekatan dengan katil itu juga.

Gadis bersanggul malas ke belakang yang hanya mengenakan singlet putih dan short pant pangkal peha sedang terangguk-angguk mendengar lagu melalui headfon di kepala duduk bersila di atas katil. Sambil tu tangannya ikut sama sibuk melipat pakaian untuk di letakkan dalam bagasi.

Tiba-tiba satu kelibat muncul dari belakang, membayangi Mizuki di katil itu. Dan tidak semena headfon di kepalanya diturunkan ke leher.

            Melompat terkejut Mizuki waktu itu. Kepalanya dengan laju berpaling. Kening terangkat tinggi setelah dia lihat siapakah orang di belakang. "Hi....Puan Ruby." senyumnya. "Ingatkan siapa tadi."

           Puan Ruby yang sedang menatang dulang berisi segelas jus oren dan sepinggan potongan brownies ambil tempat di katil itu lalu memangku dulang yang dibawanya. "Kamu dah mula mengemas?"

           Mizuki pandang semula ke bagasi dan pakaian yang bersepah di sekitarnya waktu itu. "Nampaknya begitu lah..."jawab dia kembali memandang Puan Ruby. "Ada sesuatu yang puan perlukan dari saya ke?"

           Untuk beberapa saat Puan Ruby diam meneliti wajah pucat Mizuki. Dari rambut hitam berkilat gadis itu berhenti dengan tatapan dingin. "Saya ada buatkan brownies..cuba la rasa. Sudah lama saya tidak memasak. Tak tahu la sedap ke tidak..." pelawanya sewaktu menyuap kuih dari dulang yang ada di pangkuan waktu itu.

           Tersengih meleret Mizuki bila dengar. Dia yang memang kuat makan tu terus capai satu potongan di dalam pinggan tu tanpa berlengah. "Mesti la sebab..nama pun air tangan ibu kan."selorohnya sebelum menyumbat satu potongan tu ke dalam mulut.

           Senang melihat tingkah Mizuki, Puan Ruby ikut menarik senyuman lebar. Namun sekejap saja. Selepas itu senyumannya memudar. "Mizuki"

          "Hm."sahut Mizuki tanpa pandang kerana waktu itu dia sedang melipat pakaian sambil kunyah makanan dalam mulut.

        "Sudah berapa lama kamu bersama kami di sini?"

        "6 bulan..."

        "Apa perasaan kamu selepas luangkan masa bersama kami di sini?"

         Mizuki ketawa kecil. "Happy of course."Walaupun adalah sikit-sikit Encik Federico spoilt mood...but mostly happy!

Puan Ruby mengetap lepas bibirnya beberapa kali kerana teragak-agak. Tapi dia luahkan jugak.

        "Macam yang kamu tahu. Beberapa tahun ni saya kurang sihat kerana kematian Danzo. Saya bukan macam saya pertama kali kita berjumpa. Dan saya ingat perkara-perkara yang saya lakukan di depan kamu sepanjang waktu saya kurang waras. Untuk itu, Dante telah menceritakan segalanya kepada saya mengenai apa yang berlaku dari sebelum kamu tiba sehingga la kamu bersama kami di sini"

Tangan Mizuki berhenti dari meletakkan pakaian ke dalam bagasi. Dia dengan kejung memandang Puan Ruby waktu itu.

         "Apa yang kamu telah lakukan cukup banyak buat kami sekeluarga"beritahu Puan Ruby dengan mimic muka hendak menangis namun masih menarik senyuman nipis. "Kamu selamatkan Dante...kamu bantu sembuhkan saya...cuba menegakkan keadilan buat mendiang anak sulung kami, Danzo...bantu Federico walaupun suami saya jenis yang bukan tahu hendak ucap terima kasih."

          Mizuki dengar suara lirih Puan Ruby sewaktu wanita itu bercakap namun dia tidak berasa sedih kecuali perasaan neutral. Iaitu tiada apa-apa perasaan. "Bukan itu ke tujuan saya dilahirkan??Bantu mereka yang dalam kesusahan?"

Puan Ruby cuba capai tangan kiri Mizuki, dia mahu menggengam tangan itu, Mizuki langsung tak sempat nak elak. Tahu-tahu aje tangan dia sudah di ramas oleh jari jemari hangat Puan Ruby.

           "Saya tahu tu. Still...saya masih hendak ucapkan terima kasih kepada kamu. Terima kasih Mizuki."

Memang meremang badan Mizuki waktu itu. Haba dari badan Puan Ruby menjalar masuk ke dalam saraf-saraf badan dia waktu itu jugak. Disebabkan Puan Ruby guna serum yang ada DNA dia, maka Puan Ruby takkan apa-apa kalau bersentuhan dengan dia. Same situation seperti Dante.

        "Jangan risau. Puan tak perlu berterima kasih. Saya lakukannya kerana saya diamanahkan untuk lakukan hal ni."ucapnya. Dia tahu selepas ini mereka berdua takkan ada peluang untuk berbual begini sekali lagi.

          "Saya tak tahu nak balas budi kamu bagaimana lagi..."

          "Hahaha...saya tahu."'

          "Apa dia?"

          "Apa kata puan Masakan saya makanan sepanjang sisa tempoh saya berada dekat sini?"

          Berkerut hairan kening Puan Ruby bila dengar.  "Huh?Sisa tempoh kamu di sini?Memangnya kamu dah nak pergi?"

           Tidak menghiraukan pertanyaan itu, Mizuki kembali melipat pakaiannya semula. "Boleh tak?"

            "Kalau memasak tu tiada masalah la...tapi bila hari terakhir kamu nanti?"tanya Puan Ruby lagi.

             "Nice!Kalau macam tu saya tunggu ya Masakan puan..."dalih Mizuki lagi dengan ceria. Nanti bila semuanya dah terbongkar, dia harap sangat yang Puan Ruby kekal tersenyum. Sebab tak lama lagi, jalan cerita Danzo akan jadi lebih brutal dari kemurungan Puan Ruby!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience