37. Nice Try

Horror & Thriller Completed 8302

Pintu cubicle tandas terbuka. Muncul Mizuki yang keluar dari situ. Belum sempat gadis itu hendak pandang ke depan, muncul beberapa tangan dari arah arah depan lalu mencengkam rambutnya dan tubuh dia jatuh tersembam ke lantai tandas itu.

Mizuki diheret menggunakan rambutnya oleh dua tangan yang mencengkam kuat dia sepanjang lantai tandas itu sebelum dia di berdirikan depan sinki yang sudah ditakung air penuh dalamnya.

           "Celuh dia dalam sinki tu!"arah satu suara dari belakang.

Mizuki yang tidak bersedia waktu itu langsung tidak dapat mengelak apalagi melawan apabila wajahnya di benamkan beberapa kali ke dalam sinki berair itu. Tangannya kelam kabut cuba mencari tangan yang memegang kepala tapi dia terlalu sibuk hendak tolak dirinya jauh dari sinki tu.

             "Jangan berhenti."

Apa yang dah berlaku?Siapa mereka semua ni?Kenapa mereka lakukan hal ni?Bermacam-macam soalan bermain dalam kepala Mizuki waktu itu. Oleh kerana rimas di perlakukan begitu, Mizuki berhenti bergelut. Dia tahan nafasnya sebaik mungkin sebelum berpura-pura yang dia pengsan.

Tindakan dia itu berjaya.

Mereka yang mengerumuni Mizuki itu sedar apabila Mizuki tidak bergerak lagi.

            "Dia dah tak sedar ke?"

            "Nampaknya macam tu la!"

            "Check dia..."

Mizuki dengar perbualan lelaki-lelaki di situ dalam diam. Walaupun tubuhnya di campak jatuh ke lantai sesaat kemudian, dia tidak terkutik sedikit pun. Malah hanya tenang baring di situ sampailah seseorang tunduk menghampiri diri dia.

Menunggu timing yang tepat untuk bertindak!

Terasa sahaja bayang semakin merapat kepadanya.

Waktu itulah Mizuki membuka mata. Terus bertentang mata dengan orang tersebut. Dia kemudiannya tersenyum kepada lelaki yang sedang tunduk memandang muka waktu itu.

             "Nice try..."satu hantukan tepat mengenai batang hidung lelaki itu.

              "Argh!"lelaki itu teriak saat jatuh tumbang ke belakang dalam keadaan tangan memegang hidung yang berdarah.

Sekali lompatan Mizuki bangun dari situ sebelum kakinya di lunjurkan ke depan. Memengkes orang yang paling berhampiran dengannya.

Lelaki kedua yang terkena sepakan kaki Panjang Mizuki itu jatuh terhantuk ke belakang dengan kuat dalam sekelip mata.

              "Sh*t!Kau kata dia tak sedarkan diri tadi!"seru suara cemas itu.

Apabila Mizuki dapat memandang dengan jelas siapakah tiga orang yang ada di situ keningnya terangkat tinggi, mereka adalah rakan sekelas dia. Ren, Hanz dan Cole.

             "Apa yang awak bertiga cuba lakukan ni?"soalnya semasa berdiri tegak di situ memerhatikan seorang demi seorang bangunkan diri dari jatuh masing-masing.

             Ren yang memberi arahan sejak tadi pandang Mizuki dengan renungan membunuhnya."Ini adalah amaran kepada kau sekiranya kau cuba lanjutkan siasatan kau di atas kes Danzo Luth..."beritahunya.

             Kepala Mizuki terus terlentok apabila mendengarnya. "Atas arahan siapa?"

             "Bukan itu yang kau perlu tahu. kalau kau berdegil untuk siasat kes ni, akan ada banyak malapetaka bakal menimpa kau nanti..."tambah Hanz yang berdarah hidungnya.

Oh really?

Jadi hal ni sudah ketahuan hingga ke tuan punya badan?

Siapa pulak yang berani terang-terang lakukan hal ni?

            "Jaocquin ke yang hantar awak bertiga ke sini untuk sakiti saya?"Mizuki jalan ke hadapan mendekati mereka. "Dia minta saya untuk hentikan siasatan ni?"apa isu lelaki tu dengan dia?Kenapa nak sangat dia mati?

Mereka bertiga di situ pandang Mizuki tanpa mengatakan apa-apa. Masing-masing terkejut sebab ingatkan Mizuki tidak pandai mempertahankan diri. Yalah mereka sekelas dengan Mizuki. Mereka sendiri Nampak betapa lemahnya Mizuki dalam semua kelas. termasuk la seni mempertahankan diri.

              "Saya tanya ni...Joacquin ke yang hantar awak bertiga?"

              Mata Cole lirik akan tatapan dan wajah dingin Mizuki waktu itu. Kulit gadis itu kelihatan pucat yang semacam. "Kalau kau nak hidup lama...dengar aje amaran ni."

              "Kalau saya tak nak...adakah awak bertiga akan terus menerus cuba sakiti saya?"berjarak tiga langkah dari mereka, Mizuki berhenti.

              "Jangan cabar dia."tegas Ren.

Dia?Siapa tu?

               Kening Mizuki berkerut-kerut tidak faham. "Siapa orang yang awak katakan ni?"titisan air dari rambutnya yang basah itu turun ke matanya. "Awak tahu...kalau awak beritahu hal sebenar...saya boleh pertimbangkan untuk lepaskan awak bertiga hidup-hidup..."senyumnya selepas itu.

               "Memangnya kau seorang perempuan boleh kalahkan kita orang tiga lelaki?Fikirkannya semula budak baru.."getus Cole dengan sinis.

Bahunya dijungkit tak tahu.

               "Ya...maybe saya patut fikirkan semula...fikirkan semula sama ada saya patut biarkan awak bertiga hidup, atau selesaikannya sekarang jugak..."glove yang terpasang pada tangannya itu digigit hujung jari dengan gigi sambil memandang mereka. "Saya ni pendendam jugak orangnya tau..."

Mereka bertiga pandang terkebil-kebil ke Mizuki saat gadis itu tanggalkan satu persatu glove hitam itu ke lantai.

               "Just talk please..."rayunya dengan manja semasa hampiri Cole terlebih dahulu.

               "Langkah mayat kita orang dulu!"deram Hanz yang terlebih dahulu menerpa ke arah Mizuki dengan pisau lipat di tangan kirinya.

              "As you wish...."Mizuki kerling ke pintu tandas Utama yang dihalang dengan batang mop. Sebelum melihat Hanz libas pisau tajam ke lehernya. Kalau la mereka tahu....

Semua ini hanyalah lakonan semata!

Setiap perbuatan dan tingkah lakunya ini hanya sandiwara semata.

Berpura-pura lemah adalah samaran sahaja!

Berkelakuan aneh adalah perangkap dia!

Bercakap banyak adalah strategi dia.

Last but not least,

Jangan lupa.....

Program Sierra mencipta tubuhnya ini bukan sekadar untuk dijadikan sebagai bahan uji kaji, tapi sebaliknya sebagai senjata bergerak juga!

Rasanya la kan...kenapa Federico arahkan dia ke sini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience