The Convenant adalah nama yang diberikan dalam akademi untuk beberapa jabatan dalam akademi latihan Akademi Ketenteraan Royal ini.
Antaranya seperti Bahagian Akademik. Bertanggungjawab terhadap latihan operasi, mobilisasi kesediaan, penyediaan perisikan, pendidikan, pengambilan, pendaftaran, kurikulum, bahan pengajaran, status pelajar dan hal ehwal akademik yang lain.
Bahagian Hal Ehwal Kadet. Bertanggungjawab terhadap kaunseling mental, bimbingan aktiviti kelab, pendidikan patriotik, keselamatan ketenteraan, hal ehwal awam dan hal ehwal berita.
Bahagian Hal Ehwal Am. Bertanggungjawab ke atas kakitangan, logistik, kejuruteraan, pembelian dan tawaran jemputan, dan hal ehwal am yang lain.
Pusat Maklumat &Perpustakaan. Bertanggungjawab mengumpul sumber pengajaran dan penyelidikan, perkhidmatan maklumat, dasar pembangunan maklumat, dan keselamatan kemudahan maklumat.
Pusat Bahasa. Bertanggungjawab dalam pengurusan pengajaran bahasa bantu, pendidikan berterusan bahasa, mewujudkan platform pembelajaran bahasa, peperiksaan bahasa dan hal ehwal orang asing.
Comptroller Office, Bertanggungjawab mengumpul sumber pengajaran dan penyelidikan, menyediakan perkhidmatan maklumat, dasar pembangunan maklumat, pemeriksaan pembangunan sistem dan hal ehwal keselamatan kemudahan maklumat.
Pejabat Pengajar:
Bertanggungjawab terhadap latihan ketenteraan, latihan kecergasan fizikal dan teknik pertempuran kursus reka bentuk dan pelaksanaan
Dispensari. Bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan, pentadbiran perubatan tentera,perkhidmatan perubatan, penjagaan kesihatan alam sekitar, perubatan pencegahan, dan aplikasi bekalan XIII kelas.Sekiranya perlu, sebarang perubahan organisasi, pelarasan atau peningkatan perlu disahkan oleh MND.
Jabatan-jabatan ini la yang melancarkan segala perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran para kadet.
Namun di balik setiap jabatan ini tersembunyi banyak rahsia yang tiada siapa berani hendak dedahkan. Sisi gelap tempat ini adalah, walaupun banyak melahirkan kadet yang Berjaya, tidak semuanya Berjaya keluar dari tempat ini hidup-hidup.
Terlalu banyak kisah berdarah yang langsung tiada seorang manusia yang ketahuinya selain mereka yang duduk dalam setiap jabatan yang terlibat. Rekod-rekod banyak di palsukan untuk menutupi kegiatan jahat mereka di tempat itu.
Sebab itulah kalau ada berlakunya kematian, tiada siapa dapat peroleh bukti atau rekod yang kukuh. Semuanya kerana segalanya di sembunyikan dari balik tabir.
Hanya yang tahu sahaja tahu.
Yang tidak tahu, tiada siapa tahu apa kebenaran sebenar.
Kenapa masih ada yang mahu masuk ke situ dan menjadi kadet dalam akademi ini walaupun ada banyak ke kematian terjadi?
Pertama, normal la. Namun tempat latihan Ketenteraan. Cedera dan kematian itu benda normal.
Kedua, sebab siapa yang telah mengikuti latihan dalam akademi ini tidak boleh sesuka hati berhenti kerana bakal dikenakan denda dan bayaran yang tinggi sebagai ganti rugi.
Ketiga, untuk anak-anak keturunan dari keluarga tentera biasanya akan lanjut terus pelajaran ke akademi tentera sebab segala kos bakal di bayar dan ditanggung sepenuhnya tanpa mengeluarkan duit. Pendek cerita free. Benefits sebagai anak kepada pejuang negara kononnya.
Keempat, akademi ni ada undang-undang mahkamah Ketenteraan. Jadi kalau ada apa-apa kes, semua masalah tu kena settle kan masalah tu di antara mereka aje. Tiada penglibatan orang luar.
Pihak polis ke...raja ke ...sesiapa la langsung tak boleh masuk campur.
Jadi kalau ada kes seperti kemalangan, kecederaan, mishaps, mishandled atau paling parah kematian di antara kadet yang terlibat, tiada siapa boleh buat sebarang tindakan.
"Siapa budak baru masuk ni?"tanya Jessica, ketua bahagian hal ehwal kadet yang sedang duduk membelek fail profile pelajar yang diperoleh dari Admin sebentar tadi.
"Lelaki?Perempuan?"tanya Gray,ketua bahagian Dispensari saat menulis laporan palsu untuk kewangan dari jabatan peralatan dan makanan kadet di tempat itu depan computer.
Lalu Tyler lelaki bertubuh tegap dan lampai dengan uniform lengkap pangkat satu yang lengkap, ketua Pusat Makluman dan Perpustakaan bersuara. "Aku ada dengar cerita di ke sini kerana isu disiplin yang tidak dapat dibendung. Siapa nama dia?"
Ketua mereka, yang sedang berdiri menghadap jendela bersama mug dalam tangan berisi kopi hangat diam memerhatikan kumpulan kadet sedang berkawad di depan Kawasan lapang menghadap jendela itu. Dua orang pelatih sedang terpekik-pekik memaki hamun kadet yang gagal bergerak dengan seragam mengikut barisan yang lain.
" Mizuki Aesira...aku dengar dia budak dari pusat latihan rahsia government." beritahu Jarrel, ketua bahagian Pengajar.
"Serius la?"Jessica angkat fail yang dibacanya tadi kerana terkejut dengan isi kandungan profile tersebut." Bunuh tiga orang petugas?"soalnya semasa membaca tulisan dalam kertas di fail itu.
"Siapa aje yang berani-berani rekomen budak ni masuk ke sini?Memangnya sini rehab pemulihan budak bermasalah ke?" soal Gray dengan sengih mengejeknya. Dia pandang ke Jarrel. Anak kepada ketua komando Ketenteraan. Mana-mana akademi kenal siapa ayah Jarrel. Jadi tiada siapa berani hendak bergaul dengan mereka sesuka hati apatah lagi mencari pasal. Sebab itu pihak polis atau mana-mana pihak beruasa langsung tak cuba masuk campur urusan di dalam akademi ini.
Jarrel memandang kosong ke kadet yang sudah terbaring di atas lantai bersalji di situ selepas di tendang oleh pelatih bertugas. Langsung tidak berkedip atau cuba menghalang akan kejadian itu."Mari kita tengok, sehebat mana budak bermasalah ni." ujarnya dingin.
Gray dan Tyler pandang ke tepi muka Jarrel dengan tatapan penuh maksud mereka.
"Apa kau nak buat?"tanya Tyler. "Nak buat cara sama macam kita hapuskan kadet perempuan hari tu ke?"
"Hahaha....cara sama?Aku on aje...Lagipun dah lama kan sejak kes tu?8 bulan lepas rasanya."komen Gray.
Jessica berdengus kecil kerana berasa lucu dengan insiden yang pernah terjadi tidak lama dulu. Seorang kadet perempuan cuba mengurat Jarrel dengan menghantar surat cinta pada lelaki itu. Tapi sayangnya Jarrel reject kadet perempuan itu dengan cara paling memalukan sampaikan kadet perempuan itu ambil keputusan untuk bunuh diri tapi end up brain dead lepas terjun dari tingkat tiga tempat ini.
"Hei...Jarrel. Apa yang awak sedang fikirkan tu?"tanya Jessica apabila perasan lelaki itu diam termenung memandang keluar sejak tadi.
Jarrel tidak menghiraukan pertanyaan itu. Dia hanya suka berdiam dari bercakap. Banyak sangat bercakap buat kepala dia serabut!
Share this novel