Lengan Hanz itu di tepis Mizuki dengan mudah. Dia capai pergelangan itu sebelum di patahkan ke bawah. lelaki itu jatuh melutut serta merta di depan.
"Tsk..tsk...tsk...Awak patut gunakan peluang yang saya berikan..."katanya saat sentuh tangan itu dan menyedut haba tubuh Hanz. Betapa nikmatnya dia rasakan saat tenaga dari serapan itu menjalar ke segenap urat sarafnya.
Tubuh tidak bernyawa Hanz jatuh rebah kejung di lantai itu setelah Mizuki lepaskan lelaki itu.
Ternganga Cole apabila melihatnya.
"Kau tunggu apa lagi!Serang dia!"arah Ren saat berlari ke arah Mizuki hendak menendang kepala itu.
Tidak bergerak dari tempat dia berdiri, Mizuki tunggu sehingga kaki Ren hampir seinci hendak mendekati kepala. Dan apabila hal itu terjadi, Mizuki undur satu langkah ke belakang dengan tenang. Buatkan angin dari sepakan padu itu menyapa wajahnya.
"Terlalu lambat..."ucap Mizuki semasa pegang kaki Ren dan memusingkannya hingga tercampak badan itu ke batu sinki di situ hingga ia pecah berderai. Mengerengkot kesakitan Ren dibuatnya. Lelaki itu terlentang ke lantai tidak dapat bergerak.
Dan...dan...
Tidak berlengah, Mizuki muncul di atas lelaki itu. Duduk sahaja di atas perus itu, dia tekap tangannya ke muka itu.
Menggelupur Ren saat dia merasakan seluruh tubuhnya menggigil penuh terdesak hendak bernafas taktala suhu sejuk mula menyelubunginya. Lelaki itu cuba alihkan tangan Mizuki tapi belum sempat hendak dia turunkan tangan tu, Ren berhenti bernafas.
Cole di penjuru yang saksikan hal itu pandang dengan penuh terror sampaikan tubuhnya tidak dapat bergerak kerana tidak faham.
"Ahhh.....this felt so good!"lafaz Mizuki dengan senyuman high dia. Serius beritahu, serap haba dari badan manusia adalah kegemaran dia! Dari ekor mata, Mizuki perasan hanya Cole yang tersisa di situ, tanpa berlengah langkahnya di atur mendekati lelaki itu.
Selangkah Mizuki ke depan, selangkah Cole undur ke belakang. Sampailah lelaki itu terperangkap di penjuru dinding tandas itu.
"Now...handsome boy...saya janji akan lepaskan awak...kalau awak sudi berikan saya nama orang yang menghantar awak ke sini untuk sakiti saya"ajunya sebaik tiba di depan Cole. Tangannya naik memegang dinding di tepi kepala lelaki itu.
Mata Cole tidak berkedip memandang wajah basah dan dingin pucat Mizuki waktu itu.
"Siapa kau sebenarnya ni?" Seakan dia baru sahaja melihat orang mati hidup semula.
"Hahaha....awww ..poor baby. Baru nak tanya sekarang ke? Next time awak kena buat homework dulu sebelum dekati saya. Well perkenalkan....saya adalah seorang gadis yang dihantar untuk bawa neraka kepada awak semua."senyumnya.
Bersama linangan air mata di kelopak, Cole berbisik lemah. "To-tolong....ja-jangan bunuh aku. A-aku beritahu...Nama dia Sab-"
"Ya?"Mizuki dekatkan telinganya di depan mulut Cole. "Siapa?"
"Sabrina Haydn....."terketar-ketar Cole sebut hingga bunyi giginya bergelatukan kuat.
Siapa pulak kali ni?Mizuki kemudiannya pandang Cole dengan manja. Dia pandang bibir lelaki itu lalu bawa tangannya naik. Dari dada naik melurut ke leher itu.
"Awak tahu...sekali saya sentuh seseorang...saya takkan berhenti sampai saya rasa puas...tapi jangan risau. Saya akan berlembut dengan awak...trust me... it's painless."
Mata Cole turun ke bawah apabila perasan tangan Mizuki naik mahu menyentuh dirinya. Oleh kerana lidahnya kelu akibat terkejut, dia hanya mampu menggeleng kepala dengan perlahan.
Dia tersenyum manja.
"Kirim salam mereka di sana nanti ya"Mizuki sondongkan wajahnya sebelum mengucup bibir itu dengan senyuman lebar. Dah lama dia tak buat begini! Kedua-dua tangannya memeluk sekeliling leher itu.
Meronta-ronta la Cole di dalam pelukan itu. Cuba nak selamatkan diri, tapi Mizuki menamatkan riwayat Cole tidak sampai beberapa saat kemudian.
Selepas tubuh itu kejung, Mizuki lepaskan Cole begitu saja. Terjelepok tubuh itu ke lantai seperti beg duffle.
"Kau orang patut dengar cakap aku..."ujarnya dengan kesal. Habis lencun pakaian dia!Macam kucing kebasahan pun ada!
Sambil membetulkan pakaian dan rambutnya basah, Mizuki kesat bibirnya sebelum tunduk mengeluarkan telefon dari poket seluar. Nama Federico di sentuh sebelum telefon itu di bawa ke telinga.
"Hello?"suara Federico kedengaran tidak lama kemudian.
"I got names..."sebut Mizuki semasa tunduk menyelongkar pakaian Cole di bawah kakinya itu. Sebuah telefon lipat dijumpai dalam poket seluar itu.
"Siapa?"
"Sabrina Haydn...Joacquin Royal."beritahunya sebelum berjalan ke arah pintu tandas. Batang mop yang menghalang pintu itu di campak ke tepi.
"Berapa orang kali ni?"
Mizuki ketawa kecil bila dengar soalan itu. Macam tahu-tahu aje! "Tiga orang..."
"Tetapkan lokasi. Dan pergi dari situ dengan segera. Pastikan tiada siapa yang lihat."pesan Federico.
Koridor itu lengang. Tiada orang sama sekali. Sunyi sepi seperti dalam cerita seram zombie dalam Tv.
"Baik."sambut Mizuki sebelum putuskan panggilan itu. Lantas telefon Cole yang dia ambil tadi mula di geledah isi kandungannya.
Share this novel