Seminggu kemudian....
Waktu senja.
Pemandangan dari atas bumbung bangunan di pandangan dengan renungan dingin. Dia tenung lama langit yang keorenan mula hendak bertukar menjadi ungu gelap kehitaman. Putung rokok berada di celah jari jemari kanan.
Waktu itu sepatutnya tiada siapa yang dibenarkan berada di atas bangunan ni. Namun oleh kerana dia gunakan kuasa yang dipegang dan pengaruh yang dimiliki, dengan mudah dia peroleh akses untuk ke tingkat terakhir bangunan akademi ni.
Tempat dimana tak semua orang boleh datang.
Kecuali dia!
"Nice spot..."tegur suara lembut di belakang tiba-tiba.
Joacquin sedar siapa pemilik suara itu tidak berpaling. Dia sekadar bersahaja di situ menyedut asap dari putung rokok di celah jari tadi. Mata ikut dikecilkan.
Tidak lama kemudian muncul Mizuki dari samping kanan Joacquin. Gadis itu berdiri dengan kedua-dua tangan di belakang badan. Kepala terlentok ke kanan. "Hai..."senyumnya.
Barulah Joacquin berpaling. Dia hembus asap itu tepat ke muka Mizuki. "Ada sesiapa tahu kau dekat sini ke?"tanya dia selepas itu.
"Nope.."geleng Mizuki. "So...awak dah decide nak beritahu saya hal sebenar la ni?"
Hujung bibir Joacquin terjungkit sinis. "Tak semudah tu..."
Kening Mizuki berkerut tidak faham dengan kata-kata Joacquin. "Apa yang perlu saya lakukan kalau macam tu?"
Rahang Joacquin berketik apabila dia sedar yang Mizuki cuba nak cabar dia. "Sebelum aku beritahu kau hal sebenar...kau beritahu aku dulu siapa diri kau yang sebenarnya..."
Mizuki ketawa. "Hahaha...kenapa?Kalau saya beritahu siapa diri saya yang sebenarnya, awak nak buat apa?"
"Aku akan pertimbangkan semula sama ada aku nak beritahu kau hal sebenar atau tak..."
Mizuki pegang dagunya sambil buat muka berfikir. "Hmm...let me think first.." matanya mengerling ke sekeliling tingkat itu. Dan waktu itulah baru dia sedar dimana keberadaan mereka waktu itu. "Apa pendapat awak mengenai siapa saya yang sebenarnya?"
Joacquin menarik sengih meleretnya sewaktu buang putung rokok itu ke tingkat bawah bangunan itu. "Ada besar kemungkinan kau ada kaitan dengan Danzo...ada besar kemungkinan kau tak ada kaitan dengan Danzo..."
"Second that..."angguk Mizuki sebelum gerak ke tepi tebing tembok batu di situ. Dia jenguk leher memandang ke bawah. "Saya tiada kaitan dengan Danzo...tapi saya di upah untuk mencari tahu tentang kematian sebenar Danzo....dan awak adalah suspek Utama saya."
Joacquin pandang tepi muka itu.
"Fine...kau nak tahu cerita sebenar?Aku akan beritahu kau...tapi ada imbalannya."Joacquin seluk tangan ke dalam poket seluarnya sebelum melentokkan kepala memandang Mizuki.
Mizuki palingkan kepala ke Joacquin sebelum gerak bersandar ke belakang. Dia pandang wajah kacak depannya itu dengan senyuman lebar di bibir.
"Beritahu saya...adakah sini adalah tempat yang sama dimana Danzo jatuh 2 tahun lepas?"
"Kau rasa kenapa aku panggil kau ke sini?"Joacquin tersenyum jahat hendak ketawa. "Kau tahu kalau orang sedar siapa diri kau dan ada kaitan dengan Danzo....aku rasa kematian kau takkan di hiraukan sesiapa ya tak?"
"Hahaha...kenapa awak cakap macam tu?"
"Sebab aku akan buat kau mati dengan cara sama macam Danzo mati..."
Mizuki mengangguk kepala semasa buat muka funny. "I see...tapi macam mana awak bunuh Danzo?Kenapa?"
"Sebab dia cabar aku...cabar aku dan Sabrina untuk dedahkan hal sebenar kepada semua orang yang selama ni, Danzo yang bantu naikkan nama aku dan Sabrina sebagai best student dalam akademi. Kalau bukan kerana hasil kerja Danzo yang memang tip top...aku dan Sabrina mungkin takkan dapat nama. Sayangnya...Danzo dapat tahu hubungan rahsia aku dengan Sabrina a.k.a girlfriend dia. Sakit hati punya pasal dia ugut aku untuk dedahkan semua rahsia kita orang....aku tak boleh biarkan dia musnahkan semuanya...sebab itu aku hapuskan dia..."
"Dasar lelaki tak mengenang budi...saya expect hal yang sama kenapa Danzo mati... tapi tak sangka yang awak lebih sadis dari syaitan sendiri..."sengih Mizuki dengan meleret. "Sememangnya awak adalah binatang...tak selayaknya di gelar sebagai manusia....jadi untuk tutup rahsia awak dari terbongkar awak bunuh Sabrina jugak..."
Joacquin ketawa. "Salah perempuan tu jugak...dia yang paksa...aku pun terpaksa...dan sekarang giliran kau!"
Mizuki pandang akan Joacquin semasa lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol dari balik jaket tebal yang dipakai sekelip mata.
Klik!
Trigger siap di tarik.
"Aku tak boleh biarkan semua usaha aku selama ni burn macam tu aje!Aku perlu dapatkan title dan lulus untuk keluar dari akademi ni.atau ayah aku takkan mengaku aku anak dia!"beritahu Joacquin dengan nada bersahaja tidak bersalahnya.
"Dengan bunuh orang yang tidak bersalah?Sama macam mana awak telah lakukan pada pelajar-pelajar sebelum ni.." tambah Mizuki lagi semasa membetulkan poket kotnya. "Adakah ianya berbaloi?"
"Setiap kejayaan perlukan pengorbanan." Joacquin acukan hujung pistol itu tepat ke muka Mizuki. "Sekarang panjat tembok tu..."arahnya.
Mata Mizuki mengerling ke arah tembok batu di tepinya sebelum memandang ke Danzo semula. '
"Kau nak tahu kan macam mana aku bunuh Danzo kan...sekarang dengar dan buat apa aku suruh."beritahu Joacquin. "Lelaki lembab macam Danzo tu memang patut mati dari awal lagi...yalah. Sebab dia terlalu pengecut dan menurut kata-kata aku macam tu aje."
Tanpa berlawan Mizuki panjat tembok batu itu sambil pistol diacukan ke arahnya. "Kalau awak terima tawaran saya dari awal... mungkin semua ni takkan terjadi..."beritahu dia selepas berdiri di atas tembok batu itu. Menghadap pemandangan senja dari atas bangunan itu. Kedua-dua tangan di bawa ke belakang badan.
Joacquin pandang belakang badan Mizuki tanpa menurunkan senjata dari gadis itu. "Mungkin kalau kau yang melutut dan merayu pada aku dulu."
Perlahan-lahan Mizuki toleh kepala ke balik bahunya dan mengerling ke Joacquin dengan senyuman nipis meleret. "Jadi Danzo mati kerana awak ugut dia dengan acukan senjata kepada dia supaya dia terjun dari bangunan ni la?Tragik sekali..."lidahnya diketik beberapa kali.
"Dia boleh je merayu...tapi tak. Dia pilih untuk terjun....sekarang aku nak kau terjun!"sengih Joacquin.
"Ya...saya tahu."Mizuki pandang ke arah langit ungu di atasnya seketika sebelum dia memejamkan mata. Imbasan semula catatan dalam jurnal yang ditemui tidak lama dahulu bermain dalam fikiran. Kalau dia berdiri di tempat Danzo dia faham kut...
Waktu itulah pintu tangga terbuka. Sekumpulan manusia berpusu-pusu keluar melaluinya dan mula memenuhi seluruh kawasan bumbung bangunan itu. Dari pihak polis, media, beberapa orang pendidik akademi itu sendiri, dan ibubapa Joacquin sendiri. Semua orang ada di situ mengelilingi tempat dimana dua orang itu berada.
"Jangan bergerak!"
"Jatuhkan senjata kamu!"
"Danzo!Apa semua ni!"
"Kamu dah hilang akal ke!Berapa kali ayah kata hentikan semua perbuatan buruk kamu ni!"
"Mizuki!Turun dari tembok tu sekarang!"
Suara bising di situ buatkan Joacquin terperanjat yang amat sangat. Dia pandang kanan dan kirinya dengan muka pucat tidak berdarah gara-gara ibubapanya ada di situ.
"Betul ke apa yang kamu cakapkan dalam live ni tadi Joacquin?"
"Kamu bunuh Sabrina, Jimmy...Danzo hanya kerana ingin dapatkan kedudukan dalam akademi ni?"
Kelam kabut Joacquin pandang setiap seorang di situ saat berdas soalan di lepaskan kepadanya.
"Live?Live apa ni?ayah...mama...Jack boleh jelaskan..."
"Jelaskan apa lagi!Kami dah tonton semuanya dalam siaran fac akademi kamu!"
Joacquin bungkam di situ. Dia mengedipkan mata hendak sober dari terkejut. Apa yang sedang berlaku ni?Kenapa semua orang boleh berada di sini?Live apa yang mereka katakan ni?
Clap!
Clap!
Clap!
"Wow!Dramatik bukan?"
Tepukan tangan itu membuatkan semua orang di situ memalingkan kepala ke puncanya. Dan bila semua orang pandang, mereka lihat Mizuki sedang duduk bersilang kaki di atas tembok batu itu menghadap mereka semua.
"Mereka yang tahu tapi buat-buat tak tahu akhirnya sudi hendak munculkan diri...kan bagus kalau awak semua maju ke depan sebelum Danzo mati.pasti semua ni takkan terjadi.."ujar Mizuki sewaktu lirik setiap wajang orang dewasa yang sedang memandang ke arah dia waktu itu.
Ingat email yang Mizuki sibukkan?
Dan juga senarai orang berpakaian tentera di skrin ipad tempoh hari?
Itulah yang Mizuki cuba lakukan. Dia kumpulkan semua orang ni untuk dapatkan mereka berdua di atas bumbung bangunan ni sejak awal lagi.
"Kau!"bulat mata Joacquin selepas sedar. Dia acukan pistolnya ke Mizuki kerana terlalu marah. "Kau yang rancang semua ni?!"
"Hahahah....well obviously! Terima kasih kepada dekan akademi sendiri sebab sudi beri Kerjasama kepada saya untuk panggil ibubapa awak ke sini kononnya 'temubual untuk ibubapa pelajar contoh akademi'." Mizuki tunding tangan ke arah dekan yang berdiri di sebelah pegawai polis dan wartawan di situ. "And yes also...saya gunakan hidden kamera dalam poket saya ni untuk buat live streaming pertemuan kita...yang mana semua orang dalam negara ni boleh tengok siapakah lelaki yang mereka sanjungkan selama ni...tak sangka pulak polis dan pensyrah yang lain sudi naik ke sini..."
"Kau memang nak mati!"Joacquin angkat pistol itu mahu melepaskan tembakan ke arah Mizuki!
Mizuki yang lihat hanya duduk tersenyum mengejek memandang Joacquin. Akhirnya..selesai jugak misi dia!
Sementara semua orang di situ masing-masing sudah menahan nafas ketakutan dan terkejut mereka.
"Jangan Joacquin!"
BANG!
"Arghhh!!!!"
Suara jeritan kedengaran serentak selepas tembakan dilepaskan!
Share this novel